Honeymoon pt 1

7.4K 260 2
                                    

lama naa MRS RAYYAN menyepi. Aku pun bosan gila gila gila menjelang pkpb ini. (Utk pengetahuan korang kawasan aku diperintahkan pkpb so kerja aku pun terbengkalai and aku ambil keputusan untuk berkarya semula sepanjang dua minggu ini)

Kira cam aku buat comeback lah ini.

MRS RAYYAN buka tirai sekejap tak salah kan? Stay tuned!

"Nikmati bulan madu anda dengan perkhidmatan trivago! "

Skrin televisyen terus gelap bersama sama dengan lampu ruang tamu secara tiba tiba. Zaira yang terperanjat pantas sahaja memeluk tubuh Rayyan disebelahnya. Wajah terus disumbat ke celah ketiak suaminya itu.

"Kenapa gelap? " soal zaira.

"Entah. Dia suruh kita honeymoon dalam gelap lah tu. Tak nak ke? " agaknya kalau ada cahaya ini nampaklah senyum gatal Rayyan.

Zaira mencebik. Wajahnya diangkat. Melekat dengan Rayyan buatkan dia lemas sekejap. Nak nak pula dengan perutnya yang mula menampakkan bentuk. Dah masuk lima bulan.

"Main main pula dia ini. "

"Apa? Tak nak cakap."

"Eeyy! "

Rayyan tertawa halus. Tangannya naik mengusap kepala zaira kemudian turun ke pinggang isterinya. Dahi zaira sedikit berpeluh, mungkin kerana kipas juga yang tak berfungsi.

Kesian isterinya ini.

"Abang nak periksa kotak fius sekejap. Sayang tunggu sini ya? "

"Eh tak nak! Tak nak! Sayang nak ikut! "

Gila ke apa nak ditinggalkan dia seorang diri kat sini. Berpenat sikit pun dia tak kisah asalkan dia tak keseorangan kat sini.

"Sekejap je. Bukan jauh pun. "

"Tak nak! " zaira tetap berkeras.

"Suka hatilah. "

Rayyan malas nak berbalah. Bukan apa sejak sejak Zaira mengandung ini bukan boleh nak bertolak ansur. Asyik nak ikut kan kehendak dia aja. Nasib baiklah Rayyan ini penyabar orangnya.

"Abang.. Nak dukung? " tangan sudah didepakan.

Lagi satu perangai Zaira bila mengandung, asyik minta dukung aja. Rayyan turutkan. Tubuh belakang di sua pada Zaira. Tanpa disuruh, Zaira memeluk batang leher Rayyan dan melilit kakinya di pinggang suaminya.

Rayyan mula melangkah ke kotak fius. Keadaan yang gelap gelita menyukarkan pergerakannya. Mujur sahaja Zaira telah membuka lampu suluh daripada telefonnya.

Zaira menguis nguis telefonnya. Chat grup rumah tetangga mereka dibuka. Zaira meletakkan dagunya atas bahu Rayyan. Sempat lagi pula itu diciumnya pipi Rayyan.

"Abang.. Memang sekitar kejiranan kita tak ada elektrik. Diorang kata tunggu beberapa masa lagi adalah itu. " beritahu Zaira.

"Ohh patutlah gelap semacam. "

"Kita nak buat apa ini? Pasang lilin? " soal Zaira.

"Tak payahlah. Kita terus tidur jelah. Lagipun memang dah lewat malam dah ini kan. "

"Okay. "

Rayyan mengubah jalannya ke bilik tidur mereka. Zaira makin mengeratkan pelukan pada leher Rayyan. Sesekali Rayyan akan membetulkan pegangan pada Zaira. Takut pula isterinya jatuh nanti.

"Abang.. " panggil Zaira. Suara yang perlahan juga menandakan yang dia sudah mengantuk.

"Ya sayang? "

MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now