Jin memandu keretanya dengan cermat menuju ke rumah Jisoo.
Jisoo yg berada disebelahnya tidak henti-henti merenung Jin.
Telinga Jin menjadi merah akibat renungan Jisoo itu. Jisoo tersenyum.
"Kenapa merah-merah ni? Nak cendol? " gurau Jisoo sambil memegang telinga Jin yg merah seperti tomato itu.
"S-sebab awaklah! Saye nak memandu pun tak fokus. " kata Jin malu-malu.
"Gwenchana. Pandu jelah. Saye nak tengok muka bakal suami saye yg hensem ni lama-lama sikit. " kata Jisoo sambil menongkat dagunya.
Jin terkekeh kecil. "Yah. Awak nak kita terbabas ke hah? "
"Wae? Kenapa pulak? "
"Yelah awak pandang saye macam tuh. Nak makan saye ke ape? Berhentilah. " kata Jin lagi dengan segan.
Dia meletakkan tangannya ke atas paha Jin dan tersenyum sinis.
"Ape maksud awak 'makan' ? "
"Yahh, awak peliklah hari ni. " kata Jin dan ketawa melihat Jisoo yg berperangai nakal itu.
Jin menggunakan kuasanya untuk mengalihkan tangan Jisoo daripada pahanya.
"Tangan tuh duduk diam-diam. "
Jisoo memuncungkan bibirnya dan tersenyum comel. "Oky lahh~"
Selepas beberapa minit kemudian, mereka sampai ke rumah Jisoo. Jisoo memandang Jin dan mengusap rambutnya dengan lembut.
"Terima kasih untuk hari nih. Saye rasa seronok sangat! "
"Lega saye dengar. " kata Jin dan memegang lengan Jisoo dengan erat.
Jisoo mencium pipi Jin dan kemudian keluar dari keretanya. Jin melambai-lambai, mengucapkan selamat malam.
"Saye pergi dulu ye. Jage diri. Tidur awal tau! Sayang awak! " jerit Jin di dalam kereta.
Jisoo mengangguk laju dan membalas lambaian Jin itu.
"Sayang awak jugak~"
____
Sesudah memarking kereta Lamborghini Aventador S miliknya, dia melangkah masuk ke dalam rumah sambil mengeliat-liat badan.
Penat jugak nak buat surprise dekat perempuan. Semuanya perlu 100% perfect!
Baru sahaja dia mahu masuk ke biliknya, dia teringat bahawa dia ternampak kereta milik Jennie berada di luar menandakan Jennie berada di dalam rumahnya.
Namun, satu kelibat manusia pun dia tidak jumpak.
Dia melihat di dapur dan di ruang tamu namun masih tiada. Dia segera menuju ke bilik Jimin.
Dia membuka pintu tanpa mengetuknya dahulu dan terkejut dengan apa yg dilihat.
"YAISHH! BIADAPP! "
"JIN HYUNG! "
Kelihatan Jimin dan Jennie sedang berada di atas katil sambil seluruh badan mereka ditutupi dengan selimut.
Jin menjerit terkejut dan segera ingin menutup pintu.
"YAH! GILE, AWAK PATUT KETUK PINTU DULU LAH!! YAISHH!! " Jerit Jennie dengan kuat sambil membaling bantal ke arah pintu.
Jin menutupi pintu sambil menunduk maaf.
Dia kemudian ketawa apabila teringatkan wajah mereka yg gelabah tadi.
"Woahh~Pandailah Park Jimin sekarang~" kata Jin dengan nada mengusik.
Jin segera berlari ke biliknya apabila terdengar bebelan Jennie dari dalam bilik Jimin. Tidak mahu dia dimarahi.
