Bab 33❤

24.3K 1K 79
                                    

"Abang tak boleh ke maafkan je uncle? Dia dah mengaku salah dia kan? Ki-- "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang tak boleh ke maafkan je uncle? Dia dah mengaku salah dia kan? Ki-- "

"Aisyah tak faham. Aisyah tak ada waktu tu. Aisyah tak akan faham. " Aarif mula rimas. Tiap kali dia datang menjenguk adiknya pasti kisah ini akan diungkit.

"Apa yang Aisyah tak faham? Cuba abang cakap apa? Aisyah tak mati pun kan? Ke abang benci Aisyah sebab Aisyah salah satu penyebab kenapa ibu mati. Macam tu? "

Aisyah mula emosi. Kenapa susah sangat? Benda dah lama dan dah jadi pun. Kalau semata mata ego dan kepuasan diri bukan nya ada faedah.

Aarif memandang adiknya. Tak pernah sekali pun terlintas difikirannya. Memang semua dah berlaku, semua dah jadi tapi di tetap tak terima.

"Betul lah tu kan? Kenapa abang tak campak je adik dalam sungai tu? Kenapa tak tinggalkan adik je dekat sana supaya uncle boleh bunuh adik? Bukan itu ke yang abang nak? "

"Aisyah. " tegur Ryan.

"Apa? Hubby nak marah Aisyah pula sekarang ni? Marah lah! Aisyah malas lah nak layan. "

Aisyah mencicit lari ke tingkat atas. Bunyi pintu dihempas kuat kedengaran. Ryan mengeluh. Susah nak dibendung budak satu tu.

"Dia takkan faham. " Aarif menunduk. Tipu dia kata kalau dia tidak terkilan dengan apa adiknya cakap tadi.

"Sabar bro. Pandai lah aku pujuk nanti. " Ryan menepuk Bahu kawannya.

Ketukan di pintu menyentak kan mereka. Mata mereka kini terarah pada pintu utama rumah. Ryan membuka langkah menuju ke pintu utama.

Buka sahaja terpampang wajah berusia Evan. Senyuman nya sentiasa menghiasi wajah kedut nya itu.

"Aarif. " ujarnya dengan senyuman setelah dipelawa masuk oleh Ryan.

"Kau nak apa datang sini? Kalau setakat nak maaf dari aku kau boleh balik. Aku takkan sesekali maafkan kau. " kata Aarif tegas. Matanya tajam mengerling Evan dari sisi.

"Uncle tahu. Tapi mungkin one day Aarif-- "

"Sejuta tahun ke, beribu tahun ke aku tetap takkan maafkan kau! Apa lagi kau tak faham?! Kau nak aku ajar kau A B C baru reti ke apa?! " jerkah Aarif.

Evan menunduk. Air mata nya jatuh tanpa dipinta. Hatinya tercalar dengan kata kata Aarif. Tapi ditelan semua nya. Salah dia juga.

"Kau nak sangat aku maafkan kau kan? " soal Aarif.

Evan tidak mengangguk mahupun menggeleng. Air mata menjadi jawapan.

"Nak ke tak nak?! " jerkahnya lagi.

Terhenjut bahu Evan. Perlahan lahan anggukkan diberi buat Aarif. Aarif senyum sinis.

"Maaf kau akan diterima dengan kau pulangkan semua kebagian yang kau dah hancur kan. Kau pulang kan balik kasih sayang seorang ibu. Kalau kau dapat buat maaf kau aku terima. Kalau tak kau jangan mimpi nak mulut aku ni terima kemaafan kau! "

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now