Bab 25 ❤

26.5K 1.1K 89
                                    

"Ayah! " Jerit Aisyah lantang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ayah! " Jerit Aisyah lantang. Dengan itu juga dia terbangun dari duduk nya. Dahi dan lehernya nya basah dengan peluh.

Terpisat pisat Ryan bangun. Siapa tak terkejut kalau kau tidur elok mimpi yang indah tiba tiba dengar orang jerit bak histeria? Kau rasa?

"Kenapa ni? " soal Ryan mamai.

Aisyah menoleh. Wajah nya merah dek kerana tangisan yang sedari tadi tidak henti. Tubuh kekar itu dipeluk nya erat. Meminta kekuatan.

Ryan terpampang. Sekali lagi?

"Saya takut.. Saya tak ada sesiapa.. Mana ayah.. Mana ibu... " luah Aisyah di pelukan Ryan.

"Kenapa mereka tinggalkan Aisyah awak? Mereka tak sayang saya ke? Mana abang? Dia pun nak tinggalkan Syah juga ke? " luahnya lagi.

Ryan bingung. Apa yang perlu dia jawab?

"A-aisyah.. " badan Aisyah ditolak lembut. Wajahnya ditunduk memandang wajah merah padam Aisyah. Rambut Aisyah diselak.

"Awak pun nak tinggalkan saya? Awak pun nak pergi dari saya?! " suara Aisyah naik seoktaf. Mimpi yang dia lalui sebentar tadi cukup mengerunkan nya.

"Tak tak! Aku takkan tinggalkan kau. Aku akan jaga dan bimbing kau. Aku tak akan bagi sesiapa pun sakiti kau. Now tell me why? "

Ryan menyeka air mata Aisyah. Ruangan yang hanya disinari cahaya lampu meja yang berada dibelakang Aisyah cukup membuat wajah Aisyah nampak kelihatan cantik walaupun pucat.

"Awak tak bunuh ayah saya kan? "

Sebaris soalan yang mampu membuat Ryan terdiam. Dia tidak mahu membuka cerita tentang itu. Takut isterinya mengamuk sahaja.

"Awak.. " Aisyah menggoncang bahu Ryan untuk memberi respon.

"Aku tak pernah bunuh ayah kau. Aku tak pernah hancurkan kebahagian orang. Sebab aku tahu sakit dia macam mana. Sebab aku tahu derita kehilangan orang tersayang. Jahat sangat kah aku ni Aisyah? Sampai kau gelar aku pembunuh ayah kau? Yes! Aku Mafia! Aku pembunuh. Tapi sejahat jahat aku, aku tak akan rosakkan kebahagiaan orang! Aku takkan bunuh orang yang tak bersalah! Dan aku bukan seperti yang kau fikirkan! "

Ujar Ryan panjang lebar. Kenapa? Jahat sangat kah muka dia ni? Dia memang layak ke digelar sebagai pemusnah kebahagiaan orang.

"S-saya m-minta.. " Aisyah berjeda seketika. Hingus nya ditarik dalam dalam. Air mata nya diseka. Wajah tegang Ryan dipandang penuh rasa serba salah. " Maaf.. "

Aisyah memeluk erat tubuh Ryan kembali dengan tangisan yang kuat.

"Kenapa kau cakap macam tu? " hatinya ingin sangat tahu kenapa Aisyah mengajukan soalan itu secara tiba tiba.

"Syah mimpi ayah.. Syah mimpi ayah kata awak orang baik. Awak selalu tolong abang Rif dengan ayah waktu susah dulu. Ayah kata dulu awak pernah jaga saya. Ayah kata lagi.. Yang dia nak Syah jadi isteri mithali. Taat pada suami. Dan hormat awak sebagai suami saya. Ayah kata dia tak sempat balas semua jasa awak dulu. Jadi dia minta Aisyah untuk balas jasa awak. "

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now