Bab 1 🖤

13.8K 174 10
                                    

Sudah tiba masa yang dinanti-nantikan. Hari ini bakal menjadi hari yang penuh sinar untuk ibunya.

Zayra melihat ibunya dari pantulan cermin itu. Ibunya kelihatan sangat cantik walaupun make up yang dikenakan pada wajahnya hanya ringan saja. Tidak tebal.

Zayra Eisya. Seorang gadis yang berumur 19 tahun. Sejak kematian abahnya, harapan dia telah hilang. Impian dia yang ingin sambung belajar terkubur bersama abahnya.

Ibunya menjadi kekuatan nadinya sekarang. Namun tidak lama lagi ibunya bakal menjadi milik orang.

Ibunya tersenyum manis pada Zayra. Di genggam tangan kecil Zayra itu.

" Terima kasih sebab sudi terima Fairul, " ujar Zalikha lalu dicium pipi Zayra lembut. Fairul bakal menjadi bapa tiri Zayra. Namun dia sendiri tidak tahu sama ada dia boleh terima Fairul sebagai pengganti abahnya.

Semua yang dia lakukan kini adalah untuk ibunya. Dia mahu ibunya kembali bahagia seperti dulu. Ibunya berhak memulakan kehidupan yang baru.

" Anything for you mom, " ujar Zayra lalu dia memeluk ibunya erat.

" Weyhh cantiknya kau, " suara Jehan itu memecahkan suasana yang sedih itu. Jehan merupakan teman baik ibunya.

Zalikha dan Zayra tertawa kecil melihat gelagat Jehan itu. Dengan terujanya itu membuatkan riak wajahnya menjadi lawak. HAHAHA.

" Pengantin perempuan dah siap?, " soal wanita yang sudah berusia seperti 50-an itu.

Zalikha mengangguk sambil tersenyum manis.

Fairul yang sudah duduk di hadapan tok kadi itu menarik nafas perlahan. Menghilangkan sedikit kegentaran di hatinya.

" Okay ready?, " soal tok kadi yang berada di hadapannya itu.

Fairul mengangguk perlahan.

Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan tok kadi itu. Tok kadi itu mengenggam erat tangan Fairul.

" Aku nikahkan engkau dan aku kahwinkan dengan pinanganmu, Nur Zalikha binti Yusoff dengan mahar RM500 dibayar tunai. "

" Saya terima nikah dan kahwinnya dengan mahar yang telah disebutkan, dan aku rela dengan hal itu. Dan semoga Allah selalu memberikan anugerah. "

" Sah?. "

" Sah. "

Alhamdulillah sudah selesai majlis itu dengan baik dan mudah sekali.

___

Zayra melihat banglo tiga tingkat di hadapannya itu dengan pandangan yang tidak percaya. Besarnya rumah pak cik Fairul ni.

Maklumlah sebelum ini dia dan ibunya hanya tinggal di sebuah rumah kayu saja. Hidup mereka cuma serba sederhana saja. Tidak mewah.

Ibu dan dia terus berpindah masuk ke rumah Fairul. Rumah Fairul terletak di kawasan bandar. Agak jauh dari rumahnya di kampung.

" Masuk laa, " ujar Fairul menjemput mereka masuk apabila mereka masih berdiri di hadapan rumahnya itu.

Zayra dan ibunya hanya mengukirkan senyuman nipis. Malunya. Maklum laa tak pernah tengok rumah sebesar ini dengan mata sendiri. Selalunya dalam drama je.

" Bilik Zayra tingkat atas belah hujung sana okay, " ujar Fairul memberitahu pada Zayra. Zayra mengangguk faham. Lalu dia mendaki tangga itu dan menuju ke bilik yang di tunjukkan oleh Fairul tadi.

Manakala Zalikha mengikuti Fairul ke bilik mereka berdua.

Zayra melangkah masuk ke dalam bilik itu. Di lihat sekeliling bilik yang berwarna sky blue. Penuh dengan hiasan. Cantik!

