Part 7

437 72 7
                                    

Jimin menutup pintu bilik Jisoo itu dan turun ke bawah. Kelihatan Jin sedang memerhatikan dia dengan tajam.

"Ape? Saya pergi minta maaf pasal tadi lah! Risau sangat dengan yeoja dia tuh. " kata Jimin dan duduk di atas sofa.

Dia membuka botol arak dan menuangkan ke dalam gelas kaca.

Jin turut juga duduk bersebelahannya dan membuka televisyen.

"Dia dah tidur? " tanya Jin sambil matanya kekal menonton televisyen.

"Hampir tidur. "

Setelah beberapa teguk Jimin minum, dia kemudian memandang Jin.

"Hyung, awak pasti ke Jisoo tuh selamat dengan hyung? " tanya Jimin ingin tahu.

"Kenapa awak tanya macam tuh? "

"Bukan ape, hyung kan kadang-kadang tak dapat kawal kuasa hyung tuh. Macam mana kalau hyung lagi membahayakan nyawa dia? " tanya Jimin lagi.

"Taklah. Org yg boleh hentikan hyung adalah isteri hyung so dialah orgnya. " kata Jin lagi, menyakinkan Jimin.

"Tapi awak yakin ke? " tanya Jimin lagi masih ragu-ragu.

Jin mendiam diri. Dia tidak tahu menjawab soalan Jimin itu.

Sedang Jin masih lagi memikirkan jawapan untuk soalan Jimin itu, loceng rumah mereka berbunyi.

Mereka memandang satu sama lain dengan riak wajah terkejut.

"Awak ade pesan pizza ke malam-malam ni?! " tanya Jin dengan gelabah.

"Taklah! Mana ade! " kata Jimin.

Mereka segera berlari ke pintu dan melihat ke tingkap siapakah orang yg datang malam-malam ini.

Kelihatan seorg gadis berbaju mewah (macam gambar di atas ~>_<~) sedang berdiri di hadapan rumah mereka.

"Ehh, yeoja chingu awaklah! " kata Jin dan segera berlari meninggalkan Jimin yg hampir memukul dia.

"Yah!! Dia bukan yeoja chingu saya!! " kata Jimin dengan geram.

Dia mengeluh dan membuka pintu.

Gadis itu tersenyum dan segera memeluk Jimin.

"Jimin~Saya rindu awak.. Kenape tak angkat call ? " tanya gadis itu sambil memuncungkan bibirnya.

"Saye sibuk sikitlah Jennie. " kata Jimin dan duduk di atas sofa.

"Alah, selalu sangat sibuk awak tuh. "Kata gadis itu yg bernama Jennie.

"Kenapa awak datang malam-malam ni? " tanya Jimin dan kembali minum araknya.

"Sajelah nak tengok awak. " kata Jennie sambil memegang lembut dada Jimin.

"Tapi saya ngantuk. " kata Jimin dan berpura-pura menguap.

Jennie memuncungkan bibirnya lagi dan memukul bahu Jimin dengan manja.

"Ugh, sampai hati awak. " kata Jennie dengan nada merajuk.

"Saya datang penat-penat awak tak hargai pun. " kata dia lagi.

"Siapa suruh datang? "

"Yahh! Park Jimin! " kata Jennie dengan geram.

Jimin ketawa sambil cuba mengelak pukulan Jennie itu.

Sedang mereka berdua bermesra itu, pintu bilik Jisoo dibuka.

Dia berjalan menuju ke bawah dan ternampak Jimin bersama seorang perempuan.

"Huh? Siapa tuh? Mata dia..Macam Jimin dan Jin. Mesti dia pun separuh ular. " kata Jisoo sambil mengaru-garu kepalanya.

Kebetulan, Jennie ternampak Jisoo dibelakang mereka yg sedang memerhati. Jennie mengerutkan dahinya dan bangun.

Jimin terkejut melihat kelakuan Jennie itu. Dia menoleh ke belakang dan ternampak Jisoo sedang berdiri tegak di belakang mereka.

"Kenape ade perempuan dalam rumah awak? Dia nampak normal.." Kata Jennie dan segera berlalu pergi ke arah Jisoo.

Jimin cuba menghalang namun tidak sempat. "T-tunggu. Jennie.. Aish."

Jennie memandang Jisoo dengan tajam. "Awak buat ape dalam rumah ni? Macam mana awak boleh berada dalam rumah ni? Awak ni..manusia biasa ehh? "

Jennie bertanya sambil tangannya bersedia untuk berlawan. Dia memandang Jisoo atas dan bawah seolah-olah meluat dengan dia.

Jisoo menjadi terkebil-kebil. Belum sempat dia mahu berkata-kata, Jennie memotong ayatnya.

"Awak yeoja chingu dia ehh? Yah, jangan berani rampas Jimin oky? Awak tak akan dapat dia! Dia akan selamanya jadi milik saya and you pulak boleh berambus dari sini. " kata Jennie menolak bahu Jisoo.

Jimin berlari ke arah Jennie dan memeluknya. "Jennie, sudahlah. Dia bukan yeoja chingu sayalah. "

"Oh sekarang awak cuba bela dia lah sekarang?!" Kata Jennie dengan marah.

"T-tunggu, ada salah faham ni.." Kata Jisoo cuba menenangkan keadaan namun Jennie menengking dia.

"Jangan nak salah-salah faham sangat lah! Menyampah pulak tengok. " kata Jennie menolak Jisoo.

Jisoo menahan geram. Dia menarik nafas dalam-dalam dan mengukirkan senyuman.

"Excuse me, sape nama awak? Ohh, Jennie kan? Wahai Puan Jennie, saya harap awak buka telinga awak luas-luas and dengar. Saya bukan yeoja chingu dia. Saya baru jer kenal dia harini. Jadi, sedikit pun saya tak INGIN dengan dia. Harap maklum. " kata Jisoo tersenyum manis dan melibas rambutnya yg panjang dan terkena muka Jennie.

Jennie ternganga besar dan menahan geram. Dia segera menarik bahu Jisoo dengan kasar.

"Yah! Awak cabar saya ke sekarang hah?! Awak ni memang cari nahas!" jerit Jennie bengang.

"Jennie.. Sudah lah. " Jimin cuba menarik Jennie kebelakang namun Jennie menolak.

"Eiyy, geramlah dengan awak ni!! " Jennie menjerit dan mengenggam lengan Jisoo dengan kuat. Dia menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan bisa dan terkena pada kulit Jisoo.

Jisoo menjerit sakit dan menolak Jennie dengan kuat. Lengannya seolah-olah melucur.

"Jennie! " jerit Jimin dengan terkejut.

Jennie tersenyum sinis.

"Awak fikir saya manusia biasa? " mata Jennie mula bercahaya berwarna kuning.

Jimin menarik tangan Jennie dan memandang dia tepat ke matanya. "Jennie, sudah! " jerkah Jimin.

"Awak nih dah melampau! Pergi balik lah! " jerit Jimin lagi dengan geram.

Jennie hanya tersenyum dan mencium pipi Jimin. Sempat dia tersenyum sinis kepada Jisoo sebelum berlalu pergi.

____

[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒWhere stories live. Discover now