Bab 21❤

25K 1.1K 158
                                    

Aisyah melangkah lemah setelah keluar dari kereta Axia hitam nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aisyah melangkah lemah setelah keluar dari kereta Axia hitam nya. Pelipisnya dipegang akibat pening melanda. Denyutan demi denyutan menyerang kepala nya.

Hampir sahaja Aisyah melanggar sebuah motosikal Kawasaki Versys milik Ryan namun sempat ditampung oleh Jordan iaitu anak buah suami nya.

Jordan ditugaskan untuk mengawasi setiap gerak geri isteri bos nya Aisyah atas arahan bos nya tanpa pengetahuan Aisyah.

Pelik juga dia melihat isteri bos nya balik balik memegang pelipis nya. Sampai sahaja di perkarangan rumah niat nya ingin memberitahu keadaan Aisyah pada Ryan namun belum sempat memegang telefon nya kelihatan Aisyah yang kuyu kuyu berjalan ke pintu utama.

Nasib sempat dia menyambut Aisyah dari melanggar motosikal itu kalau tidak tak tahu lah nak jawab apa dengan bos nya. Mau tak dia makan peluru.

"Syah ok tak ni? Kenapa boleh jadi macam ni? " soalnya prihatin. Jujur dia cakap baru seminggu dua Aisyah tinggal disini keakraban dia dan anak anak buah bos nya disini dengan Aisyah begitulah selesa. Bagai sudah kenal lama.

Dua bulan bos nya kahwin dengan Aisyah tidak pernah dia melihat Aisyah macam ni. Keadaan begini buat dia risau apa lagi benda macam ni sampai pada bos nya.

Aisyah menggenggam lengan Jordan dengan kuat melepaskan segala kesakitan namun tidak terdaya. Akhirnya Aisyah jatuh di pegangan Jordan.

Membulat mata Jordan melihat Aisyah jatuh terkulai sebelum sempat dia menyambut. Waktu itu juga seseorang menengking nya dari belakang.

"Asal ni?! " jerit Ryan. Segera dia mencapai Aisyah yang terbaring lemah di hadapan rumah.

"Ta--k t--tau. " gugup Jordan. Rapat memang rapat tapi kalau sudah melibatkan kemarahan Ryan mendadak tinggi dia sendiri gerun melihat nya. Bukan boleh bawa main.

"Tak tau kau cakap!? Aku suruh kau awasi dia kan?! Setiap gerak geri dia maklum pada aku?! Asal kau tak buat?! "

Tengking Ryan dengan mencempung Aisyah. Mata nya tajam menikam anak mata Jordan. Kecut perut Jordan jadinya. Air liur ditelan dengan payah nya.

"Ma-maaf " sepatah yang diungkap Jordan membuat Ryan merengus geram. Memang tak boleh diharap. Ni kalau Aarif tahu terima lah nasib.

"Kalau Rif tahu memang aku lunyai kan kau! Aku heret kau sekali! Faham!? "

Lambat lambat Jordan menangguk. Mati beb! Memang mati! Kedua bos nya bukan boleh dibawa main main. Sekali diaorang marah memang kena mereka semua. Lebih menakutkan apabila melibatkan orang tersayang.

Dengan payah Jordan menelan air liur nya. Hampir sahaja gugur air mata nya namun ditahan. Masih menjaga maruah kelakian nya. Lagi lagi seorang bad boy.

"Asal ni Dan? Kenapa dengan Syah? " tegur Wong bersama Syaril. Pelik mereka melihat wajah tegang Ryan dengan Aisyah yang terkulai di dukungan Ryan.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now