Taehyung memandang Jisoo dengan riak wajah yg terkejut.
M-macam mane dia tahu?!
Taehyung cuba untuk mengekalkan riak wajah yg selamber. Dia terkekeh kecil.
"Ape kau merepek ni? "
Taehyung menolak Jisoo ke belakang.
"Betul lah. Kau tak boleh aku cedera kan? " kata Jisoo tersenyum sinis.
"Sebab tulah kau tak nak aku mati. Kalau aku mati, kau pun mati. " tambah dia lagi.
Taehyung terkedu. Dia merenung Jisoo dengan lama.
"Kau tak payah merepek lah perempuan. Kau tak sedar lagi? Aku takde kelemahan! " kata Taehyung dengan yakin.
"Kau pasti? " tanya Jisoo, mendekati Taehyung.
Sekarang, dia dah tak takut. Dia tahu apa kelemahan Taehyung.
Tangan Taehyung mula mengeluarkan cecair berwarna hitam kerana berasa geram.
Dia mengenggam tangannya dengan erat.
Jisoo kemudian menarik tangan Taehyung yg mengeluarkan cecair hitam itu.
Taehyung mula terkejut.
"Jadi, kau boleh je kan bunuh aku sekarang? " kata Jisoo dan mendekatkan tangan Taehyung yg mengeluarkan cecair hitam itu ke dadanya.
Taehyung mula teragak-agak. Kalau Jisoo mati, habislah dia.
Dia segera menarik tangannya dari terkena dada Jisoo.
"Kau jangan cabar aku perempuan! " jerkah Taehyung dengan geram.
"Kenape kau tak bunuh aku? Cepatlah, aku tunggu. " kata Jisoo tersenyum sinis.
Taehyung hilang sabar. Nak jer dia guna kuasa dia dan bunuh Jisoo namun Jisoo perlu hidup.
Dia segera keluar dari bilik itu dan menghempas pintu dengan kuat.
Jisoo hanya tersenyum sinis. Akhirnya, dia dah tahu kelemahan Taehyung.
____
Keesokkan harinya...
Jin sedang merenung ke luar tingkap. Dia tidak henti-henti memikirkan di mana agaknya Taehyung menyembunyikan Jisoo.
Dia perlu cepat agar Jisoo terselamat.
"Hyung.. "
Jin menoleh apabila terdengar Jimin memanggil dia.
"Hurm? "
"Hyung tahu di mana rumah dia? " tanya Jimin.
Jin mengeleng kecewa. Bertahun-tahun mereka tidak berjumpa setelah ibu dan ayah mereka berdua sudah tiada.
"Ish, susah nih. " keluh Jimin.
"Kalau rumah parents awak? Mane lah tahu dia sembunyikan Jisoo dekat situ sebab dia tahu awak tak akan jejak lagi kaki ke rumah tuh. " kata Jennie pula yg berada disebelah Jimin.
Jin membisu. Kalau betul lah apa yg Jennie cakap, tak mustahil Jisoo berada di situ.
Namun, kenapa rumah parents nya?
"Haa! Betul jugak kan? Ape kata kita pergi cari dia kat sana hyung? " kata Jimin teruja.
Jin hanya membisu. Jimin dan Jennie memandang pelik.
"Hey, awak tak nak selamatkan Jisoo? " tanya Jennie.
"Nak lah. "
"Habis tuh? Kenape awak nampak muram jer? Jomlah, kita tak boleh buang masa lah! " kata Jennie tergesa-gesa.
"Aikk? Awak pulak nampak teruja ni. " kata Jimin tersenyum. Selalunya Jennie yg meluat sangat bile cakap pasal Jisoo.
Jennie memuncungkan bibirnya.
"Biarlah. Dia dalam bahaya jadi kita perlu selamatkan dia. " kata Jennie, pura-pura tak ambik kesah.
Jimin tersenyum dan memegang tangan Jennie. Comel melihat dia.
Jennie menampar tangan Jimin dan berbisik.
"Ishh, sekarang bukan masanye nak bersweet-sweet. Tuh, tengok Jin. Dia nampak sedih semacam jer kenape? " kata Jennie dan memandang Jin yg nampak agak gelisah itu.
Jimin mendekati Jin yg sedang memeluk tubuhnya.
"Kenape nih hyung? "
Jin tidak menjawab namun tersenyum. Dia meletakkan tangannya di atas bahu Jimin.
"Korang berdua tak perlu ikut. "
"Ape?! " jerit Jimin dan Jennie.
"Terlalu bahaya. Saye tak nak awak berdua pulak tercedera. "
"No! Saye akan ikut. " kata Jennie, berkeras mahu pergi.
"Hyung! Tolonglah jangan buat keputusan melulu. Macam mane kalau Taehyung buat pape dekat awak?! " marah Jimin sambil menepis tangan Jin dengan kasar.
Jin hanya mengeluh.
"Dia adik hyung. Tahulah ape hyung nak buat nanti. " kata Jin dan tersenyum.
"Tak! Saye tak kan benarkan Taehyung cederakan awak lagi! " tegas Jimin.
"Please..Tolonglah dengar cakap saye kali nih jer. " rayu Jin lagi.
"Tak! Saye tak akan--"
"Baiklah. Kitorang tak pergi. " kata Jennie dengan selamber.
Jimin menoleh ke arah Jennie dengan terkejut.
"Ape?! "
"Dia dah berusaha nak lindungi kita. So, kita kenalah hormat keputusan dia. " kata Jennie dan tersenyum memandang Jin.
Dia menuju ke arah Jin dan memeluk dia.
"Saye harap awak kekal hidup. " gurau Jennie.
Jin terkekeh kecil dan membalas pelukan Jennie. Jimin memandang mereka dengan mata yg terbeliak.
"Tapi.. "
Jin merenung Jimin dan berharap dia setuju. Jimin mengeluh dan segera memeluk Jin.
"Tolong pulang dengan selamat. " kata Jimin sambil memeluk Jin dengan erat.
Jin mengangguk sambil mengusap rambut Jimin.
Beberapa minit kemudian, Jin naik ke dalam keretanya dan menuju ke rumah ibu bapanya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sana.
Perasaan gemuruh, takut, risau, semuanya bercampur-baur.
Jimin dan Jennie melihat kereta Jin yg pergi meninggalkan kawasan rumah itu.
Jennie memandang Jimin yg jelas kelihatan risau.
"Yah, janganlah risau. Malam nanti kalau Jin tetap tak balik, kita pergi. " kata Jennie.
Jimin mengerutkan dahinya. "Macam mane kita nak tahu lokasi dia? "
Jennie tersenyum sinis dan mengeluarkan telefon pintarnya. Dia menunjukkan kepada Jimin jejak lokasi Jin sekarang.
"Dengan nih, kita dapat tahu di mane lokasi Jin berada. " kata Jennie tersenyum sinis.
"Woahh!! Daebak! " Jimin menepuk tangan dengan bangga.
"Come on, this is Kim Jennie. " Jennie berkata sambil menyelak rambutnya.
"Pandai awak nih. " Kata Jimin dan memeluk bahu Jennie.
"Saye harap Jin hyung dan Jisoo selamat. Saye tak nak ape-ape berlaku pada diorang. " tambahnya lagi.
"Jangan risau. Malam nih, kita pergi cari diorang, oky? "
____
Jin memandang rumah besar yg kini di hadapannya. Dia merenung setiap sudut rumah itu.
Pelbagai kenangan pahit dan manis di situ.
Dia tidak mahu berada di situ. Namun, disebabkan Jisoo, dia perlu juga datang agar dia dapat selamatkan Jisoo.
Dia mengeluh.
"Jisoo.. Tunggu saye datang. "
____
![[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒ](https://img.wattpad.com/cover/247208438-64-k238482.jpg)