Jisoo menahan sakit di lengannya. Darah mula mengalir keluar. Dia terduduk lalu memanggil Jimin yg berada di hadapannya.
"J-Jimin.. "
Jimin menoleh ke arah Jisoo dan memeriksa lengan dia.
"Tangan awak kena bisa dia tadi. Bisa ular. " kata Jimin dan memegang lengan Jisoo perlahan-lahan.
"Jin hyung!! " panggil Jimin dengan kuat.
"Jin hyung!! Turunlah sekejap tangan Jisoo kena bisa ni! " jerit Jimin lagi.
Jimin memimpin Jisoo ke sofa dan menyuruhnya duduk.
"Sorry lah pasal tadi. Jennie tuh memang selalu marah-marah. " kata Jimin mula rasa bersalah.
"T-takpe. Salah saye jugak sebab cari pasal dengan orang yg salah. " kata Jisoo sambil tersenyum tawar.
Lima minit kemudian, Jin turun ke ruang tamu dengan selambernya. Langsung tidak menunjukkan riaksi risau.
"Jin hyung, tadi Jennie keluarkan bisa pada lengan Jisoo. " kata Jimin dengan risau apabila melihat darah tidak henti-henti keluar.
"Padan muka. " Kata Jin dan tersenyum.
"Yahh!! Jisoo tengah sakit tuh kan?! "
Jin mengeleng-geleng kepala dan mendekati Jisoo. Dia duduk bersebelahan Jisoo dan melihat lengan Jisoo.
"Alah, ini baru Jennie acah jer tau. Tak teruk pun ni. "
"Kalau awak nak perli-perli saya macam ni, biar jelah saya sakit! " Jisoo berkata dengan geram.
Org tengah sakit ni, lagi nak tambahkan kesakitan!
Jin tersengeh dan memegang tangan Jisoo. Dia mengenggam tempat yg luka itu dengan lama. Terdapat cahaya berwarna emas sedang bersinar di tempat luka itu.
Beberapa minit kemudian, Jin melepaskan genggamannya. Mengagumkan! Luka tadi yg berdarah itu hilang seolah-olah tidak pernah ada di lengan Jisoo.
Jisoo melihat lengannya yg kini tidak berasa sakit. Dia terkejut dengan perubahan mengejut itu.
"M-macam mana awak buat?! "
"Haa, inilah kelebihan hyung. Dia boleh sembuhkan penyakit yg berbisa dengan semudah ABC! " kata Jimin sambil memeluk bahu Jin.
"Luka sikit-sikit boleh lah. Nasib luka tadi tak teruk sangat. Jennie acah jer tuh. "
Jisoo menjeling Jin. Senanglah cakap. Bukan dia yg rasa. Mentang-mentanglah diorang tuh ular.
Jisoo merungut di dalam hati. Jin yg mendengar terkejut dengan kata-kata Jisoo.
"Yahh! Saya dengarlah awak kutuk saya! " kata Jin dengan nada yg tinggi.
Jisoo segera berlari ke biliknya, tidak mahu dibebel oleh Jin.
Jimin mengerutkan dahinya. "Dia tak kata pape pun tadi. "
Jin mengeluh. "Saya boleh dengar suara hati dia. "
"Woahhh~awak berdua memang ditakdirkan bersama lah! " kata Jimin dengan teruja.
Jin tersenyum malu.
"Memanglah. Awak jer yg single. " kata Jin dan berlalu pergi meninggalkan Jimin.
"Yaish, hyungg! "
____
Jisoo terbangun dari tidurnya apabila terasa seperti seseorang memeluknya. Dia membuka mata dan ternampak Jin sedang tidur disebelahnya sambil memeluk dia.
Jisoo tersenyum. Dia mengusap rambut Jin yg sedikit kusut itu.
"Gomawo untuk semalam. " kata Jisoo dan mencium bibir Jin.
Jisoo masih lagi mengusap rambut Jin dengan lembut. Handsome lah awak ni.
Tiba-tiba, Jin memegang tangan Jisoo yg mengusap rambutnya itu. Matanya masih lagi tertutup rapat.
"Saya memang handsome pun." kata Jin dengan suara yg serak-serak basah.
Jisoo tersenyum malu. Mesti dia dengar apa yg Jisoo cakap tadi.
Jin membuka sedikit matanya dan memandang Jisoo.
"Ape awak buat tadi.. "
Jisoo tercenggang. "B-buat ape? "
"Cepatlah~Beritahu ape awak buat tadi.. " kata Jin lagi.
Pipi Jisoo menjadi kemerahan. Pasti Jin tahu dia mencium bibirnya tadi.
"Mana ade buat pape. " kata Jisoo ingin bangun dari katil namun ditarik oleh Jin.
Jin memeluk Jisoo dengan erat menyebabkan mereka betul-betul rapat.
"Yah, kalau awak tak mengaku, saya akan lakukan sama seperti apa yg awak buat tadi. " kata Jin tersenyum sinis.
"S-saye cium awak. " kata Jisoo dengan malu-malu.
"Bwo? Cium saye? " kata Jin pura-pura terkejut.
"Saya ingat awak dah tahu. " kata Jisoo agak takut dimarahi.
"Yahh~Berani awak ehh. Awak cium saye semasa saya tidur tadi? Yahh.. "
Jisoo memejam mata, takut dimarahi oleh Jin.
"Buat lagi sekali. "
Jisoo membuka mata dan memandang Jin dengan hairan. Saya silap dengar ke ni?
"Tak awak taksilap dengar. Buat macam mane awak buat tadi. " kata Jin mendekatkan lagi dirinya dengan Jisoo.
"Lagi sekali? " Jisoo berkata dengan agak malu.
"Saya tengah tidur tadi. Cium lagi sekali. " Jin berkata sambil memuncungkan bibirnya.
"T-tapi.. "
"Jisoo-ahh~"
"Oky-oky! "
Jisoo mencium bibir Jin seperti tadi dan memandang tepat ke matanya.
"Puas? "
Jin mengangguk manja. Dia kembali memeluk Jisoo dgn erat.
Kepala Jisoo betul-betul berada di dada Jin. Dia boleh mendengar degupan Jin dengan jelas.
"Saya boleh dengar degupan jantung awak. Dup dup dup dup.. " kata Jisoo dan membuat bunyi degupan dengan comel.
Jin hanya tersenyum sambil matanya tertutup rapat. Jisoo mendongakkan sedikit kepalanya dan memandang Jin yg masih lagi mahu tidur.
"Awak tak nak bangun lagi? " tanya Jisoo.
"Biarlah saya peluk awak lama sikit. "
Jisoo tersenyum malu mendengar kata-kata Jin itu. Sweet betul!
____

YOU ARE READING
[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒ
Romance"𝐌-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤! " - 𝐊𝐢𝐦 𝐉𝐢𝐬𝐨𝐨 "𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚? 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐚𝐧? " - 𝐊𝐢𝐦 𝐒𝐞𝐨𝐤𝐣𝐢𝐧 Highest ranking: #1 in jinsoo on 051220 #9 in blackpink on 271220 #6 in jisoo on 280121 #1 in jinbts on 141221 Start: 9/11/2020 End: 26/12/20...