_____
"J-JANGANN!! "
"Jin akan bunuh kau. "
"T-TAK! A-AWAK TIPU! "
"It's oky. Aku nak tolong kau. "
"Awak tipu! Jangan datang dekat!! "
"Kau dalam bahaya bila bersama Jin. "
"TIPU! TIPU! TIPU! "
Jisoo membuka mata dengan mengejut dan bangun dari tidurnya. Dia mengurut-ngurut kepalanya yg terasa pening dan menenangkan diri.
Mimpi rupanya.
Dia mengelap peluh yg mengalir di pipi. Dia melihat jam di dinding dan menunjukkan pukul 9 pagi.
Dia segera bangun perlahan-perlahan menuju ke bilik air.
____
Jisoo mencuci wajahnya dengan sabun pencuci muka. Dia mengosok-gosok wajahnya dengan lembut sambil menyanyi.
"La...La..La..Syalalala~"
Setelah habis mencuci muka, dia mengambil berus gigi dan meletakkan ubat gigi di atasnya.
Sedang dia seronok memberus gigi, dia terdengar suara seseorang sedang bernyanyi bersamanya.
"La..La..La..Syalala~"
Dia terbeliak besar. Apa yg lagi mengejutkan, itu kedengaran suara lelaki.
Dia segera berkumur dan membisu.
"Tra..La..La..La~"
Suara itu masih bernyanyi.
"Jin? Awak ke tuh? " tanya Jisoo sambil membuka pintu bilik airnya.
Dia melihat ke dalam biliknya mencari kelibat Jin namun tiada.
Dia kembali masuk ke dalam bilik air dan memandang cermin.
Terkejut beruk dia apabila ternampak wajah seorang pakcik tua sedang memandang tajam ke arahnya.
Dia menjerit dan terjatuh ke lantai akibat terkejut. Dia melihat wajah pakcik itu di cermin sambil terketar-ketar.
"Aku akan bunuh kau. "
Pakcik itu berkata sambil ketawa dengan suara yg garau.
Jisoo segera berlari keluar dari biliknya dengan ketakutan. Nasiblah dia sudah memakai baju, jika tidak, habislah!
Dia berlari keluar ke ruang tamu dengan rambut yg masih belum disikat.
Baru sahaja dia mahu mengambil telefon pintarnya untuk menelefon Jin, dia terlanggar seseorang dari belakang.
Dia menjerit dengan lebih kuat dan melibas penumbuknya ke arah orang itu.
Namun, tangannya berhenti seolah-olah ditahan oleh suatu kuasa.
Dia membuka mata dan kelihatan Jin berdiri di hadapannya dengan riak wajah risau.
"Hey, Jisoo. Kenapa ni? "
Jisoo melihat dia sambil air matanya mengalir di pipi. Dia segera memeluk Jin dan menangis teresak-esak akibat terkejut dan takut akan kejadian tadi.
Jin membalas pelukan Jisoo dan mengusap rambut Jisoo yg masih lagi kusut itu.
"Wae? Kenapa awak terjerit-jerit ni? "
Jisoo terlalu takut sehingga tidak mampu berkata apa-apa. Yelah, sapa yg tak terkejut bila ternampak wajah pakcik entah dari mane dekat cermin? Dah macam hantu!!
"Takpe, saye ade dekat sini. Semua akan oky. Takde sape boleh cederakan awak. " kata Jin, cuba menenangkan Jisoo.
Jisoo mengenggam baju Jin dengan erat. Dia tidak mahu Jin meninggalkan dia. Kata-kata pakcik tadi masih terngiang-ngiang di kepala.
Saye takut Jin. Saye nampak pakcik tuh. Dia nak bunuh saye.
Jin terdengar suara hati Jisoo. Perkataan 'bunuh' itu membuatkan Jin semakin marah. Dia mengenggam penumbuknya dengan geram.
Dia memeluk Jisoo dengan lebih erat.
"Jangan risau. Takde sesiapa yg boleh sentuh awak. " kata Jin dengan riak wajah yg serius.
Matanya mengeluarkan cahaya tanda kemarahan yg semakin melonjak.
____