Bab 14 ❤

25.3K 1.1K 69
                                    

"Aku nak ayah aku! Mana ayah aku?! Aku tanya mana ayah aku!? " jerit Aisyah kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku nak ayah aku! Mana ayah aku?! Aku tanya mana ayah aku!? " jerit Aisyah kuat. Habis seluruh ruang bilik itu disepahkan nya.

Doktor mau pun nurse yang diamanahkan pun tidak berani mendekati Aisyah kerana sesiapa yang datang dekat Aisyah akan bertindak agresif.

Aisyah mula berasa penat. Perlahan lahan dia tertunduk sebelum lutut nya dipeluk erat menghambur tangisan nya. Perasaan dia bercampur aduk. Dan dia tidak dapat mengawal nya.

Aarif melihat adik nya itu turut berasa kesian. Dia sebagai seorang abang tak sampai hati melihat adiknya menderita keseorangan. Kalau boleh dia nak pindahkan kesakitan yang dirasai nya pada dia.

Aarif memulas tombol pintu sebelum menolak nya dari luar. Aisyah yang perasaan akan kehadiran seseorang terus mengangkat wajahnya. Lihat sahaja wajah abangnya laju sahaja tubuh kekar itu didekati.

"Ais-- " belum sempat Aarif mahu menghabiskan ayatnya, tubuh dia dipeluk erat oleh Aisyah.

"Abang.. Mana ayah? Kenapa ayah tak jenguk adik? Adik kan tengah sakit. " adu Aisyah pada abangnya.

Aarif membalas pelukan itu sebelum mengucup lembut dahi adiknya. Belakang badan adiknya diusap perlahan.

'Ya Allah kalau boleh biar lah perkara ini cepat berlalu.'

Rintih Aarif dalam hati. Tidak sanggup lagi dia melihat keadaan adiknya sekarang. Tidak menang tangan jika hanya dia seorang sahaja yang memberi sokongan pada Aisyah.

"Aisyah mesti penat kan? Nak abang tidurkan. " ajak Aarif lembut.

Aisyah segera menangguk sebelum berjalan beriringan ke katil itu. Aisyah membaringkan dirinya menghadap abangnya di sisi nya itu.

"Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah, Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah "

"Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah, Nur Muhammad Salallah, Laila Hail LaAllah. "

Kejap sahaja mata Aisyah terkatup rapat apabila mendengar suara merdu abangnya selawat. Sungguh menenangkan hatinya yang gundah gulana ini.

Melihat sahaja Aisyah sudah terlelap, tangannya naik mengusap kepala adiknya berlapik tudung itu. Dahi adiknya dikucup sebelum melangkah keluar dari wad itu.

Keluar sahaja wajah Luqman terpampang di layar mata. Anak buahnya yang berkhidmat lama dengannya. Malah seluruh kepercayaan nya pun diberi pada Luqman. Kerja yang setiap diberi oleh Aarif tidak pernah mengecewakan.

"Saya dah dah dapat siapa orangnya. " ujar Luqman tanpa nada.

Ipad itu bertukar tangan. Melihat sahaja maklumat yang diberikan padanya, Aarif mula naik panas. Ipad itu diserah kasar pada Luqman sebelum beredar dari situ.

Banyak benda yang dia perlu selesaikan. Yang pasti orang itu tidak akan terlepas darinya. Dia akan bunuh orang itu dengan tangan nya sendiri. Malah lebih kejam daripada apa yang dia telah lakukan enam belas tahun lepas.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now