Bab 35 ❤

20.8K 910 25
                                    

Aisyah berpeluk tubuh dengan kakinya yang disilang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aisyah berpeluk tubuh dengan kakinya yang disilang. Matanya tajam menikam anak mata
Ryan.

"Apa pandang pandang? Aku tau aku handsome tapi tak perlu lah sampai tengok aku macam tu. "

Ayam goreng yang tersedia di atas meja kaca itu dicucuk menggunakan garfu dan disuap pada Aisyah.

Aisyah menyambut. Namun matanya masih tajam menikam anak mata Ryan. Hendak sahaja dia mahu botakkan rambut suami nya sekarang. Sebab fesyen itu lah ramai gadis gadis tergoda.

Hello! Aku ni isteri dia tau! Dalam rahim aku ni dah ada zuriat dia. Yang pergi kenyit kenyit mata itu asal. Dah nak buta? Geram je dia tengok wanitawanita dalam restoran kini asyik menandang suaminya tanpa kelip. Siap tongkat dagu pula tu.

"Kita balik! " bentak Aisyah.

"Makan pun belum nak balik. Tadi kata teringin sangat nak makan nasi kerabu. Ni nasi kerabu belum sampai dah nak balik. "

"Tak nak balik sudah! Aisyah nak balik. " beg tangan di meja kiri diambil lalu membawa dirinya ke luar restoran tersebut.

Ryan senyum sinis. Mak buyung satu tu kalau bab bab cemburu ni tak boleh dibawa bincang. Bukan sekali dah berkali kali.

"Tch! Nak melayan betina dalam tu lah tu! Aku ni menunggu dia bukan main lama dekat sini dia tak kisah pula. " bebel Aisyah.

"Hai. "

Aisyah berpaling. Berkerut wajahnya menahan sinar cahaya matahari yang memancar di wajah nya.

"F-fikri? " duga Aisyah. Tangan nya asyik mengusap perutnya yang membuncit itu.

"Ye saya. Ingatkan dah lupa saya dah. Rupanya masih inga ye. Saya tahu awak masih cintakan saya kan? " ujar Fikri seraya menarik senyuman.

"Cinta? Hello! Sedar sikit ye. Siapa suka dekat kau? " sinis Aisyah.

Fikri senyum sinis. Pandangannya dijatuhkan kebawah. Sesat dua saat dia kembali memandang wajah Aisyah. Ya dia sesal dengan perbuatan nya. Sesal kerana lepaskan Aisyah kerana untuk gadis lain yang lebih jauh beza nya dengan Aisyah.

Fikri menegakkan badannya dengan tangannya yang dimasukkan ke dalam kocek seluar. Pandangan yang sukar ditafsir diberi pada Aisyah.

Aisyah? Sedikit rasa gentar pun tiada. Bukan lagak berani namun dia tahu Fikri tidak akan mengapa apa kannya. Kerana ini tempat awam. Sekali buat hal penjara jawapannya.

Ryan menolak pintu utama restoran tersebut dengan menjinjing bakul plastik berisi nasi kerabu. Bukan sengaja membiarkan isterinya berlama lamaan diluar. Nasi kerabu lambat siap jadi dia pun lambat lah keluar.

Namun langkah Ryan terhenti di depan pintu utama tersebut. Mata nya tajam melihat isteri nya sedang berbual dengan seorang lelaki. Ya dia kenal lelaki tersebut.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now