BLURB

567 81 32
                                    

Nur Rabiatul- Seorang gadis kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bakal mengambil SPM tidak lama lagi. Namun, kerana kemiskinan yang melanda, dia terpaksa bekerja sambilan di sebuah kafe di bandar untuk membayar yuran SPM.

Siti Adawiyah- Seorang gadis bandar yang hidup dalam kemewahan. Tiada apa yang perlu dia risaukan untuk masa hadapan melainkan kekurangan kasih sayang dari sebuah keluarga.

Pertemuan antara mereka mengubah segala-galanya. Kerana tablet ciptaan manusia, roh mereka berdua tertukar. Apa yang lebih mengusutkan keadaan, punca roh mereka bertukar jasad adalah angkara Profesor Iqbal, bapa saudara kepada Adawiyah. Kerana ingin melarikan diri daripada pihak musuh, dia terpaksa menyembunyikan segala hasil penyelidikannya. Adakah pihak musuh akan mengetahui hal yang sebenar? Bagaimana pula Rabiatul dan Adawiyah hendak menyesuaikan diri untuk menjalalani kehidupan mereka seperti sebelum ini? Mampukah mereka?

"Aku tengah mimpi ke sekarang ni?"- Rabiatul

"Ni semua salah paksu! Tak pasal-pasal kitorang yang kena hadap benda ni"- Adawiyah

"Siapa kau yang sebenarnya?"- Aniq Mikail

"Aku perlukan penjelasan daripada kau, Rabiatul"- Farhan

"Kau dan Aku saling melengkapi"

SWITCH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now