Part 5

507 78 9
                                        

Jin memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo yg besar dan mewah. Jisoo menjenguk ke luar tingkap dan melihat rumah banglo itu.

"Kenapa kita dekat sini? " tanya Jisoo dengan hairan apabila melihat Jin yg keluar dari kereta.

"Inikan rumah awak. "

"Yah, awak buat lawak kan? "

"Kenapa pulak saya nak buat lawak? Ish, awak nih. Jom lah. " kata Jin dan membuka pintu untuk Jisoo.

Jisoo keluar dari kereta dan mengikut belakang Jin. Jin membuka pintu dan menyuruh dia masuk.

Besar. Mewah.

Itulah perkara pertama yg Jisoo sebut. Dia terpusing-pusing melihat rumah yg besar itu. Jin terkekeh kecil melihat gelagat Jisoo yg seperti kebudak-budakan itu. Comel.

"Awak duduklah dulu. Biar saye tukar pakaian kejap. " kata Jin dan naik tangga menuju ke biliknya.

Jisoo memandang sekeliling. Perabot di dalamnya memang sangat mewah.

Sedang Jisoo masih lagi kagum melihat rumah itu, tiba-tiba dia terdengar seseorang dari arah belakangnya.

Dia terlompat terkejut apabila ternampak seorang lelaki juga mempunyai mata seperti Jin sedang merenungnya dengan tajam.

"Yeoja? " kata lelaki itu sambil tersenyum sexy.

Wajah dia dan lelaki itu amat dekat, menyebabkan Jisoo mengundurkan sedikit dirinya ke belakang.

"Awak kawan Jin hyung? " tanya lelaki itu.

Jisoo tersenyum dan mengangguk. "Y-ya. "

"Baguslah. "

Lelaki itu berkata dan matanya mula bercahaya berwarna kuning. Jisoo memandang lelaki itu dengan hairan.

Hampir sahaja Jisoo ingin melihat matanya, Jin datang dari arah belakang dan mengetuk kepala lelaki itu.

Lelaki itu mendengus sakit dan menoleh ke arah Jin dgn geram.

"Jangan berani dekat dengan perempuan ni, Jimin. " kata Jin dan memeluk Jisoo.

Jisoo melihat mereka dengan pelik.

"Saya dah cakap jangan pandang mata yg bercahaya kan? " Jin berkata dengan riak wajah serius.

Jisoo terdiam dan memuncungkan bibirnya.

Lelaki yg bernama Jimin itu kemudian duduk di atas sofa dan memandang mereka.

"Siapa dia nih hyung? Nampak macam istimewa jer dia pada awak. " Jimin berkata dan tersenyum sinis.

"Dia bakal isteri saya. " kata Jin dan menyuruh Jisoo duduk.

"Owhh~jadi dia lah orang tuh! Wahh, kalau lah dapat rasa darah dia ni. " kata Jimin sambil memandang Jisoo dgn tajam.

Jisoo meneguk air liur dan mengenggam lengan Jin dengan perasaan yg takut.

Jin memandang Jimin dengan tajam. Dia menggunakan kuasanya dengan merenung pasu yg berdekatan dengan Jimin sehingga pecah untuk memberi amaran kepada Jimin.

"Kalau awak berani sentuh dia, awak akan jadi macam pasu tu. " kata Jin dan menunjukkan pasu yg pecah berkecai itu.

"Oky-oky.  Relax lah. Why so serious ? " kata Jimin ketawa. Dia bangun menuju ke arah Jisoo dan menghalakan tangannya ke Jisoo untuk bersalam.

"Saya Jimin. Park Jimin. Separuh manusia, separuh ular sama seperti bahu lebar ni. Saya kawan dia." kata Jimin sambil tersenyum manis.

Jisoo memandang Jimin dan kemudian memandang Jin untuk mendapat kepastian bolehkah dia memegang tangan Jimin. Manalah tahu tiba-tiba dia letak racun ke ape dengan kuasa dia.

Apabila melihat Jin mengangguk barulah Jisoo bersalam dengan Jimin.

"Jisoo. Kim Jisoo. "

"Wah, sedap nama tuh. Sesuai dengan awak. " kata Jimin sambil tersenyum goda.

Jisoo tersenyum melihat telatah Jimin. Entah kenapa, Jimin kelihatan comel baginya.

Jin menolak dada Jimin ke belakang apabila melihat dia tersenyum goda itu.

"Ehh, sudah-sudah. Lebih-lebih pulak. " kata Jin menahan cemburu.

"Eleh, jealous cakap lahhhh. " ejek Jimin dan berlalu ke biliknya.

Jisoo ketawa melihat telatah mereka berdua. Comel pulak.

"Mulai harini, awak akan tinggal dekat sini. " kata Jin dgn teruja.

"Boleh ke? Habis macam mana dengan rumah saya tuh? "

"Jangan risau. Awak tak perlu tinggal dekat sana lagi. Tapi saya tak akan jual rumah tu sebab saya tak nak ganggu memori awak dengan keluarga awak dekat sana. " kata Jin tersenyum.

Jisoo melihat Jin dengan perasaan terharu. Dia segera berdiri dan memeluk Jin dengan erat.

"Gomawo. " kata Jisoo sambil menyandarkan kepalanya di dada Jin.

Jin tersenyum sambil membalas pelukan itu. Dia mengusap rambut Jisoo perlahan-lahan.

"Sekarang awak tak akan rasa sunyi lagi. Saya akn bersama awak." kata Jin.

Jisoo memandang Jin dan melemparkan senyuman yg lebar.

"Janji? " kata Jisoo dan menunjukkan jari telengkingnya.

"Janji. " Jin mengangguk dan mencium pipi Jisoo.

Jisoo ketawa malu. Dia mula mempercayai Jin. Kalau benar dia akan menjadi isteri kepada Jin, jadi dia berharap mereka dapat kekal bersama.

Tidak kesahlah mereka berbeza atau tidak, dia tetap menyayangi Jin seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.

"Eiy, sudahlah. Gelilah tengok! " kata Jimin dari tingkat atas.

Dia memandang mereka yg sedang berpelukan dengan gaya yg ingin muntah.

Jin menjeling dan tersenyum. Ada jer tak puas hati dia tuh.

"Diamlah single. Pergilah makan tikus tuh. " kata Jin menghalau Jimin.

Jisoo yg mendengar perkataan tikus terbeliak mata.

"Makan t-tikus?! "

"Kenapa? Nak rase ke Jisoo? Sedap lah! Rasa macam ayam!" kata Jimin tersenyum sinis.

Jisoo mengeleng kepala dengan laju.

"Kitorang kena makan tikus sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk terus hidup. Dia tuh dah nak mampus lah tuh sebab tuh kena makan. " kata Jin, ketawa terbahak-bahak.

"Yahh! Hyung pun sama kan? Dasar ular tak sedar diri. " kata Jimin dan menghempas pintu biliknya.

Jisoo tersenyum tawar. Geli pula memikirkan diorang makan tikus.

"Jangan risau. Kitorang bukanlah takde class nak makan mentah-mentah. Makan macam biaselah, goreng-goreng dulu. " kata Jin dgn selamber apabila terdengar kata-kata Jisoo di dalam hati.

Jisoo tersenyum teragak-agak. "Awak dengar ehh ape saya cakap? "

Jin mengangguk.

"Hehehe sorry. "

____

[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang