🌹| 18

7.9K 307 0
                                    

"Zaira."

Zaira yang sedang berselubung dalam selimut menjengukkan kepalanya. Sengihan lemah ditarik buat si ibu mertua. Puan raudhah meletakkan semangkuk bubur ayam atas meja kopi.

Semenjak rayyan hantar zaira pagi tadi sampailah dah ke petang, zaira hanya berehat di ruang tamu dengan berselubung dalam selimut. Cuma kalau nak ke tandas dan mandi saja di gagahkan juga.

Selebihnya duduk di ruang tamu.

"Zaira nak makan? " soal puan raudhah.

Zaira mengeleng kepala. Tekaknya memang tak boleh nak terima makanan. Kalau air dia boleh. Seleranya sudah terbang bersama sama rayyan yang sedang bekerja di pejabat. Ceh. Mengada.

Puan raudhah meletakkan belakang tapak tangannya atas dahi zaira. Sudah suam suam. Demam zaira pun nampak macam dah kebah sedikit. Puan raudhah duduk disebelah zaira.

"Macam mana zaira boleh demam ini? Penat buat kerja ke penat lain ini? " soal puan raudhah diselit sedikit nada nakal dihujung.

Zaira pantas mengeleng kepala. Kepalanya kembali di selubung dengan selimut.

"Mana ada, emak. Zaira penat buat kerja rumah je. " balas zaira jujur.

"Yeke? Ke sebab dah ada isi dalam ini? " tapak tangan dibawa ke perut leper zaira. Zaira tersentak.

"Eh tak adalah! " pantas zaira menafikan.

Melihatkan kekalutan menantu mudanya, puan raudhah ketawa. Tangannya mengusap kepala zaira. Rambut hitam pekat yang terlucut selimut itu diusapnya.

Kalau dulu dia mahu anak perempuan selepas Ahmad arrayyan. Namun rezeki milik Allah. Selepas dia lahirkan rayyan, dia tidak mampu melahirkan zuriat lagi. Hanya rayyan lah satu satunya anak yang dia ada.

Mungkin sudah tercatat takdir tuhan dia hanya ada menantu perempuan. Tak kisahlah. Zaira pun dia sudah anggap seperti anak sendiri.

Zaira menyandarkan tubuhnya di sofa. Selesa dengan usapan yang diberi puan raudhah. Sedikit demi sedikit hatinya tergamit dengan kenangan bersama arwah ibunya. Senyuman hambar terukir di bibirnya.

"Seminggu lepas nikah ini,  rayyan layan zaira baik tak? " soal puan raudhah.

"Baik, mak. Sangat baik. " balas zaira seraya tersenyum kecil. Mengingatkan setiap layanan rayyan padanya buatkan dia serinh jatuh cinta.

Tak salahkan jatuh cinta pada suami sendiri?

"Lega mak dengar. Bukan apa lepas je rayyan berpisah dengan bekas kekasih dia, dia langsung beku dengan perempuan. Itu yang dia suruh mak carikan calon isteri dia. "

Bekas kekasih? Rayyan ada ex? Terus zaira menegakkan tubuhnya.

"Hmm.. Abang pernah bercinta ke? " soal zaira.

Puan raudhah mengangguk. Rasanya zaira berhak tau. Zaira kan isteri rayyan juga.

"Pernah. Dengan seorang perempuan yang namanya aufa. Aufa khaulah. " zaira tersentak mendengar balasan puan raudhah.

Kak aufa? Bekas kekasih rayyan? Kenapa zaira rasa tertipu sangat ini. Sedikit demi sedikit hatinya menggelegak panas. Panas dengan bara cemburu.

Fikirannya berputar pada kejadian tempoh hari dimana rayyan membawa aufa ke rumah mereka. Setiap layanan dan gelak tawa rayyan kepada aufa berlegar dalam mindanya.

Tak syak lagi macam mana aufa boleh tahu sisi diri suaminya.

"Budak itu baik, sopan, muka pun cantik. Tapi tulah jodoh mereka tak panjang. Ibu aufa dah jodohkan aufa dengan seorang lelaki kenalan ibunya. Nak tak nak rayyan terpaksa lepaskan aufa. Beberapa bulan juga lah rayyan makan hati. Susah katanya nak move on. " puan raudhah terus bercerita tanpa menyedari riak masam zaira. "Mak pun dah anggap aufa itu macam anak mak sendiri. "

"Berapa lama diorang bercinta, mak? " soal zaira lagi.

"Lama jugalah.. Daripada universiti lagi."

Lamanya. Zaira mula tak keruan. Tak mustahil cinta yang rayyan cuba tanamkan boleh muncul balik. Lagipun layanan rayyan pada aufa sangat sesuatu.

Zaira mula rasakan aufa saingannya walaupun dia sudah menjadi isteri sah rayyan. Boleh je kalau rayyan memadukannya. Boleh je kalau rayyan menceraikannya dan mengahwini aufa. Boleh je aufa meminta cerai dari suaminya untuk bersama rayyan.

Ahhh ini rasa makin pening ini. Nenek... Zaira sakit hati ini.


MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now