🌹| 09

7.4K 332 0
                                    

Sinaran cahaya lampu menyilaukannya. Perlahan kelopak mata yang terkatup dibukanya. Kepalanya memusing ke sebelahnya. Kosong.

Mana zaira?

Rayyan menegakkan tubuhnya. Matanya yang masih bersisa ngantuk ditonyoh dengan sebelah tangan.

Jam yang melekat di dinding dikerlingnya. Sudah pukul 6:00 pagi. Rayyan mengeliatkan tubuhnya yang lenguh.

Keriuk keriuk punya tulangnya. Aihh tanda tanda sudah tua ke apa ini?

"Abang dah bangun? " zaira menegur. Isterinya itu baru sahaja masuk ke ruang bilik dengan sehelai kemeja lengan panjang yang digantung pada hanger.

"Sayang.. " balas rayyan.

"Abang, zaira tak tahu abang nak pakai kemeja mana, jadi zaira gosok mana yang zaira suka. Abang tak kisahkan pakai yang ini? " soal zaira.

Kemeja cotton berwarna biru muda bercorak kosong itu di tunjuk pada rayyan. Rayyan memandang dengan sebelah matanya yang tertutup.

Kepalanya diangguk. Zaira sudah menghela nafas lega. Kemeja disangkut ke tepi almari. Seluar slack hitam yang sudah digosok juga diletak ke tepi almari.

"Abang mandi lah dulu. Nanti kita solat subuh sama sama. " ujar zaira.

Rayyan yang masih mamai hanya menurut. Tuala yang dihulur oleh zaira diambilnya dan dia mula bergerak masuk ke dalam bilik air.

Zaira hanya memandang pergerakan rayyan dengan sengihan. Teruk betul mamainya itu.

***

Setelah doa diaminkan, rayyan memusing ke belakang. Zaira sudah menadahkan tangannya ingin bersalam dengan rayyan. Rayyan menyambutnya.

Zaira mencium kekura tapak tangan rayyan. Wajahnya dinaikkan dan bibirnya mencium pipi rayyan kedua belah. Kemudian pucuk hidung, kemudian dahi, akhir sekali dagu. Bibir tak disentuh.

"Amboi semua muka abang nak diciumnya. " sengih rayyan.

"Biasa dengan nek Tijah pun macam itu." balas zaira.

"Bibir tak sentuh pula. Abang tunggu je nak dapat moring kiss daripada zaira." usik rayyan.

Kopiah ditanggalkan daripada kepala. Wajah zaira yang bertelekung dipandang rayyan. Sentiasa sahaja wajah putih melepak itu kemerahan. Apa memang zaira malu dengannya setiap masa ke?

"Nak ke? " soal zaira polos.

Zaira sudah bangun membuka kain telekungnya. Rayyan sudah merapat pada zaira buatkan zaira mengetap bibir malu.

"Cepatlah, abang tunggu ini.. " rayyan menadah wajahnya.

Sekilas zaira mengucup bibir rayyan. Namun tak sempat nak lepas, rayyan menahan belakang kepala zaira. Bibir itu bertemu lama.

Wajah zaira semakin memerah.

Rayyan melepaskan tautan bibir mereka. Zaira sudah menunduk malu malu.

"Terima kasih. " ujar rayyan. Bibir merah delima zaira diusap dengan ibu jarinya.

"Hmm.. " mengecil sahaja suara zaira.

Rayyan mengucup kedua belah pipi zaira berkali kali. Mungkin berasa rimas, zaira menolak wajah rayyan.

"Zaira nak siapkan sarapan kejap. Bye! "

Pantas tubuh kecil itu meninggalkan bilik setelah melipat telekung. Boleh pecah dadanya berlama lama dengan rayyan. Aduhai encik suami...

MRS. RAYYAN ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя