Bab 24❤

26K 1.2K 65
                                    

"Siapa dalang nya? " soal Aarif tegas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa dalang nya? " soal Aarif tegas. Rahangnya bergerak gerak menandakan dia tengah marah.

"Orang yang sama bos. " Jawab Luqman senada. Terhenjut sedikit bahunya apabila mendengar tumbukan padu tepat mengena di hujung meja kaca.

"Perhatikan mereka. Jangan lepas walau sesaat pun. Aku tak nak perkara macam ni berlanjutan. Cari kelemahan mereka. Arah budak budak yang lain turut serta. Bukan makan gaji buta! "

Sekali lagi tumbukan padu mengena pada hujung meja. Kalau tadi hanya retak kali ni pecah hingga kekura tangan Aarif menitiskan darah.

"B-bos. " risau Luqman melihat darah yang berpusu pusu keluar.

Hanya dengan pandangan yang tajam sahaja sudah membuat Luqman kecut perut untuk bercakap lebih lanjut. Ipad di atas meja kaca itu diambil lalu ditundukkan sedikit badannya sebelum keluar dari bilik itu.

"Sekarang kau main kasar eh? Kau tunggu nasib kau! Kau ingat aku lupa apa yang kau dah buat dengan keluarga aku?! Aku akan pastikan kau mati dengan penuh kesal! "

Ujar Aarif dengan perasaan marah. Timbul urat hijau di lengannya dan leher. Jelas kelihatan. Tanpa disedar ada seseorang memerhati nya.

Dayang mengeluh lemah. Niat nya datang sini kerana mahu melawat pujaan hati. Sungguh dia rindu dengan senyuman dan gelak tawa Aarif. Tak dinafikan lah. Dengan senyuman yang manis dan lesung pipit yang dalam lagi menambat hati gadis diluar sana. Termasuk dia.

Dayang berpusing dan tanpa sengaja tangan nya dihayun dan terkena pasu bunga. Mulut ditekup.

Berderai kaca kaca dia atas jalan itu. Berkerut dahi Aarif mendengar bunyi pecahan kaca. Segera kaki nya menghayun keluar dari pejabat.

Kelihatan ada seorang gadis bertudung litup sedang mengutip serpihan kaca itu.

"Auch! " Adu Dayang tatkala serpihan kaca mengena pada hujung jari nya. Berkerut dahi mulus Dayang menahan sakit.

Aarif yang masih tercegat di muka pintu dengan pantas mendekati si gadis. Dia tahu gerangan nya siapa. Lihat sahaja dari segi tubuh nya sudah dia tahu. Semestinya Dayang si pujaan hati.

"Ya Allah Dayang! " jerit Aarif lantang.

"A-abang.. "

Setitik

Dua titik

Dan akhirnya pecah jua tangisan Dayang yang sedari tadi ditahan. Luka sikit mesti dia akan bazirkan air mata nya. Walau digigit semut. Nyamuk? Jangan tanya nangis juga.

"Ye ye abang ada. Dah tahu bahaya kenapa kutip? " lembut sahaja percakapan Aarif. Dayang dibawa masuk ke dalam bilik nya. Tandas yang memang tersedia dalam bilik itu ditujui nya.

Jari Dayang yang berdarah di biar kan di bawah simbahan air. Sesekali Dayang meringis kesakitan dengan esakan di bibir.

Sudah dipastikan darah nya hilang, Dayang di bawa ke sofa panjang. Minyak gamat diambil lalu dihulur pada Dayang.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now