Bab 21 🖤

6.6K 132 57
                                    

Pagi kian menjelang, Zayra masih dibuai lena di sisi Kashah dengan tangannya yang menggenggam erat tangan Kashah.

Tiba-tiba Zayra merasakan ada sesuatu pergerakan pada tangannya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Tiba-tiba Zayra merasakan ada sesuatu pergerakan pada tangannya.

Dia membuka matanya perlahan-lahan. Seraya itu, Zayra melihat jari Kashah yang sedang bergerak.

" Hmmm. " Suara perlahan yang datang dari Kashah itu menarik perhatian Zayra. Dia berpaling ke arah Kashah.

Kashah cuba untuk bercakap tetapi tenaganya masih lemah jadi hanya dengusan suara yang perlahan kedengaran.

" Kash, " panggil Zayra perlahan. Air mata gembira mula mengalir membasahi pipi.

Kashah membuka matanya perlahan-lahan. Sekelilingnya kelihatan kabur seketika kemudian ia mula jelas kelihatan.

" Air, " ujar Kashah perlahan. Tekaknya terasa kering akibat terlalu lama dia terpejam lena.

Mendengarkan kata-kata Kashah itu, Zayra terus mencapai gelas lalu diisi dengan air kosong.

Kemudian Zayra menekan butang untuk menaikkan katil Kashah sedikit. Di suapkan air perlahan-lahan kepada Kashah.

Setelah selesai, Zayra terus keluar memanggil doktor untuk memeriksa Kashah yang sudah bangun dari komanya.

___

Sofea bergegas masuk ke dalam hospital tanpa menunggu Haziq. Haziq hanya menggeleng kepala.

" Lari masuk macam orang gila, nombor bilik bukan tahu pun, " omel Haziq sendirian.

Langkah Sofea terhenti di tengah-tengah lobi hospital itu. Lalu dia berpusing ke belakang semula.

" Aduh. Lupa tanya nombor bilik, " ujarnya sambil mengetuk-ngetuk kepalanya perlahan.

Haziq yang melihat Sofea yang berdiri statik seperti patung statue itu hanya tergelak kecil. Baru sedar laa tu. Padan muka.

Sofea berpeluk tubuh melihat Haziq yang sedang ketawakan dia itu.

" Lawak?, " ujar Sofea kemudian dia mencebik geram.

" I tak kata pun, " ujar Haziq dengan sisa tawanya.

Sofea menjulingkan matanya ke atas. Lalu dia membuka langkah semula ke hadapan.

" Tunggu laa I, you tahu ke nombor bilik?, " soal Haziq meleret.

" I boleh tanya dekat kaunter pertanyaan huhh, " ujar Sofea tidak mahu mengalah.

" Ehem ehem. Dah laa merajuk tu, hodoh sangat muka tu, " bisik Haziq di tepi telinga Sofea.

Sofea mencerlung tajam ke arah Haziq. Tangannya bersedia ingin mencubit Haziq namun Haziq lebih cepat mengelak dari perkara itu terjadi.

" Dah jom, " ujar Haziq seraya itu dia terus melangkah laju ke hadapan menuju ke arah bilik yang didiami Kashah.

Fuck Love !!! [ OG ] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang