Part 13

401 66 21
                                        

"Awak oky? Awak nak makan? "

"Jisoo, awak sakit kat mane-mane? Nak saya urut?

"Kalau awak perlukan apa-apa panggil saye oky? "

"Awak nak air? Saya akan ambilkan untuk awak. "

"Jisoo, kalau nak ke tandas bagitahu ehh. Awak perlu rehat. "

"Jin hyung.. " Jimin memandang Jin yg tidak henti-henti dari tadi ulang-alik masuk ke dalam bilik Jisoo.

Jimin berdiri di hadapan biliknya sambil menyilangkan lengannya.

Jin memandang Jimin dan berhenti.

"Ape? "

Jimin kemudian berpura-pura sakit kepala. Dia memegang kepalanya yg masih dibalut kemas dan membengkokkan sedikit badannya seolah-olah menahan sakit.

"Sakit hyungg.. " Jimin berkata sambil memegang kepalanya.

"Alahhh..Nanti oky lah tuh. Tahan lah sikit, macamlah tak biase. " kata Jin dan masuk semula ke dalam bilik Jisoo.

Jimin memuncungkan bibirnya dan menjeling sepintas lalu.

"Sayang sangat dengan perempuan yg BAKAL isteri dia tuh. Huh! "

Jimin mendengus geram dan kembali ke katilnya. Jennie masih lagi berada di situ sambil melihat telefon pintarnya.

Jimin mendongak sedikit, melihat apa yg dibuat Jennie dari tadi.

"Ape awak buat tuh? " tanya Jimin.

"Tengah tengok Instagram. Tengok, cantik kan beg Chanel ni?" Kata Jennie dan menunjukkan beg Chanel yg terpapar di skrin telefon kepada Jimin.

"RM 2,224.88?! " jerit Jimin terkejut.

"Kenapa? Mahal sangat ke? "

"Murahlah! Awak nih biar betul. Rantai yg saye pakai nih lagi mahal dari beg awak tuh." kata Jimin dan memandang Jennie dengan riak wajah 'biar betul'.

Jennie memuncungkan bibirnya. "Berape sangat awak punya gelang tuh? "

"RM 3,349!"

"Alahh beza berape jer. Buat teruk awak ni. " kata Jennie dan menjeling.

Sedang mereka sebut berlawan siapa paling mahal, Jin datang menjenguk bilik Jimin.

"Ade ape? Dah habis jaga bakal isteri kesayangan? " perli Jimin sambil memuncungkan bibir tanda merajuk.

"Urmm..Saye nak cakap dengan awak sekejap. Berdua. " kata Jin dengan wajah yg agak risau.

Jimin memandang Jennie, memberi isyarat untuk benarkan mereka bercakap berdua.

Jennie hanya mengeluh dan bangun. Dia berjalan menuju keluar dari bilik itu dan sempat mendekati Jin dan berbisik.

"Lebih baik awak jangan cederakan dia lagi. Saye dah muak dengan kuasa awak yg tak boleh control tuh. " kata Jennie dan keluar.

Jin hanya mengetap bibir dan duduk bersebelahan Jimin.

"Kenapa ni hyung? Nampak macam ade yg tak kena jer? " tanya Jimin.

"Yelah, saye agak risaulah..."

"Pasal Jisoo? "

Jin mengangguk.

"Hyung ingatkan bile saye dah jumpa Jisoo, bolehlah dia hentikan kuasa hyung yg tak boleh control nih tapi...."

Jin mengetap bibir dan membisu.

"Hyung risau yg hyung cuma membahayakan lagi nyawa dia? " sambung Jimin.

"Ye..Saye tak paham. Kenapa semua ni jadi macam ni? " kata Jin dan mengurut kepalanya yg terasa pening.

Jimin merenung Jin dengan lama dan mula memberitahu perkara yg dia pendam sebelum ni.

"Saya dah agak benda nih jadi macam ni.. "

Kata Jimin tidak memandang Jin yg jelas kelihatan bingung.

"Ape maksud awak, Jimin? "

"Saye tak percaya yg kita boleh kawin dengan manusia. Saye tak percaya yg kita boleh bercinta dengan manusia biasa. "

"Kenapa awak cakap macam tu? "

"Awak tak ingat parents awak? Apa yg dah jadi pada Appa awak bila berkahwin dengan Eomma awak yg separuh ular macam kita? " tanya Jimin dengan agak serba salah.

Jin hanya membisu. Dia mengenggam buku limanya menahan marah kerana Jimin cuba libatkan keluarganya.

"Boleh tak awak jangan sebut pasal tuh.. "

"Saye bukan nak awak terasa tapi tengoklah ape jadi pada parents awak. Awak pun nak jadi macam tuh ke? "

Jin kemudian menggunakan kuasanya dengan menumbuk pasu disebelahnya.

"BENDA TUH DAH LAMA! EOMMA TAK SALAH!! APPA YG CUBA BUNUH EOMMA!! JADI, BERHENTI BERCAKAP SEOLAH-OLAH SAYA AMBIL KEPUTUSAN YG SALAH UNTUK BERKAHWIN DENGAN JISOO!!"

Jerkah Jin dengan kuat sehingga menyebabkan Jimin tersentak.

"Boleh tak hyung jangan marah-marah?! Kenapa semenjak dua menjak ni hyung panas baran sangat?! " kata Jimin tidak puas hati.

"AWAK YG BUAT SAYE MARAH!! "

"SAYA BAGI NASIHATLAH!! Saya cuma tak nak awak menyesal!! Jangan sampai perkara yg sama akan berlaku pada awak pulak! " marah Jimin dengan geram.

"Saye tak perlukan nasihat dari org macam awak! "

Belum sempat Jimin mahu mengamuk, seseorang memanggil nama Jin.

Jin menoleh kebelakang dan ternampak Jennie sedang berdiri di hadapan bilik Jimin.

Jennie segera masuk dan ternampak pasu yg telah pecah disebelah katil Jimin. Dia merenung Jin dengan lama.

"Awak masih lagi bersikap panas baran ehh? Kenapa sejak perempuan tuh datang, awak dah banyak berubah ehh?" Renung Jennie dengan lama.

Jin hanya membisu.

"Sorry, mungkin salah saye.. "

Mereka segera menoleh ke arah suara itu dan ternampak Jisoo sedang tersenyum tawar.

Jisoo memandang Jin dengan riak wajah yg sukar dijelaskan. Nampak macam sedih, macam marah, macam keliru.

"A-awak oky? Kenapa datang sini? Pergilah masuk bilik awak dan rehat. " kata Jin, segera mendekati Jisoo.

"Macam mana saye nak rehat kalau ada masalah sedang berlaku sekarang dan masalah tuh pula punca dari saye? " kata Jisoo sambil melemparkan senyuman.

Mereka memandang satu sama lain dan membisu.

Jin mengeleng dengan laju.

"Tak, nih bukan salah awak, Jisoo. Mungkin saya yg agak sensetif sekarang. " kata Jin cuba memujuk Jisoo.

"Awak jadi sensetif sejak perempuan nih datang! " kata Jennie mencelah.

Jin sempat memberikan sekilas jelingan sebelum memandang semula ke arah Jisoo.

"Jisoo, percayalah. It's not your fault. "

"Kalau diorang cakap awak berubah sejak awak jumpa saye, jadi ni memang salah saye. " kata Jisoo tetap tersenyum.

Suasana agak tegang. Jisoo kemudian menghembus nafas yg berat sebelum merenung Jin semula.

"Okylah, mungkin idea awak untuk benarkan saye tinggal dekat sini cuma idea yg buruk. Saye patut balik rumah saye. " kata Jisoo dan segera berlalu ke biliknya.

Jin terkejut mendengar kata-kata Jisoo. Jin segera mengejar Jisoo.

"Kita dah keterlaluan ke? Agaknye Jisoo terase? " kata Jimin dengan risau.

"Nevermind, it's not my problem anyway. " kata Jennie dan tersenyum sinis.

____

[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang