Bab 51❤

19.7K 817 77
                                    

"Aisyah kau buat apa dekat sana huh? Sini kau! Makan sekarang! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aisyah kau buat apa dekat sana huh? Sini kau! Makan sekarang! "

"Honey.. Jangan degil boleh tak? Aku gigit kau kejap lagi! "

"Eh eh! Siapa benarkan kau sapu rumah ini? Aku ada kan? Duduk! "

"Stop! Siapa benarkan kau masak? Kau tengah pantang kan? Asal degil sangat ini? "

"Aisyah duduk makan sekarang! Jangan nak mengelat aku cium kau kang! Cepat! "

Dan banyak lagi. Sehari boleh penuh taik telinga dengar bebelan Ryan. Sehari banyak pantang larang nya. Berlainan pula itu. Belum masuk hari kedua? Tak nak keluar bilik terus kau.

Aisyah melangkah kaki perlahan lahan ke bilik air dengan kain sarung nya itu. Masih terasa pedih walaupun sudah lama dia terbaring di katil hospital.

Apabila keluar sahaja dari hospital ini lah jadinya. Ryan Rykal bertukar. Dari seorang mafia jadi seorang yang overprotective!

Ini lah rasa nya bila dapat laki overprotective. Menyesal dia minta perkara ini dahulu.

"Honey... Nak pergi mana tu? " sergah Ryan dari muka pintu.

Aisyah berdecit. Mula lah tu nak bagi nasihat bebelan dia itu. Aisyah memaksa dirinya untuk senyum dan berpaling menghadap Ryan yang sedang berpeluk tubuh memandang.

"Nak ke tandas hubby. Kenapa nak ikut sekali masuk ke? " perli Aisyah dengan niat mahu ingin suami nya itu cepat cepat beredar namun lain jadinya.

"Boleh juga. Takut takut nanti kau jatuh kan? Jom. "

Ryan berjalan mendekati Aisyah. Aisyah sudah terpempan. Muka nya dicebik.

Tangan Aisyah diraih lalu membawa nya masuk ke dalam bilik air namun semuanya terhenti apabila Aisyah menahan diri dari terus berjalan.

"Kenapa? Kata nak ke tandas tadi kan? "

"Memang lah nak ke tandas. Tapi bukan dengan hubby. Aisyah nak pergi sendiri. "

Ryan membalas renungan si isteri. Lemah betul dia melihat renungan itu. Minta simpati lah tu. Macam lah aku tak tahu gaya dia itu.

"Aku teman. Tak ada alasan. Aku tak nak perkara macam hari itu berulang lagi. Jom! Kau ini bukan boleh percaya sangat. "

Pernah sekali itu Aisyah dikejarkan ke hospital balik kerana jahitan nya terkoyak hasil dari lantai yang licin. Seminggu juga lah kena bebel benda yang sama oleh Ryan. Dah macam mak marah anak.

Aisyah sudah mencebik. Tangan si suami ditepis lembut sebelum melangkah pergi namun belum sampai setengah jalan dirinya terasa di apungan.

Ryan mencempung Aisyah dengan berhati hati. Degil sangat budak ini kalau tak kena paksa mana dia nak buat. Apa? Dia nak tahan diri dia dari buang air kecil?

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now