" Bilik ni lagi besar dari bilik aku yang dulu, " ujar Zayra terpesona dengan ruangan biliknya itu. Zayra meletakkan beg bajunya lalu dia merebahkan tubuhnya ke atas katil itu.

" Ermm selesanya, " ujar Zayra gembira. Matanya dipejam dengan senyuman yang mekar di bibir.

This will be a big change to her mother and her.

___

" Zayra " Zalikha mengetuk pintu bilik anaknya itu berkali-kali.

Zayra yang masih diulit mimpi itu merasa terganggu.

Ditarik bantal dan ditekupkan pada telinganya.

" Zayra " sekali lagi Zalikha memanggilnya namun tiada sahutan juga.

" Tidur laa tu " Zalikha menggeleng perlahan. Kalau dah tidur memang cukup susah nak kejutkan dia.

Lalu dibiarkan saja Zayra yang sudah tidur itu. Nanti dia bangun dia tahu laa nak cari makanan dekat mana.

" Mana Zayra? " Fairul melihat di belakang Zalikha.

" Saya panggil, dia tak sahut pun. Tidur rasanya tu " Zalikha menarik kerusi di sebelah Fairul lalu dilabuhkan punggungnya.

" Tak apa laa biar laa dia tidur " Fairul tersenyum nipis.

Lalu mereka makan malam bersama tanpa Zayra.

Zayra menggosok-gosok matanya perlahan. Kemudian direngangkan badannya sedikit.

" Pukul berapa? " di lihat jam loceng yang berada di atas kabinet tepi katilnya.

Terkejut dia melihat jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 9 malam.

Terbangun terus Zayra dari baringnya.

" Alamak terlepas solat maghrib " dia mengeluh perlahan sambil membetulkan rambutnya yang sudah serabut akibat tidur.

Tiba-tiba perutnya bunyi meminta makanan. Diusap perutnya.

" Sabar ehh perut. Aku nak solat isyak kejap. Lepastu kita makan ehh " terus dia bangun dari baringnya dan menuju ke toilet.

Setelah selesai membersihkan diri, Zayra kini bersiap untuk menunaikan solat.

" Ibu " setelah Zayra selesai solat, dia terus turun ke tingkat bawah. Dicari Zalikha tapi tiada pun. Sudah tidur maybe.

Akhirnya Zayra menuju ke dapur. Pandai-pandai laa kau cari makanan sendiri.

Microwave dibuka lalu Zayra mengukir senyuman lebar.

" Hehe gotcha " diambil lauk pauk itu lalu dipanaskannya.

Setelah selesai makan dia mencuci segala pinggan mangkuk yang digunakannya.

" Fuhh kenyang " di tampar-tampar perutnya perlahan.

" Zayra tak tidur lagi? " bahu Zayra terjungkit sedikit akibat terkejut dengan suara yang tiba-tiba muncul di belakangnya itu.

Dia berpaling ke belakang melihat wajah Fairul yang sedang memandang tepat ke arahnya.

" Belum " Zayra tersenyum nipis. Kekok sebenarnya. Dia masih tidak mengenali lelaki di hadapannya itu.

Apa yang dia tahu lelaki itu adalah suami ibunya. Selain dari itu dia tidak tahu apa-apa mengenai lelaki di hadapannya itu. Atau lebih tepat bapa tirinya.

" Dah lewat ni. Pergilah tidur " dilemparkan senyuman manis ke arah Zayra.

Zayra mengangguk perlahan lalu dia terus melangkah mendaki tangga menuju ke biliknya.

Fairul hanya melihat bayangan Zayra yang semakin hilang dari pandangannya.

Assalamualaikum guys🤣yeahh new update😂I can't tell if this chapter bored or not but I think this chapter a little bored yahh😂I will improve more for the next chapter🙏😣thanks y'all❤️hope you enjoy it😘❤️

Stay support my story🙏❤️

Fuck Love !!! [ OG ] Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora