Honeymoon pt 2

6.2K 255 20
                                    

"Wah! Cantiknya abang! "

Terkedek-kedek Zaira berlari ke balkoni bilik inap mereka. Rayyan yang tengok pun dah seriau. Buatnya terberanak sekarang, payah pula.

Zaira membuka pintu gelangsar kaca. Bersinar sinar matanya melihat pemandangan pokok sakura yang berkembang indah. Ada sebuah kolam buatan berkonsepkan jepun. Zaira tersengih lebar.

Ini pertama kali dia menjejak kaki ke jepun atau tepat lagi, inilah kali pertama dia jejak kaki keluar negara. Tak sangka impiannya nak berbulan madu dengan suami di jepun sudah tercapai. Tak kisahlah dah berbadan dua sekalipun.

Zaira mengalih matanya memandang sisi wajah Rayyan. Terasa lingkaran tangan Rayyan di pinggangnya. Tapak tangan Zaira menekap atas tapak tangan Rayyan. Rasa hangat tersalur.

"Zaira suka? " soal Rayyan dalam nada berbisik.

Zaira mengangguk laju. Kepalanya disandar ke dada suaminya. Indah dan damai dirasakan.

"Suka sangat! Terima kasih abang sebab bawa Zaira ke sini. Ini percutian paling bermakna buat Zaira. " ucap Zaira.

Rayyan tersenyum.

"Abang! Abang! " Zaira memanggil dengan ceria.

"Kenapa? "

"Baby bergerak. Cuba abang rasa. "

Tapak tangan Rayyan, Zaira alihkan ke atas perutnya yang membukit. Rayyan mengoyak senyum lebar lalu meletakkan dagunya atas bahu Zaira untuk melihat anak mereka yang aktif itu. Dia rasakan juga gerakan aktif si Rayyan junior di dalam.

"Dia pun suka juga papa dia bawa mama dia ke sini. " ujar Zaira.

"Aktifnya dia. Ini mesti anak lelaki ini. " tebak Rayyan. Tapak tangannya bergerak membulat atas perut Zaira seolah olah sedang membelai anaknya di dalam.

"Yakin je abang. Entah entah anak perempuan dalam itu. Nenek selalu kata, anak perempuan ini pun lasak juga masa dalam kandungan. " kata Zaira.

Rayyan hanya tersenyum. Tak kisah lah anak lelaki ke perempuan yang penting anak dia juga dalam itu. Rayyan meletakkan dagunya atas bahu Zaira untuk menjenguk perut Zaira.

"Abang, abang, " panggil Zaira lagi.

"Ya, sayang? "

"Abang dah decided nama anak kita nanti? " soal Zaira tanpa memandang mata Rayyan. Dia lebih tertarik dengan jari jemarinya yang sedang bermain dengan jemari Rayyan.

"Hmmm, abang nak letak nama anak kita takoyaki sebab mama dia ini suka sangat makan takoyaki! "

Tawa Rayyan dan Zaira bersatu. Tak pasal pasal tapak tangan Rayyan mendapat cubitan 'cinta' dari Zaira. Zaira memuncung mulut. Suka lah tu Rayyan perli dia.

Mana taknya, pantang nampak gerai takoyaki halal mesti nak singgah dan beli. Dekat Malaysia itu bukannya tak ada, berlambak lagi gerai takoyaki tepi jalan.

"Tak glamor langsung nama itu. "

"Abang tak fikir lagi lah. Kalau Zaira, Zaira dah fikir? "

Zaira mengusap dagunya.

"Zaira dah fikir lama dah nama ini."

"Apa dia? "

"Zara Rayhana. Sedapkan? "

"Itu kalau perempuan, kalau lelaki? " soal Rayyan.

"Kalau lelaki pula.. Zaim Rasydan. " balas Zaira.

"Agak agaknya Zaim ke Zara yang ada dalam perut mama ini ya? " Rayyan mengusap perut Zaira seolah olah sedang berkata dengan anaknya. Zaira tersenyum lebar menerima suapan daripada Rayyan.

Buat seketika Zaira dan Rayyan bersabung anak mata menyulamkan rasa cinta mereka. Hingga akhirnya, Rayyan putuskan dengan mendukung tubuh kecil isterinya.

Tak tahan melihat kecomelan isterinya ini. Apatah lagi Zaira yang mengandung ini lain macam sikit aura dia. Selalu sahaja Rayyan ini tergoda dengan Zaira.

"Abang! " Zaira terjerit kecil.

Zaira yang terkejut pantas memeluk leher Rayyan. Takut jatuh nanti. Pucuk hidung Rayyan mencucuk leher Zaira sebalik tudung. Terasa hidung itu mengambil harumannya.

Rayyan membawa Zaira ke katil. Tubuh Zaira dibaringkan atas katil bercadar putih itu. Kedua tangannya ditongkat bersebelahan tubuh Zaira supaya tubuhnya tidak menindih penuh pada Zaira. Mahu penyet anaknya nanti.

Zaira tertawa kecil bilamana pucuk hidung Rayyan mengesel manja di pipinya. Zaira memegang rahang Rayyan supaya dia dapat meneroka wajah Rayyan. Langsung tak jemu hari harinya dengan memandang wajah suaminya.

Malah makin rindu nak tatap pula.

"Abang, walaupun Zaira pernah cakap dengan abang benda ini tapi Zaira tetap nak cakap lagi. Biar abang selalu ingat dan hadam. " bisik Zaira dihadapan wajah Rayyan. Jarinya mengusap pipi yang terbentuk indah milik Rayyan.

Rayyan yang terbuai dengan belaian Zaira hanya memandang kuyu ke arah wajah isterinya.

"Apa dia? "

"Zaira bersyukur sangat sebab Allah dah hantar abang untuk jadi suami Zaira. Abang boleh cinta dan jaga Zaira sepenuh hati abang. Abang boleh penuhi kasih sayang yang selama ini Zaira kurang dapat. Iaitu kasih sayang ibu bapa Zaira. Terima kasih sebab hadir dalam hidup Zaira. " luah Zaira.

"Abang pun bersyukur sangat sebab Zaira isteri abang. Isteri muda abang yang seksi ini. Suka sangat goda abang."

Rayyan tertawa merdu. Bibirnya mencium bibir merah milik Zaira itu..

Zaira sudah tersenyum bahagia. Tangannya dilingkari ke leher Rayyan. Anak matanya merenung dalam anak mata Rayyan. Yang dia dapati di dasar mata Rayyan penuh dengan cintanya untuk Zaira. Zaira tersenyum.

"Abang ingat tak, abang ada cakap yang kalau kita buat kat mana mana pun, rasa best dia sama je kan? " soal Zaira berbaur nakal.

Rayyan sudah tersengih. Eh eh isteri dia ini..

"Ya? "

"Cuba abang tunjukkan kat Zaira macam mana rasa sama dia itu? "

Rayyan tersenyum nakal. Tangannya mula mendarat di atas kepala Zaira sebelum tangan itu menarik kain yang menutupi kepala isterinya. Maka terbebaslah rambut ikal mayang tersebut.

"Ohhhh.. Rasa dia macam ini... "



TAMAT LAH SUDAH CHAPTER PENDEK UNTUK MRS RAYYAN.

Actually aku ada fikir nak buat MRS RAYYAN ini jadi genre action romance. Cuba korang komen sikit pendapat korang. Patut ke aku buat MRS RAYYAN 2?

Jangan lupa drop komen korang dan vote juga.

MRS. RAYYAN ✔Where stories live. Discover now