Bab 36❤

20.2K 980 50
                                    

Lena Aisyah terganggu apabila perutnya terasa perit yang amat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lena Aisyah terganggu apabila perutnya terasa perit yang amat. Kerutan demi kerutan. Nak cakap dia nak bersalin due date belum sampai. Malah kandungan nya pun baru cecah enam bulan.

Perut yang membesar itu diusap. Bibir diketap. Cadar katil dicengkam kuat. Peluh merinik dengan banyak. Apabila ditoleh ke sebelah matanya terbuntang.

Waktu dia sakit ni lah suami nya tiada. Ke mana menghilang pun dia tak tahu. Jam ditoleh sekilas sebelum kakinya perlahan lahan memijak lantai.

"Argh! " tatkala kaki memijak lantai beberapa saat bawah perutnya terasa perit. Pinggang nya terasa ngilu yang amat.

Matanya melilau mencari bayang telefon nya namun hampa dengan kegelapan malam matanya sukar untuk melihat dengan jelas.

Dengan kudrat yang masih ada Aisyah cuba sedaya upaya untuk bangun mencari telefonnya. Nak cari suami dia? Lambatt lagi.

"Argh!! " jeritan demi jeritan. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakit yang dia tanggung ketika ini.

Teresak esak Aisyah menangis di tepi tandas. Dan berharap agar suami nya ada di sisi memberi semangat. Nafas ditarik panjang lalu dihembus perlahan. Dan akhirnya dunia nya kelam. Gelap.

Mata yang tadinya terkatup rapat kini dicelik perlahan lahan tatkala terdengar suara jeritan kecil. Namun Ryan hanya membiarkan nya sahaja.

Mata dikatup balik. Baru sahaja dia mahu lelap suara jeritan yang cukup kuat dan nyaring kedengaran dari arah tingkap yang berhadapan dengan nya sekarang.

Ya, dia berada di dalam kereta. Akibat terlalu penat berjalan jauh dia mengambil keputusan untuk lelap seketika di dalam kereta. Lagi pun dia tidak mahu mengganggu lena isterinya.

Bergegas Ryan keluar dari kereta nya. Pintu rumah di reda sahaja. Kakinya laju menaiki anak tangga dengan tiga langkah sekaligus.

Tombol pintu dipulas. Kunci?! Sejak bila isterinya pandai kunci pintu bilik ni?

"Aisyah!? "

Suara tangisan yang jelas kedengaran mengundang kerisauan di dalam diri Ryan. Menyesal pun ada sebab tinggalkan isterinya sendirian.

Kocek seluar di cek mencari kunci. Laci di selongkar nya. Semua barang dibuang nya selamba. Apabila dia sudah temui nya tombol pintu bilik dibuka nya laju.

Sungguh! Apa yang dia lihat bukan lah pemandangan yang menyenangkan hatinya malah membuat dia hampir pitam apabila melihat isteri nya yang terbaring lemah di depan pintu tandas itu.

Tanpa sebarang kata Aisyah didekati lalu dicempung tubuh itu. Lif yang tersedia di rumah itu didekati. Sampai sahaja ke tingkat bawah perkarangan rumah ditujui. Melihat darah yang mengalir dari tubuh Aisyah membuat Ryan lagi hilang akal.

"Jordan!! " jerit Ryan kuat.

Jordan yang hampir lelap itu terkejut nama nya di seru pada waktu tengah malam ni. Nak tercabut jantung.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now