🌹| 07

8.1K 352 0
                                    

Dengan penuh berhati hati, zaira mengores pencukur ke pipi rayyan. Sisa sisa jambang di tadah dengan tapak tangannya yang kecil.

Rayyan tidak lepas memandang wajah zaira. Tubuh kecil zaira telah didudukkannya atas para didalam bilik air. Tangan kiri dan kanannya mengepung tubuh zaira.

Kaki si isteri pula bergerak gerak tak duduk diam.

"Dah ke? " soal rayyan. Zaira yang fokus menggores pencukur pantas mengalihkan pandangannya ke arah rayyan seraya tersenyum.

"Lagi sikit. "

"Ha okay. "

Mereka kembali diam.

Setelah habis, zaira membuang 'rumput rumput' kecil di wajah rayyan ke dalam singki. Tangannya dibasuh dibawah pancuran pili air.

Rayyan membasuh wajahnya juga di singki. Setelah basuh, zaira mengelap wajah rayyan dengan tuala kecil.

"Baru hensem suami zaira ini. " puji zaira dengan sengihan. Kedua tapak tangannya mengunci wajah rayyan.

Rayyan turut tersenyum dan melagakan hidungnya dengan hidung kecil zaira. Zaira tertawa kecil.

"Selama ini tak hensem ke? " soal rayyan sengaja menguji.

"Hensem, tapi lepas cukur lagi hensem. " puji zaira ikhlas.

Zaira mengusap pipi rayyan.

"Nanti dah boleh cium cium tanpa geli lagi. " zaira tersengih lebar sehingga matanya juga turut tersenyum.

"Geli ke selama ini? "

Zaira mengangguk.

"Kalau abang cium zaira selalu jambang abang itu kena pipi zaira. Dah lah tajam lepas tu rasa macam pipi zaira kena geletek je. " luah zaira.

Rayyan tertawa mendengar ulah si isteri mudanya. Pantas kucupan berlabuh di pipi zaira. Pipi yang sedia kemerahan itu bertambah merah lagi.

"Geli tak? "

Zaira menggeleng. Rayyan mengesel pula pipinya pada pipi zaira. Zaira yang makin malu menolak wajah rayyan.

"Kenapa? Kan dah tak geli. " sengaja rayyan menduga. Padahal zaira sudah tersengih malu dengan pipi merahnya.

"Malu.. " perlahan suara zaira. Aihhh bila zaira malu malu buatkan rayyan rasa geram je.

Kriukk~

Rayyan memandang wajah zaira kemudia perut kecil itu. Tumpah ketawanya lagi. Zaira sudah menutup mukanya sambil kakinya bergoyang ganas.

Rayyan ini.. Suka ketawa kan dia.

"Lapar ke sayang? " soal rayyan setelah ketawanya reda.

Zaira mengangguk. Rasanya kali terakhir dia makan semasa di rumah puan raudhah siang tadi. Itu pun masa sarapan. Sekarang waktu juga sudah beranjak ke pukul 6 petang.

Rayyan mengendong tubuh zaira persis anak kecil. Zaira memeluk leher rayyan. Tangan rayyan pula menampung tubuh zaira pada bahagian punggungnya.

"Zaira nak turun. " pinta zaira. Malu lah kalau dilayan seakan anak kecil oleh suaminya.

"Tak boleh. Baby abang ini mana boleh berjalan lagi. " usik rayyan. Hidungnya bergesel di pipi zaira buatkan zaira tertawa kecil.

Tangannya menolak pipi rayyan. Lelah dia kerana banyak ketawa.

"Abang pun dah lapar. Jom kita pergi makan kat luar lah. " ujar rayyan.

Kakinya menghala keluar daripada tandas. Katil didekati dan tubuhnya merebah keatas katil bersama sama zaira dibawahnya. Tubuhnya menindih tubuh zaira.

"Kat luar? Zaira baru ingat nak masak. " ujar zaira. Tangannya mengelus pipi rayyan.

"Tak payah. Kat dapur bukannya ada barang masak pun. Kita makan kat luar lah dulu, lepas tu kita beli barang basah kat pasaraya. " ujar rayyan.

Wajahnya diletak atas dada zaira. Suka dia merehatkan kepalanya disitu. Zaira mengelus pula rambut rayyan.

Lembut dan halus sahaja. Macam baby rambut rayyan ini.

"Selama ini abang kalau duduk rumah, makan kat mana? Abang masak ke? " soal zaira.

"Pegang sudip pun tak betul. Abang biasa makan kat luar je tak pun rumah mak. " balas rayyan.

"Lepas ini tak payah dah. Abang cakap je abang nak makan apa, zaira akan usahakan. "

Hanya 'hmm' yang dibalas rayyan. Tubuh rayyan masih tak beralih daripada atas zaira.

"Abang, bila nak siapnya ini kalau asyik baring je? "

"Ala... Kejaplah. Bagi abang bertenang dulu. "

"Okay.. "

MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now