Jisoo cuba melepaskan genggaman Jin namun dia terlalu kuat.
"S-sakitlah Jin! "
"Sakit ke? Saye belum pun mula lagi. " Jin berkata sambil memegang kasar pipi Jisoo yg lembut dan kemerahan itu.
Jin menolak wajah Jisoo dengan kasar. Jisoo mengambil peluang itu untuk lari namun Jin menggunakan kuasanya dengan menarik kaki Jisoo.
Jisoo diheret dan dipaksa terbaring. Jin memegang tangannya dengan erat sambil merenung tepat ke mata Jisoo.
Jisoo cuba meronta-ronta meminta tolong. Dia teringatkan peristiwa pada hari pertama dia berjumpa Jin. Itulah perkara Jin lakukan pada dia.
Dia tahu itu bukanlah diri Jin yg sebenar.
Dia cuba menjerit sekuat hati namun Jin menutup mulut Jisoo.
"Janganlah menjerit. Awak tak mahu bermain dengan saye? "
Mata Jin kemudian bercahaya berwarna kuning. Jisoo cuba mengelak dari memandang mata Jin namun Jin memegang wajah Jisoo, memaksa dia untuk melihat.
"PANDANG SINI!! " Jerkah Jin dengan kuat.
Jisoo menangis teresak-esak. Sedang dia cuba meronta-ronta untuk dilepaskan, dia ternampak garfu disebelahnya.
Dia segera mengapai garfu itu dan menikam leher Jin.
Jin menjerit sakit dan segera melepaskan Jisoo. Jisoo menggunakan peluang itu untuk bangun dan lari menyelamatkan diri.
Jin memegang garfu yg dicucuk itu dan menariknya keluar. Darah mula mengalir keluar. Dia tersenyum dan melihat Jisoo yg sedang berlari itu.
Jisoo berlari ke pintu dan cuba untuk keluar namun pintu tidak dapat dibuka.
Dia menoleh ke belakang dan ternampak Jin sedang tersenyum sinis. Matanya masih bercahaya. Jisoo cuba untuk tidak memandang mata Jin dan segera berlari ke tangga dan masuk ke dalam biliknya.
Dia mengunci pintu dan berlari masuk ke dalam almari. Dia menyembunyikan dirinya di dalam almari itu sambil terketar-ketar.
Macam mana nak hentikan Jin?
Jin cakap hanya diri saye yg tahu tapi saye sendiri tak tahu nak buat ape!
Think Jisoo, think!
Ape cara nak hentikan Jin ni..
Sedang dia fikirkan cara untuk hentikan Jin, dia terdengar suara Jin.
"Mane awak~Saye cari awak ni~"
Jin berjalan perlahan-lahan sambil tersenyum.
Jisoo menekup mulutnya sambil terketar-ketar.
Jangan datang dekat.
Jangan datang dekat.
"Saye dengar suara awak yg terketar-ketar tu~Lebih baik awak bersedia, saye dah makin dekat~"
Jisoo terdengar pintu biliknya diketuk.
"Knock, knock. Saye depan pintu awak ni. Cepat buka pintu. " kata Jin sambil mengetuk pintu beberapa kali.
Beberapa minit Jin berada di hadapan pintu itu, namun pintu tidak dibuka. Jin mula hilang sabar. Dia menendang pintu itu sehingga pecah.
Kuasanya terlalu kuat. Dia sendiri tak dapat kawal kuasanya.
"I'm coming!! " jerit Jin dgn ceria.
Namun, tiada kelibat Jisoo. Dia kemudian berdiri betul-betul di hadapan almari yg Jisoo berada.
"Awak tak pandai dalam permainan nyorok-nyorok, darling. "
Dengan kata-kata itu, pintu almari dibuka. Jisoo menjerit takut apabila ternampak Jin berdiri di hadapannya.
"Ding dong, jumpaa!! "
"Jin, jangannn!!! "
____
Jimin berjalan masuk ke dalam rumah. Mood nya hilang setelah perkara tadi. Fikirannya tak henti-henti berfikir pasal Jennie.
Dia melabuhkan punggungnya di sofa. Namun, dia perasan suasana agak sunyi.
"Huh? Mana diorang ni? " tanya Jimin sambil melihat sekeliling.
Dia kemudian bangun dan menuju ke dapur. Alangkah terkejutnya dia apabila ternampak serpihan kaca yg pecah bertaburan di lantai dan garfu yg terdapat darah.
Dia mengambil garfu itu dan merenungnya. Dia tahu ada sesuatu yg tak kena.
"Akrhhhhhh!! "
Dia terdengar suara orang menjerit. Itu pasti Jisoo.
Dia segera berlari ke atas dan masuk ke bilik Jisoo. Dia terkejut apabila ternampak Jin sedang menerkam lengan Jisoo sambil merenungnya dengan mata yg bercahaya.
Dia segera pergi ke arah mereka dan menolak Jin dengan kasar. Dia memeluk Jisoo yg sedang menangis teresak-esak itu.
"Jin hyung!! Sedarlah! " kata Jimin sambil memeluk Jisoo. Jisoo mengenggam baju Jimin dengan erat kerana takut.
Jin menoleh ke arah Jimin dengan pandangan yg menakutkan.
"SEKALI DENGAN KAU AKU BUNUH !! " jerkah Jin dengan kuat.
Dia menggunakan kuasanya dengan memecahkan cermin yg berada di belakangnya. Dia menghalakan serpihan kaca yg tajam itu ke arah Jimin.
Badan Jimin di cucuk-cucuk oleh serpihan kaca itu. Jisoo memandang Jimin dengan terkejut. Badan Jimin mula mengeluarkan darah yg banyak.
"J-jimin! "
"Jangan pandang mata saye. " Jimin berkata dan matanya mula bercahaya. Dia memegang serpihan kaca yg terdapat di bahunya dan menarik keluar.
"Bodoh, dengan serpihan kaca ni boleh bunuh aku? " kata Jimin tersenyum sinis.
Dia kemudian berlari ke arah Jin dan mencekiknya. "Mari kita tengok sapa yg terbunuh. "
Jin memegang lengan Jimin dan mengeluarkan bisanya. Jimin mengerang sakit sebelum menumbuknya dengan kuat.
Jin jatuh ke lantai. Dia merenung Jimin dengan lama.
Tiba-tiba kepala Jimin mula mengalirkan darah berwarna hitam.
Jin ketawa jahat memandang kepala Jimin yg berdarah hitam itu.
Kepala Jimin terasa pening. Itu pasti kuasa Jin. Jimin memegang kepalanya yg terasa sakit.
Jin kemudian bangun dan ingin menumbuk Jimin namun kemudian dihentikan oleh Jisoo.
Jisoo menuju ke arah Jin dan menarik kolar baju Jin.
Dengan sekelip mata, Jisoo mencium bibir Jin.
____
YOU ARE READING
[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒ
Romance"𝐌-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤! " - 𝐊𝐢𝐦 𝐉𝐢𝐬𝐨𝐨 "𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚? 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐚𝐧? " - 𝐊𝐢𝐦 𝐒𝐞𝐨𝐤𝐣𝐢𝐧 Highest ranking: #1 in jinsoo on 051220 #9 in blackpink on 271220 #6 in jisoo on 280121 #1 in jinbts on 141221 Start: 9/11/2020 End: 26/12/20...