Part 22

297 54 11
                                    

"J-Jimin... J-Jennie.. "

Jin melihat mereka yg terkejut besar itu. Mereka segera berlari ke arah Jin yg sedang dipeluk Jisoo.

Mereka melihat kaki Jin yg sedang berdarah.

"Hoi! Ape kau dah buat dekat dia hah! " jerit Jennie apabila menyedari Taehyung sedang berdiri tegak sambil menyilang lengannya.

Mata Jennie mula mengeluarkan cahaya berwarna kuning. Dia mendekati Taehyung yg masih tersenyum sinis.

Jimin yg tersedar Jennie cuba mendekati Taehyung segera menghentikan dia.

"Tunggu, Jennie. Dia bukan seperti yg awak bayangkan. " kata Jimin dan merenung Taehyung.

Taehyung ketawa kecil dan menepuk tangan.

"Wow. Kau lebih tahu pasal aku dari kawan kau tuh. " kata Taehyung dan menjeling Jin.

"Ape kau dah buat pada Jin hyung? Kenape kau buat semua ni?! " jerit Jimin cuba menahan geram.

"Dia yg cederakan Jisoo so tak kan lah aku nak biarkan. " kata Taehyung dengan selamber.

"Ohh, aku tak kenalkan lagi siapa aku. Aku Taehyung. Adik Jin. " kata Taehyung dan menghalakan tangannya ke arah Jennie dan Jimin.

Mereka berdua menjadi keliru. Sejak bile Jin ade adik?

Jennie memegang tangan Taehyung untuk bersalam namun kemudian tangan Taehyung mengeluarkan cecair berwarna hitam.

Jennie menjerit sakit dan melepaskan tangannya dengan segera. Dia memegang telapak tangannya yg mula mengeluarkan asap seolah-olah melecur.

"AHHHH!! " jerit Jennie dengan kuat.

Jimin yg melihat tidak mendiam. Dia segera menumbuk wajah Taehyung dengan kuat, menyebabkan Taehyung jatuh melanggar meja.

"A-awak oky? " tanya Jimin dengan risau.

"Awak tanye lagi?! Sakitlah! " jerit Jennie menahan sakit.

Jimin menjadi geram. Dia menarik kolar baju Taehyung dan memaksa dia berdiri.

"J-Jangan Jimin! " kata Jin cuba menyuruhnya berhenti namun Jimin tidak mendengar.

Jimin menumbuk perut Taehyung berkali-kali, namun Taehyung langsung tidak membalas.

Taehyung jatuh terlentang akibat ditolak kasar oleh Jimin. Dia mengelap bibirnya yg berdarah namun bukan berwarna merah tetapi berwarna hitam.

Dalam masa yg sama, Jimin tiba-tiba terasa penat yg teramat sgt. Taehyung ketawa jahat melihat Jimin yg semakin lemah.

Jennie cuba menahan Jimin daripada terjatuh apabila melihat dia terhuyung-hayang seolah-olah mahu pengsan.

"Ape awak dah buat pada dia hah?! " jerkah Jennie dengan geram.

"Dia dah ambik semua tenaga Jimin yg dia guna tadi. Sebab tulah Taehyung tak balas ape-ape serangan. " kata Jin dengan kesal.

"HAHAHAHAHA! Marilah. Sape nak lawan aku? " kata Taehyung dengan bangga.

Jin cuba berdiri mahu berlawan dengan Taehyung namun Jisoo menghalang.

"Berhenti awak! Awak nak bahayakan nyawa awak lagi ke?! " marah Jisoo.

Jisoo tak mahu kehilangan Jin. Dia tak mampu hidup tanpa Jin. Dia sayangkan Jin.

Sedang Jisoo cuba menahan Jin daripada bangun, tiba-tiba Taehyung muncul disebelahnya dengan mengejut.

Taehyung segera menarik tangan Jisoo dan memeluk dia dengan rapat. Jisoo terkejut dengan pelukan Taehyung itu.

Taehyung mendekati telinga Jisoo perlahan-lahan.

"Let's go home. " bisik Taehyung dengan suara yg mampu mencairkan sesiapa saje yg dengar.

