Bab 26 🖤

5.8K 129 48
                                    

' Sometimes the situation will make something become more complicated but what's more complicated is you don't know what your heart want and what does it feeling. '

" Kashah!, " jerit Sofea apabila Kashah rebah sebaik saja dia menjejaki ke dalam rumah.

Sofea berlari laju ke arah Kashah. Hidungnya mencium bau arak yang sangat kuat.

" Sofea ingatkan Kashah dah berhenti minum, " ujar Sofea dengan nada yang kesal.

Kashah memandang ke arah Sofea dengan pandangan yang sukar untuk dibaca. Kemudian dia tertawa kuat tanpa sebab.

Sofea menjongketkan kening sebelah kanannya dan memandang pelik ke arah Kashah.

" Dah gila agaknya, " omel Sofea perlahan.

" Haziq!, " jerit Sofea lagi memanggil Haziq yang berada di dapur itu.

Haziq terus berlari anak menuju ke arah suara Sofea itu. Sesampainya di situ, Haziq terus menggelengkan kepalanya perlahan melihat keadaan Kashah itu. Mahu dimarah? Sudah penat.

" Tolong jap. I mana larat nak angkat mamat nangka ni, " ujar Sofea selamba.

Kashah terus memandang tajam ke arah Sofea setelah mendengar perkataan ' mamat nangka ' yang keluar dari mulut Sofea itu.

Sofea menjelirkan lidahnya ke arah Kashah tanda tidak kisah. Kemudian, Kashah terus tertawa kuat sekali lagi sehingga mengalir air matanya. Dari tawa bertukar menjadi tangisan yang kuat.

Sofea dan Haziq hanya mampu mengeluh perlahan dan juga berasa simpati dengan keadaan Kashah itu. Yaa, Haziq mungkin tersangat marah dengan tindakan tidak masuk akal Kashah itu namun di dalam sudut hatinya, dia merasa kasihan pada Kashah.

" Dah angkat dia masuk bilik, " ujar Sofea pada Haziq. Lagi lama dibiarkan di situ, lagi banyak yang dia merepek nanti.

Haziq mengangguk perlahan lalu dipimpin Kashah pada bahunya dan dibawa Kashah menuju ke bilik tingkat atas.

" Sampai bila lagi kau nak seksa diri kau?, " soal Sofea perlahan sambil matanya memandang ke arah Kashah yang dipimpin oleh Haziq itu.

---

" Assalamualaikum, " Zayra memberi salam sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumussalam, " jawab Kirana dengan mulutnya yang penuh dengan makanan ringan itu.

Zayra menggeleng kepalanya perlahan melihat kerenah Kirana itu.

Dia menuju ke arah Kirana lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan Kirana itu.

" Beg apa tu?, " soal Kirana apabila dia terperasan ada sebuah beg galas di sisi Zayra.

Zayra memandang ke arah Kirana sekilas lalu dia memandang ke arah beg di sebelahnya itu.

" Ouhhh... Ni beg yang aku tertinggal dekat hospital hari tu, " ujar Zayra tenang. Dia cuba untuk bertenang dan mengawal perasaannya apatah lagi selepas kejadian yang terjadi di cafe petang tadi.

Kirana memandang wajah Zayra lama dengan perasaan yang ingin tahu.

" Siapa yang hantar? Ke kau yang pergi ambil sendiri?, " soal Kirana lagi seperti nak soal siasat pula.

Fuck Love !!! [ OG ] Where stories live. Discover now