"Jin! "
Jisoo memandang Jin yg badannya dipenuhi dengan darah yg banyak. Dia menutup mulut kerana terlalu terkejut dengan keadaan Jin.
Jin cuba untuk berdiri dengan betul dan menyandarkan dirinya ke dinding. Dia tersenyum lega melihat Jisoo.
"Jisoo.. Awak oky.. " kata Jin tersenyum.
Jisoo segera berlari ke arah Jin dan memeluk dia dengan erat. Dia menangis sekuat hati kerana berasa syukur dan gembira melihat Jin.
Jin sanggup membahayakan dirinya sendiri untuk menyelamatkan dia.
"Awak datang.. " nangis Jisoo sekuat hati.
"Saye dah janji tak akan tinggalkan awak kan? " kata Jin dan membalas pelukan Jisoo.
Sedang mereka berpelukan, Taehyung kembali bangun dan menolak Jin ke dinding. Dia memegang perut Jin yg berdarah teruk itu dan mengeluarkan cecair hitam itu dengan banyak.
Perut Jin berdarah dengan sangat teruk akibat cecair hitam itu melecurkan lagi luka itu.
Jin cuba menerkam bahu Taehyung dan mengeluarkan bisanya namun Taehyung tidak berhenti meletakkan cecair hitam itu ke atas perutnya yg luka.
"MATI KAUU!! " jerit Taehyung sambil ketawa jahat.
"Aku akan bunuh kau sama macam Appa bunuh eomma!! " jerit dia lagi.
Jin semakin lemah. Dia tidak mampu melawan Taehyung.
Agaknya inikah cara dia akan pergi?
Sama seperti Ibunya?
Dia tiba-tiba teringat saat Ibunya pergi meninggalkan dia di hadapan matanya sendiri.
Alangkah bagusnya saat itu dia dapat hentikan Ayahnya daripada membunuh Ibu.
Alangkah bagusnya dia gunakan kuasanya untuk selamatkan Ibunya.
Namun, segalanya sudah berlalu.
Dia tidak mahu perkara itu berulang lagi. Kali nih, dia perlu selamatkan Jisoo.
Jin cuba menolak Taehyung sekuat hatinya.
Jisoo yg melihat tidak boleh duduk diam. Dia segera cuba menarik Taehyung namun dia terlalu kuat. Jisoo menangis lebih kuat melihat perut Jin yg darah semakin banyak.
Jin mula membatukkan darah.
"Berhentilahh!! " nangis Jisoo.
Jisoo tak mahu kehilangan Jin. Jin sudah bersusah payah datang cuba selamatkan dia.
Dia mahu membalas jasa Jin. Kali ini, biar dia yg selamatkan Jin.
Dia segera berlari ke tingkat atas dan mencari sesuatu. Dia membuka segala almari yg ada.
"M-mesti ade benda tuh! " kata Jisoo dengan tergesa-gesa.
Dia kemudian masuk ke sebuah bilik dan terjumpa sebuah laci. Dia segera membukanya dan ternyata barang itu ada di situ.
Dia segera mengambil barang itu dengan terketar-ketar.
Dia kembali ke tingkat bawah tanah dan berdiri di hadapan mereka yg sedang bergelut.
"BERHENTI! "
Jerit Jisoo dengan kuat.
Namun, Taehyung tetap mengeluarkan cecair hitam itu ke atas perut Jin.
Pangg!
Satu das tembakan kedengaran di bawah itu.
Taehyung segera berhenti dan memandang Jisoo. Jin jatuh tersandar ke dinding. Dia semakin lemah akibat luka diperutnya semakin teruk.
Jin dan Taehyung terkejut melihat barang yg dipegang Jisoo.
"J-Jisoo.. " kata Jin cuba untuk bangun namun tidak berdaya.
"Jisoo, berhenti. Letak pistol tuh. " kata Taehyung cuba menuju ke arah Jisoo namun terhenti.
"Berhenti! Jangan datang dekat! "
Jisoo meletakkan pistol itu ke dadanya dengan terketar-ketar.
Dia tahu apa yg dilakukan itu perkara yg paling gila yg pernah dia lakukan seumur hidup.
Dia tidak sangka hidupnya akan berakhir sebegitu.
Namun, ini lah satu-satunya cara untuk selamatkan Jin.
"Saye dah lama tahan semua ni... " kata Jisoo terketar-ketar.
"Letak pistol tuh SEKARANG. KAU DAH GILA KE?! " jerkah Taehyung dengan geram.
Jin memandang Taehyung dengan hairan. Mengapa dia nampak seolah-olah terdesak?
"YE, AKU DAH GILA! DAN SEMUA SEBAB KAU!! " jerkah Jisoo semula.
Air matanya tidak henti-henti keluar.
"Jisoo..T-Tolong letak pistol tuh.. J-jangan buat m-macam ni.. " rayu Jin, cuba sedaya upaya untuk bangun.
"Ini saja cara untuk selamatkan awak. " kata Jisoo tersenyum.
"T-tak, saye akan..bunuh Taehyung.. " kata Jin cuba bangun.
Jisoo mengeleng.
"Saye tahu kelemahan Taehyung. "
Jin terhenti dan memandang Jisoo dengan mengerutkan dahinya.
Taehyung terbeliak besar. Dia tak mahu Jin tahu kelemahan dia.
"Kelemahan dia.. Adalah saya. "
Jin memandang Taehyung yg terkedu itu. Dia tak sangka selama ini kelemahan dia adalah Jisoo!
"Dia tak boleh saye cedera. Kalau tak dia pun akn jadi lemah. " kata Jisoo lagi.
"Sebab tulah awak cakap, hanya saye yg boleh hentikan awak. Inilah takdir saye. Saye perlu mati untuk selamatkan awak. " kata Jisoo cuba menahan air matanya turun.
Agak sukar buatnya untuk mengetahui ini takdirnya.
Namun dia tidak menyesal. Sekurang-kurangnya, dia dapat selamatkan Jin.
Akhirnya dia tahu cara untuk hentikan Jin. Hentikan segala kesakitan Jin yg dia alami selama ini.
Dia gembira kerana akhirnya dia tahu jawapan yg dia tercari-cari selama ini.
"Jangan sedih, Jin. Saye akhirnya dapat selamatkan awak. " kata Jisoo dan memejam mata.
Tangannya terketar-ketar memegang pistol itu.
Jin mengeleng laju sambil air matanya mengalir laju.
"Jangan, Jisoo!! Jangann!! " jerit Jin sekuat hati.
Jin cuba untuk bangun namun sakit di perutnya langsung tidak membantu. Dia cuba mengesot ke arah Jisoo sambil menangis teresak-esak.
"Berhenti! Tolong!! JISOO-AHH!! " rayu Jin.
Jisoo hanya membiarkan jeritan itu. Dia perlu lakukan perkara yg perlu dia buat.
Dia perlu selamatkan Jin walau apa pun yg jadi.
Taehyung mengeleng laju dan segera berlari ke arah Jisoo.
"Jisoo berhenti! "
Pangg!!
____
YOU ARE READING
[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒ
Romance"𝐌-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤! " - 𝐊𝐢𝐦 𝐉𝐢𝐬𝐨𝐨 "𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚? 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐚𝐧? " - 𝐊𝐢𝐦 𝐒𝐞𝐨𝐤𝐣𝐢𝐧 Highest ranking: #1 in jinsoo on 051220 #9 in blackpink on 271220 #6 in jisoo on 280121 #1 in jinbts on 141221 Start: 9/11/2020 End: 26/12/20...
![[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒ](https://img.wattpad.com/cover/247208438-64-k238482.jpg)