Seorang gadis sedang merenung gambar sambil duduk di atas sofa merah itu.
Sedikit demi sedikit air mata jatuh ke atas bingkai gambar itu.
Rindu.
Itulah perasaan yg dia rasa semasa melihat gambar itu. Setiap hari dia akan meratapi gambar itu seorang diri.
"Appa.. Eomma.. "
Gadis itu menangis dan memeluk gambar parents nya itu. Sudah 5 tahun sejak mereka pergi meninggalkan dia. Seorang diri.
Dia meletakkan gambar itu di atas meja dan mengelap air mata yg sedang mengalir di pipi.
"Jangan Jisoo. Awak perlu kuat! " kata gadis itu atau lebih senang, Jisoo, sambil memegang dadanya.
Dia berlalu ke dapur dan membuat air teh untuk diminum. Dia kemudian pergi ke ruang tamu semula dan membuka televisyen. Nasiblah hari ini cuti, dapatlah berehat sekejap dari bekerja.
Thuk! Thuk! Thuk!
Kedengaran pintu diketuk beberapa kali. Jisoo mengeluh dan berjalan menuju ke pintu dengan lemah.
"Nih mesti budak-budak tu lagi! " rungut Jisoo dan membuka pintu.
Memang betul, kelihatan 7 org budak lelaki memandang ke arahnya dengan senyuman yg penuh makna.
"Korang nak ape lagi hah? " tanya Jisoo sambil bercekak pingang.
"Kami nak bagi hadiah! " kata salah seorang budak lelaki itu.
Tanpa sempat Jisoo ingin membuka mulut, mukanya sejuk dikenakan air yg disimbah oleh 7 org budak lelaki itu.
Mereka kemudian ketawa terbahak-bahak dan lari meninggalkan Jisoo yg kini telah basah lencun.
"LARIII!! RAKSASA MENGAMUK!! " jerit salah seorang dari mereka.
Jisoo mengelap wajahnya yg basah dan memandang mereka dengan tajam.
"YAH!! Jangan berani datang sini lagi!! " jerit Jisoo dengan geram.
Budak-budak ni selalu jer buat orang mengamuk pagi-pagi ni.
Jisoo menghempas pintu dgn geram dan mengambil kain tuala untuk mengelap wajahnya yg basah.
"Haihh, takde ke sesiapa yg boleh tolong halang budak-budak tuh dari ganggu orang lain? Parents pun tak ambil tahu ke pasal anak-anak?! " rungut Jisoo sambil menghempas kain tuala ke atas katil.
"Aish, geram! "
____
Jisoo menyuap maggi kuah itu sambil menonton drama. Itulah makanan malam dia. Tiada makanan yg mahal-mahal.
Malas dia mahu habiskan wang hanya untuk makanan. Duit pun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang jer.
"Huwaaa!! Asal tak ikut perempuan tuh?! Kan dah excident! Bodohlah hero ni! " Jisoo terjerit-jerit melihat drama itu.
Dia mengambil tisu dan mengelap air mata yg mengalir akibat terlalu asyik dgn drama itu. Drama queen.
Sedang dia asyik melayan perasaan, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Dia terbeliak besar apabila suasana kini gelap gelita.
Apalah nasibnya hari ni.
"Andwae~Kenapa tiba-tiba bekalan putus ni? Bil elektrik bayar jer. " kata dia sambil memeluk tubuh.
Dia paling benci berada dalam gelap.
Dia membuka lampu suluh dari telefon pintarnya dan menuju ke dapur untuk mengambil lilin.
"Kenapalah time nih jugak nak buat hal.. " rugut Jisoo di dalam hati.
Dia mengambil lilin di dalam laci dan menyalakannya. Dia membawa lilin itu ke ruang tamu dan letakkan di atas meja.
Krakk!!
Bunyi kaca yg pecah di bahagian biliknya. Tiba-tiba bulu roma dia terasa tegak berdiri.
Dia menghalakan lampu ke arah biliknya. Perlahan-lahan dia menuju ke pintu bilik.
"Ape benda tu.. " bisik Jisoo di dalam hati sambil tangan terketar-ketar mahu membuka pintu.
Pelbagai bayangan hantu yg seram-seram mula bermain di pemikirannya.
Sudahlah hanya dia seorang yg tinggal di dalam rumah itu, ada pula bunyi pelik-pelik!
Dia membuka pintu perlahan-lahan dan menjengukkan kepala ke dalam bilik itu.
Dia ternampak seperti susuk tubuh seseorang. Dia mengetap bibir cuba menahan diri daripada menjerit.
Sungguh dia takut!
Dia memberanikan diri membuka pintu dengan lebih luas dan menghalakan lampu ke arah susuk tubuh itu.
Manusia.
Lelaki.
Namun, manusia lebih menakutkan daripada hantu.
Jisoo segera mengundurkan diri dengan ketakutan. Seorang lelaki! Adakah dia pencuri?! Adakah dia penculik?! Adakah dia perogol?!
Jisoo melarikan diri cuba selamatkan diri. Sedikit lagi dia mahu mengapai tembol pintu, kakinya seolah-olah di tarik.
Dia jatuh tersungkur dan menoleh ke belakang. Kelihatan lelaki tadi menarik kakinya.
Dia menjerit sekuat hati namun lelaki itu menutup mulut Jisoo dengan rapat.
Jisoo meronta-ronta cuba melepaskan diri dari genggaman lelaki itu. Kedua-dua tangannya di pegang dengan kuat.
Jisoo melihat lelaki itu dengan ketakutan. Disebabkan suasana yg gelap, dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu.
Air matanya mula mengalir.
Lelaki itu memegang wajah Jisoo, memaksa dia melihat matanya.
Mata lelaki itu mengeluarkan cahaya berwarna kuning.
Jisoo memandang mata lelaki itu dengan lama. K-kenapa mata dia nampak aneh?!
Apa yg membuatkan lagi pelik, dia tiba-tiba terasa pening dan lemah.
Hanya beberapa saat, Jisoo kemudian tidak sedarkan diri.
____
YOU ARE READING
[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒ
Romance"𝐌-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤! " - 𝐊𝐢𝐦 𝐉𝐢𝐬𝐨𝐨 "𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚? 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐚𝐧? " - 𝐊𝐢𝐦 𝐒𝐞𝐨𝐤𝐣𝐢𝐧 Highest ranking: #1 in jinsoo on 051220 #9 in blackpink on 271220 #6 in jisoo on 280121 #1 in jinbts on 141221 Start: 9/11/2020 End: 26/12/20...