Jin yg melihat segera memegang kaki Jisoo. Dia cuba menarik Jisoo kepadanya namun Taehyung mengenggam tangan Jin.

Dia mengeluarkan cecair hitam itu lagi. Jin menjerit sakit dan cuba melepaskan genggaman itu namun Taehyung tidak melepasnya.

Taehyung merenung Jin dengan lebih dekat.

"Ingat, aku yg kawal kuasa kau. Jadi, bersyukur aku tak buat kau hilang akal sekarang ni. " bisik Taehyung sambil tersenyum sinis.

Jin terkejut mendengar kata-kata Taehyung.

"K-kau.. Kau yg kawal kuasa aku?! "

Jimin dan Jennie yg mendengar juga terkejut.

"Sebab tulah kepala saye keluar cecair berwarna hitam hari tuh. Rupanya Taehyung yg kawal kuasa dia selama ni. " kata Jimin cuba untuk bangun namun berasa sangat lemah.

"Saye dah agak cecair hitam tuh bukan dari kuasa Jin. " tambah Jennie pula.

Taehyung tersenyum sinis, tidak menjawab soalan Jin. Dia melepaskan genggamannya dan memeluk Jisoo dengan lebih erat. Jisoo cuba melepaskan diri namun Taehyung terlalu kuat.

"Kau bebas hari nih. Dan Jisoo...milik aku. " kata Taehyung, ketawa jahat.

Baru sahaja Jin ingin menghalang, cahaya terang tiba-tiba menyuluh mata mereka yg berada di ruang tamu itu.

Dengan sekelip mata, mereka tidak sedarkan diri.

____

"JISOOO!! "

Jerit Jin menjerit sekuat hatinya.

"Woah! Sabar, hyung! " kata Jimin cuba menenangkan Jin.

Dia berada di atas katil dan berpakaian seperti pesakit. Baru dia sedar, dia kini berada di hospital.

Jennie dan Jimin sedang berada disebelahnya kelihatan risau.

"D-dekat mane kita ni? " tanya Jin dengan keliru.

Dia menyelak rambutnya sambil merenung sekeliling bilik.

"Kite dekat hospital, Jin. Hospital dengan rumah tak tahu beza dah ke? " kata Jennie sambil melihat tangannya yg dibalut kemas.

Jimin memberi isyarat menyuruh Jennie diam.

Jin cuba untuk turun dari katilnya namun berhenti apabila terasa kakinya dibalut sesuatu.

Dia menyelak selimut dan melihat kakinya yg dibalut kemas. Baru dia teringat yg kakinya ditembak oleh Taehyung.

Dia tersandar ke bahu katil dan mengeluh.

"Tak guna, jantan tuh.. " kata Jin dengan geram apabila teringat Taehyung menculik Jisoo.

"Kita kena cari Jisoo! " kata Jin dengan tergesa-gesa. Dia cuba untuk turun namun ditahan oleh Jimin.

"Hyung, berhenti. Hyung tengah sakit lagi ni. " kata Jimin menahan bahu Jin.

"Awak dah gile ke?! Dia culik Jisoo dan kita nak biarkan jer ke!! " jerkah Jin dengan geram.

"Syhh!! Diamlah sikit. Nanti orang dengarlah! " kata Jennie gelabah.

"Biarlah diorang dengar! Sape-sape report lah dekat polis!! " kata Jin lagi, menahan geram.

"Ape? Awak nak bagitahu polis yg bakal isteri awak kena culik dengan adik awak yg ade kuase lebih kuat dari abang dia, lepastu bagitahu yg kita bertiga ade kuase jugak. Separuh manusia, separuh ular. Macam tuh? " kata Jennie memerli Jin.

Jin mula membisu. Dia merenung dinding di hadapannya. Habis, bagaimana dengan Jisoo? Adakah dia akan selamat? Bagaimana dia nak selamatkan Jisoo?

Jin kemudian mengalirkan air mata. Dia berasa takut, takut kehilangan orang yg dia sayang.

Jimin dan Jennie memandang Jin dengan kesian.

Jimin memeluk Jin, cuba menenangkan dia.

"Sabar, kita pasti akan selamatkan dia. Jangan risau. "

____

[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒWhere stories live. Discover now