🌹| 27

11.9K 332 1
                                    

Sabar na.. Ada satu chap agi sebelum epilog.


Zaira memusing tubuh ke sebelah kanan. Kelopak matanya dibuka. Dia berada di dalam bilik lamanya. Rasanya tadi dia tertidur di ruang tamu. Bangun bangun dia sudah ada di bilik.

Siapa yang bawa dia? Takkan nek tijah kut. Patah lah tulang wanita itu nak angkut dia ini.

Zaira memusing tubuhnya ke sebelah kiri pula. Terbuntang matanya melihat mata kosong yang merenunh dirinya. Rasa nak tanam muka dalam tanah pun ada sekarang ini.

"Dah puas tidur? " nada sinisnya buatkan zaira muram. Ingatkan nak pujuk kita.

Zaira mengangkat tubuhnya daripada pembaringan. Rayyan hanya memerhati. Zaira pandang ke luar tingkap. Ouh sudah malam.. Berapa lama dia terlelap ini.

"Nenek mana? " sengaja zaira bertanya untuk menghilangkan rasa janggal. Apatah lagi dengan wajah beku rayyan.

"keluar. " balas rayyan sepatah.

"Pergilah mandi cepat. Kita balik rumah. " rayyan sudah bangun daripada duduknya atas kerusi meja solek.

Zaira hanya memerhati. Rayyan sudah menukar pakaian santai dengan t shirt di tubuh. Mungkin rayyan daripada rumah.

"Tak matang langsung nak merajuk sampai lari rumah. Macam budak budak. " cemuh rayyan.

Zaira mengetap rahang geram. Dengan pantas dia bangun dan mencapai tuala. Sebelum keluar sempat dia melanggar bahu rayyan. Sakit hati dia.

Rayyan hanya melihat sambil ketawa. Rasa tak sabar nak beri zaira kejutan. Mesti menangis budak itu nanti.

****

Zaira langsung mencuka dalam kereta. Rayyan pula masih khusyuk memandu kereta atas jalan raya yang masih belum sepi dengan kenderaan atas jalan. Radio tidak dipasang menambahkan lagi kesepian dalam kereta.

Semakin lama memandu, zaira mengerut dahi. Ini bukan jalan pulang rumah mereka. Ini jalan pulang rumah puan raudhah.

"Kita nak ke mana? " soal zaira.

Rayyan hanya menjeling sekilas. Kalau jeling lama lama kang terbabas kereta siapa nak tanggung.

"Ada pun suara. Ingatkan dah bisu tadi. " perli rayyan.

Zaira mencebik. Ceh tanya sikit pun dah kene perli. Zaira memeluk tubuh. Pandangan dihala keluar tingkap semula.

"Kita singgah rumah emak kejap. " balas rayyan. Zaira diam.

Dia langsung tersentap lepas rayyan sindirnya.

Kereta rayyan berhenti hadapan rumah puan raudhah. Sekitar rumah itu sunyi sahaja. Hanya lampu neon jalan raya yang menyinarkan halaman rumah puan raudhah.

"Keluar lah. " arah rayyan.

Zaira dengan pantas membuka tali pinggang keledar. Nanti kalau tak patuh kene perli lagi jadi lebih baik dia ikutkan sahaja.

Zaira berjalan ke hadapan terlebih dahulu membiarkan rayyan dibelakang. Memang padanlah rumah puan raudhah sunyi, puan raudhah pun tinggal seorang sahaja di rumah.

"Bukak lah pintu. " arah rayyan lagi. Senyuman kecil disimpul melihat wajah zaira yang Agak blur.

Dengan teragak dia membuka pintu. Apa yang terpangpang depan matanya buatkan berpuluh perasaan naik dan melemaskan hatinya.

"Zaira.. "



MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now