Bab 9 🖤

10.3K 170 17
                                    

Kashah melangkah masuk ke dalam bilik Zayra. Dilihat Zayra yang masih nyenyak tidur walaupun dalam keadaan yang mungkin tidak selesa disebabkan tangan dan kakinya yang diikat.

Dilabuhkan punggungnya pada birai katil itu. Lalu dia merapatkan wajahnya dengan wajah Zayra. Kashah tersenyum sinis.

Ditiup pada bahagian leher Zayra sehingga membuatkan Zayra mengeliat sedikit disebabkan rasa geli.

" Wake up baby " dibisik perlahan dengan nada suaranya yang gemersik pada telinga Zayra.

Namun Zayra masih nyenyak tidur seperti tiada orang yang menganggunya.

Kashah tidak berpuas hati. Tidur mampus ke apa minah ni?

Tiba-tiba terbit idea yang nakal di dalam mindanya.

Kashah mengucup bibir Zayra lembut. Namun semakin lama semakin rakus sehingga membuatkan Zayra terjaga dari tidurnya.

" Emmmm " Zayra cuba menolak Kashah dari terus menciumnya namun dengan tangannya yang diikat menjadikan ia sukar untuk menolak Kashah.

Kashah melepaskan ciuman itu. Jarak wajahnya dan Zayra masih lagi rapat.

Zayra memandang wajah Kashah dengan perasaan yang marah dan geram.

" What the hell are you doing? " mendatar saja nada suara Zayra ketika itu.

" Wake you up " senyuman di bibirnya tidak lekang. Senyuman yang manis itu membuatkan Zayra terkesima.

" Untie me " Zayra mengawal riak wajah dan nadanya. Dia tidak akan sesekali jatuh pada tangan lelaki apatah lagi lelaki seperti Kashah. Buaya!

Tanpa banyak bicara Kashah membuka ikatan pada tangan dan kaki Zayra. Dilihat bekas merah pada tangan dan kaki Zayra. Mungkin disebabkan ikat terlalu lama.

" Get ready " suruh Kashah lalu dia berdiri. Ingin keluar dari bilik itu.

" Yeayyy balik rumah " dengan girangnya Zayra bersorak.

Kashah terhenti dari langkahnya. Dia berpaling ke belakang melihat Zayra.

" Siapa cakap aku nak hantar kau balik? " Kashah menjongketkan keningnya sebelah.

Terdiam terus Zayra dari terus bersorak gembira. Dia memandang ke arah Kashah.

" Then? " dengan wajahnya yang blur dia bertanya pada Kashah.

" London " sepatah saja Kashah menjawab.

Perkataan yang keluar dari mulut Kashah itu membuatkan Zayra ternganga.

" London! I'm not going! " jerit Zayra dengan kuat.

" Aku tak tanya kau nak pergi ke tak. Ini satu arahan so ikut cakap aku " riak wajah Kashah selamba saja.

" Baju kau ada dalam almari " sambungnya lagi.

" Aku.. "

Belum sempat Zayra ingin membalas kata-kata, Kashah terus keluar dan menutup pintu bilik itu.

Zayra terus kehilangan kata-kata. Lelaki ni betul-betul mencabar kesabarannya.

Dia turun dari katil lalu dituju ke arah pintu. Dipulas tombol pintu itu namun tidak terbuka.

" I'm locked your door " kedengaran suara Kashah dari luar biliknya.

" Buka laa! " Zayra menumbuk-numbuk pintu bilik itu dengan kuat sehingga lebam tangannya.

" Tak guna punya jantan " mulutnya tak habis-habis memaki hamun Kashah sambil dirinya sedang sibuk bersiap.

___

Zayra membuang pandangan ke arah luar tingkap kereta itu. Tak mahu lihat Kashah. Buat dia sakit hati je.

" What is this? " Kashah menarik tangan Zayra lalu dilihatnya sekilas sebelum dia kembali memandang ke arah jalan.

Zayra menarik tangannya lalu dia hanya diam tidak membalas soalan yang ditanya oleh Kashah.

