Jin melangkah masuk ke dalam rumah itu. Kesemua perabot di tutup dengan kain putih dan sudah berhabuk.
Barangan di dalam rumah itu langsung tidak berubah. Semuanya kekal di kedudukan yg sama seperti dahulu.
Jin berjalan perlahan sambil merenung sekeliling ruang tamu yg besar itu.
Dia terjumpa gambar frame yg besar yg ditutupi kain berwarna hitam. Dia menyelak kain tersebut dan merenung gambar itu dengan lama.
Itu gambar keluarganya.
Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir. Dia tidak boleh biarkan emosinya menganggu dia dalam mencari Jisoo.
"Fokus, Jin. Fokus! " bisik Jin pada dirinya.
Baru sahaja dia mahu pergi membuka pintu sebuah bilik, dia terdengar seseorang memanggilnya.
Jinn..
Dia segera menoleh ke belakang mencari dari mana arah suara itu datang.
"Hello? Siapa tuh? " Jin berkata sambil bersiap sedia dengan kuasanya kalau-kalau ada orang datang menerjah dia.
Dia melihat sekeliling ruang tamu itu, tiada sesiapa.
Jinnie-ahh..
Jin berdiri kaku. Panggilan itu. Hanya seorang saja yg memanggil dia begitu.
Dia perlahan-lahan menoleh ke belakang.
Serta-merta air matanya jatuh ke pipi.
"Eomma.. "
Orang yg berdiri di hadapannya merupakan Ibu Jin.
Ibu Jin tersenyum manis ke arah Jin yg kaku tidak bergerak.
Eomma dah lama nak jumpa kamu.. Eomma tak sempat nak peluk kamu..
Jin menangis teresak-esak. Dia terbuai dengan emosinya. Dia rindu sangat akan ibunya.
Kenape nangis Jinnie sayang? Tak rindu eomma?
Ibu Jin mendekati Jin. Dia memegang pipi Jin dan mengelap air mata.
Jin sudah tidak tahu adakah itu mimpi atau realiti. Dia hanya tahu, ibunya sekarang berada di hadapannya.
"E-Eomma.. Jin.. J-Jin rindu sangat.. Eomma.." Nangis Jin tidak henti-henti.
Ibu Jin hanya tersenyum manis.
"Eomma.. Tolong jangan tinggalkan Jin lagi.. " kata Jin sambil memeluk erat ibunya.
Akhirnya, dia dapat merasa pelukan ibunya. Dahulu, dia tidak sempat memeluk ibunya kerana si Taehyung itu namun sekarang dia dapat memeluk dia dengan puas.
Eomma tak kan tinggalkan Jinnie, anak kesayangan Eomma..
Jin tersenyum gembira sambil memeluk erat ibunya. Air matanya masih lagi laju mengalir.
"Jin sayang eomma. " kata Jin.
Ibu Jin tidak menjawab. Namun Jin tetap memeluk erat Ibunya.
Tiba-tiba, Jin terasa perutnya ditikam. Jin memandang ke bawah untuk melihat perutnya.
"E-Eomma.. "
Ibu Jin menikam perut Jin dengan sebilah pisau. Darah mula keluar dengan banyak.
Jin cuba tidak mahu melepaskan pelukkan itu namun sakit diperutnya semakin teruk. Dia memegang perutnya cuba menahan sakit.
YOU ARE READING
[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒ
Romance"𝐌-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤! " - 𝐊𝐢𝐦 𝐉𝐢𝐬𝐨𝐨 "𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚? 𝐂𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐚𝐧? " - 𝐊𝐢𝐦 𝐒𝐞𝐨𝐤𝐣𝐢𝐧 Highest ranking: #1 in jinsoo on 051220 #9 in blackpink on 271220 #6 in jisoo on 280121 #1 in jinbts on 141221 Start: 9/11/2020 End: 26/12/20...