Bab 18 ❤

25.9K 1.2K 63
                                    

Krekk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Krekk..

Pintu tandas dibuka dari dalam. Ryan masih setia menunggu dengan penuh sabar. Aisyah perlahan lahan melangkah keluar sebelum tangan nya ditarik kasar oleh Ryan.

"Hish apa ni main tarik tarik?! Saya boleh keluar sendiri lah! " marah Aisyah. Masalahnya sakit bekas dia genggam.

"Lah! Ingatkan tadi tak ada kaki tu yang aku tarik tadi. Kot yalah kan dah jadi cacat lepas derhaka dengan suami. " sinis Ryan.

Aisyah mencebik. Tangan yang masih di genggam Ryan ditarik kasar sebelum meniup tangan nya yang kebas.

Ryan melihat Aisyah dari bawah hingga atas. Kulit nya yang putih kemerah merahan dengan rambut panjang nya diikat sanggul menampakkan leher putih gebu Aisyah sedikit banyak membuat dirinya terseksa.

Aisyah melihat Ryan dengan pandangan pelik. Melihat saja tubuhnya yang hanya dililit dengan tuala paras lutut segera dia mengalih pandangannya ke Ryan.

Laju sahaja Aisyah masuk kembali ke bilik mandi apabila melihat wajah tertahan tahan Ryan.

"A-wak ke-luar! " arah Aisyah gugup. Muka nya sudah membahang habis. Malu dia lain macam!

Ryan yang seakan akan sedar terus keluar dari bilik itu tanpa membantah. Telefon pintar di atas katil diambil sekilas sebelum keluar dari bilik itu.

Aisyah mengintai sebelum keluar dari bilik air dengan keluhan. Segera diambil bajunya dan masuk semula ke bilik air.

Selesai sahaja Aisyah segera menyusun barangan peribadi nya dengan selaju yang boleh. Apa tak nya dari tadi abang nya melaung nama nya. Bukan sekali tapi berkali kali.

❤❤❤

"Hah! Apa yang lama sangat dekat atas tu? Baiki mangkuk jamban ke apa? "

Aarif senyum sinis sebelum mencubit pipi adiknya dengan geram. Sedih pun ada juga sebab terpaksa dialihkan tanggungjawab kepada Ryan.

"Sakitlah! Ha'ah memang adik baiki mangkuk jamban pun tadi. Kesian kan rumah besar tapi mangkuk jamban pun boleh rosak. Jangan sampai rumah ni pula yang rosak. "

Balas Aisyah dengan jelingan. Ikutkan hati nak je dia hempuk kepala dua lelaki di hadapan nya sekarang. Elok lah seorang gila seorang lagi tak waras.

"Tadi bukan beria lagi panggil Aisyah sampai nak terkeluar anak tekak sebab Aisyah lambat. Sekarang? Tunggu apa lagi? Tunggu rumah ni runtuh baru nak pergi ke macam mana? Atau nak minum minum kopi dulu? "

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now