Kashah mengeluh perlahan. Kejap lagi laa dia settle dengan minah ni.

Setelah beberapa puluh minit, akhirnya mereka sampai di dalam kawasan lapangan terbang.

" Jom " Kashah keluar dari keretanya lalu dia memberi kunci keretanya pada salah seorang pekerja yang ada di situ.

Zayra mengerutkan dahinya. Pelik. Boleh ke kereta terus masuk dalam lapangan terbang? Bukan kena boarding dulu ke?

" Everything is ready sir " ujar lelaki yang sedang berdiri di sebelah kapal terbang itu.

" Okay " Kashah menarik tangan Zayra lalu mereka mendaki tangga masuk ke dalam kapal terbang itu.

" This is yours? " soal Zayra tanpa berkelip matanya.

" Yes " balas Kashah dengan penuh bangga.

No wonder dia boleh terus masuk dalam lapangan terbang ni.

Mereka duduk bersebelahan. Zayra mengambil tempat duduk di sebelah tingkap. Dia ingin melihat awan dan langit. Manakala Kashah duduk di sebelahnya.

Kashah menarik seatbelt pada kerusi Zayra lalu dipakaikan. Zayra hanya membiarkan saja. Dia tidak tahu sebab dia tak pernah naik kapal terbang seumur hidupnya. This is the first time.

Dalam beberapa minit, kapal terbang itu berlepas di atas langit. Zayra tersenyum gembira melihat awan yang berarak mengikut angin yang bertiup.

Tiba-tiba Kashah menarik tangannya membuatkan Zayra tersentak. Habis hilang mood nak melayani keindahan langit itu.

" Lepas laa " Zayra ingin menarik tangannya namun Kashah memegang erat tangannya.

" Duduk diam-diam " mendatar saja nada suara Kashah.

Zayra mencebik meluat. Semua nak kena dengar cakap dia. Eii meluat!

Diambil first aid lalu dia membawa keluar iodine dan juga kapas.

Kemudian di sapu pada tangan Zayra yang cedera itu. Cedera disebabkan Zayra menumbuk pintu pada pagi tadi. Geram punya pasal.

Zayra terkedu dengan tindakan Kashah. Caring atau pura-pura caring. Which one? Mindanya kini tertanya-tanya.

" Done " terus Kashah melemparkan tangan Zayra sehingga terkena pada muka Zayra.

Zayra menarik nafasnya perlahan-lahan. Okay sekarang dia dah tahu jawapannya.

" Baik tak payah sapu ubat " Zayra mencebik geram. Lalu dibuang pandangannya ke arah luar tingkap.

Kashah tergelak kecil. Merajuk macam budak-budak.

" Breakfast dulu. Kau tak makan apa-apa lagi pagi ni " arahnya pada Zayra seusai saja pramugari itu menghantar makanan kepada mereka.

Zayra terus memejamkan matanya. Tidak mahu makan dan tidak mahu dengar arahan lelaki itu.

Grurppp...

Perutnya berbunyi kuat akibat terlalu lapar disebabkan semalam juga dia tidak menjamah apa-apa makanan.

Zayra menampar perutnya. Boleh pula kau nak buat berbunyi time macam ni. Jangan laa malukan aku perut.

Kashah tertawa saja.

" Dah bunyi tu makan je laa nanti sakit padan muka kau. Aku tak kesah " matanya tidak melihat pada Zayra namun tertumpu pada skrin laptopnya. Tangannya laju menaip sesuatu pada laptopnya.

Zayra baru hendak mencapai makanan itu namun disebabkan kata-kata yang dilontarkan dari mulut Kashah itu membuatkan dia terhenti.

Diabaikan makanan dan perutnya yang lapar itu. Matanya dipejam rapat. Tidur lagi bagus.

Kashah memandang Zayra. Dilihat Zayra yang sudah tertidur itu.

' I feel you when I'm with her. She exactly same like you '

I hope you enjoy it guys❤️

Fuck Love !!! [ OG ] Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin