Jisoo terjaga dari tidurnya. Dia membuka mata dan melihat ke arah tepi. Tiada kelibat Jin. Mungkin dia dah pergi.
Dia bangun dan meneliti jam di sebelahnya.
11:30 a.m. ?!
"Tunggu! Saya dah lewat sangat ni!" Jerit Jisoo dan segera berlalu ke bilik air.
Sepatutnya dia perlu pergi ke restoran pukul 8 pagi. Sekarang sudah 3 jam 30 minit dia terlewat!
Selepas selesai bersiap mahu ke kerja, dia segera membuka pintu biliknya dan berlari menuju ke pintu luar.
"Jisoo. "
Dia terhenti apabila mendengar seseorang memanggilnya. Tunggu, suara ni..
Jisoo menoleh ke belakang dan ternampak Jin sedang bercekak pinggang memandang dia.
"Tak perlulah pergi ke kerja. " kata Jin dan menarik tangan Jisoo.
"Ehh, kenapa pulak? Tak nak lah. Nanti boss saye pecat saye lah! " kata Jisoo cuba untuk melepaskan genggaman Jin.
"Boss awak tak akan pecat awak. Jangan risau. Lagipun dah lewat kan? " pujuk Jin sambil membuat mata marayu.
"Ish, tak nak lah! Nanti saya yg dipecat! Gaji saya yg dipotong! " tenung Jisoo dgn geram.
Jin mengeluh. Dia menarik nafas dan dilepaskan. "Baiklah, saya ikut awak. "
"A-ape?! "
"Biar saya yg merayu mintak awak dipecatkan. " kata Jin dan membuka pintu.
"A-awak dah gila? Kalau saya dipecat saya nak makan ape hah?! " jerit Jisoo lagi. Makin geram pulak dibuatnya.
"Jangan risau. Awak ade saya. " kata Jin dan menuju ke sebuah kereta Lamborghini Aventador S yg berwarna biru.
Jisoo melihat kereta itu dengan mulut yg ternganga besar.
"T-tunggu, itu kereta awak ke?!" Jisoo melihat kereta itu dgn terkejut.
Jin mengangguk dan tersenyum. "Jomlah. "
____
"Mana awak dapat kereta mewah macam ni? " tanya Jisoo dan melihat sekeliling kereta itu.
Tak pernah dia bayangkan dirinya akn berada dalam kereta semewah itu. Kereta kancil biaselah.
"Ape? Ingat saye takde duit? " kata Jin dan tersenyum.
Jisoo hanya mendiam dan meneliti kereta itu. Jin melihat dia sambil tersenyum. Macam budak-budak!
30 minit kemudian, mereka telah tiba di hadapan restoran yg Jisoo bekerja. Kelihatan boss nya sedang bercekak pinggang dengan riak wajah yg masam mencuka. Pasti dia sedang menunggu Jisoo.
Belum sempat Jin ingin keluar, Jisoo menarik lengannya.
"Kenape? "
"Mata awak tuh. Awak memang keluar ke mana-mana dgn mata awak macam tu? " tanya Jisoo melihat mata Jin yg agak menonjol itu.
"Jangan risau. Hanya org tertentu yg dapat lihat mata saye ni. " kata Jin dan tersenyum.
Jisoo kemudian melepaskan tangannya dan menelan air liur. Takut pula mahu berjumpa dengan boss nya.
"Awak tunggulah dalam kereta. Biar saya yg pergi. " kata Jisoo dan keluar dari kereta.
Dia berlari ke arah boss nya itu. Boss nya melihat Jisoo dengan riak wajah yg menakutkan sekali.
"Kenapa lewat? Awak tahu tak sekarang dah pukul berapa?! Awak nak tunggu saya pecat awak baru awak nak datang awal?! " jerit Boss nya membuatkan org ramai yg sedang makan itu menolehkan pandangan ke arah Jisoo.
Jisoo menjadi malu. Kenapa perlu jerit-jerit depan org ramai ni?!
"M-maafkan saya boss. Saya tak sengaja nak bangun lewat. "
"Tak sengaja, tak sengaja. Itulah alasan awak dari dulu! " marah boss itu.
"Kalau awak tak mahu kerja dekat sini, cakap saja saya boleh pecat awak!!" Jerit boss itu lagi dan menolak dahi Jisoo dgn jari telunjuknya.
Jisoo hanya membisu. Dia teramat malu. Terlalu malu sehingga tak mampu berkata apa-apa.
"Jadi, pecat dia sekarang."
Jisoo dan Bossnya memandang ke arah suara itu. Kelihatan Jin sedang keluar dari kereta dan menuju ke arah mereka.
Jin memeluk bahu Jisoo, menyebabkan Jisoo terkaku. Kedengaran suara orang ramai sedang membisikkan sesuatu seolah-olah terkejut.
"Jisoo tak layak kerja dekat restoran yg ada tuan macam awak ni. Biadap." Kata Jin dan tersenyum sinis.
Boss nya terdiam. Dia merenung Jin dengan lama. Kemudian dia ternampak mata Jin mengeluarkan cahaya berwarna kuning.
Jin masih lagi tersenyum sinis manakala boss itu mula terbatuk-batuk selepas melihat mata Jin.
Jin dan Jisoo menunduk meminta diri dan masuk ke dalam kereta.
Kemudian, boss itu secara tiba-tiba termuntah di hadapan restorannya dan menyebabkan orang ramai yg makan di situ mula berlari keluar dari restoran kerana berasa loya melihat kejadian itu.
Jin tersenyum sinis dan memandu keretanya pergi dari restoran itu.
____
"Awak buat sesuatu kan dekat boss saya? " Jisoo berkata sambil merenung Jin dengan tajam.
Jin kekal dengan riak wajah tak bersalah dan memandu keretanya dgn tenang.
"Taklah, saya nak buat ape? Lagi satu, dia bukan boss awak lagi. " kata Jin dengan selamber.
"Habis kenapa tiba-tiba dia muntah dekat depan tuh lepas tengok awak? "
Jin menjongketkan bahunya. "Tak tahu. "
Jin tersenyum sinis. Padan muka .
____
JE LEEST
[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒ
Romantiek"𝐌-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤! " - 𝐊𝐢𝐦 𝐉𝐢𝐬𝐨𝐨 "𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚? 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐚𝐧? " - 𝐊𝐢𝐦 𝐒𝐞𝐨𝐤𝐣𝐢𝐧 Highest ranking: #1 in jinsoo on 051220 #9 in blackpink on 271220 #6 in jisoo on 280121 #1 in jinbts on 141221 Start: 9/11/2020 End: 26/12/20...