Bab 55❤ [Akhir]

28.9K 939 85
                                    

Riana dan Dayang duduk di meja solek sambil mak andam membuat tugas mereka sebagai menyolek wajah pengantin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Riana dan Dayang duduk di meja solek sambil mak andam membuat tugas mereka sebagai menyolek wajah pengantin.

Aisyah dikatil senyum lebar dengan Ryanna di riba nya. Ryanna hanya tekun bermain telefon Aisyah.

"Cantik nya kauorang. Tak sangka kan kauorang kahwin dengan abang dan adik ipar aku. Nanti kita semua satu keluarga! "

"Aku pun tak sangka juga. Aku ingatkan jodoh aku orang korea. " ujar Dayang.

"Tch! Mana nak orang korea dengan kau ini. " gerutu Riana dengan niat bergurau.

Dayang panjang tangan memukul Riana. Sampai sahaja Riana mengadu sakit. Mak andam pun kejap ke tepi kejap ke kanan kejap ke belakang. Pening mak andam di buat nya.

"Mak andam biar diaorang ini tak bersolek. Asyik gaduh je lebih. Apa ingat lusa ke kauorang kahwin? Lima belas minit lagi nak mula tau akad nikah. " bebel Aisyah.

Terus terhenti perbuatan mereka. Masing masing membuat muka cemberut dengan gaya? Berpeluk tubuh.

"Ewah ewah gaya kauorang ini. Nak akad nikah pula buat muka cemberut macam itu. Tak suka kahwin ke? Aku batalk-- "

"Tak tak! Aku suka! "

"Aku pun! Kau jangan macam macam sana eh! "

Jerit Riana dan Dayang. Mereka pula yang ganti menyolek diri sendiri dengan cepat. Mak andam dan Ryanna ketawa melihat gelagat mereka.

Beberapa minit kemudian setelah dipanggil mereka bertiga turun ke bawah. Kedua dua pengantin lelaki telah bersiap sedia di hadapan tok kadi.

"Takut lah. " adu Riana dan Dayang. Tangan Aisyah disambar.

"Takut buat apa? Yang salam tok kadi pengantin lelaki bukan kauorang. Aku dulu tak gementar macam kauorang pun. " kata Aisyah. Tangannya ditarik balik.

"Alah itu kau. Kau kahwin dulu dengan suami kau mana nak ada gementar kalau suka pun tak ada. Lain lah kitaorang. " cebik Dayang.

"Diam ah! Nak mula dah. " Aisyah meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

Akad nikah yang pertama akan dimulai oleh Hyder dan seterusnya akan di bawa oleh Aarif.

"Dah sedia? Pengantin perempuan? " Soal tok kadi setelah selesai mendaftar perkara yang wajib.

Riana menangguk sekilas. Tangan ibunya disebelah di genggam erat.

"Baik lah kita mulakan sekarang. "

"Bismillah. Mohammad Hyder Naufal bin Mohammad Arfan? " seru Tok kadi.

"Ye saya. "

"Aku nikahkan di kau berwalikan aku dengan Riana Batrisya binti Abdul Rasyad dengan mas kahwin nya dua ribu ringgit tunai. "

"Aku terima nikahnya Riana Batrisya binti Abdul Rasyad dengan mas kahwin nya dua ribu ringgit tunai. "

"Sah? "

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now