Bab 25 🖤

6.1K 127 28
                                    

Fairul membuang pandangan ke arah luar tingkap pejabatnya sambil menunggu information dari anak buahnya berkenaan Zayra.

Tok. Tok. Tok.

Bunyi ketukan pada pintu pejabatnya membuatkan Fairul mengalihkan pandangannya ke arah pintu itu.

" Masuk. " Sepatah perkataan saja yang keluar dari mulutnya.

" Dapat tak?, " soal Fairul sebaik saja anak buahnya itu masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Mereka mengangguk laju lalu dihulurkan sebuah file kepada Fairul.

Fairul menyambut huluran itu lalu dibuka dengan laju sekali.

Dia membaca information yang berada di dalam file itu dengan senyuman yang sinis.

" You will come back into my arms again dear, " ujar Fairul sinis.

---

Zayra menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Mahu meraung? Tiada manfaat pun yang akan datang.

" Kirana, aku pergi kerja dulu tau. Bye, " laung Zayra dari luar rumah.

" Bye. Hati-hati, " balas Kirana kuat sambil berhempas pulas di dapur.

Zayra terus menghidupkan enjin motornya lalu menunggang membelah jalan raya.

' Life is hard but I have to continue. If I don't, how do I live my life? '

___

" Dah siap?, " soal Sofea pada Kashah yang sedang duduk di birai katil itu.

" Dah, " ujar Kashah sepatah.

Kashah semakin beransur pulih jadi dia sudah dibenarkan untuk discharge dari hospital itu.

Sofea memandang wajah Kashah yang kelihatan serabut itu sekilas lalu dia mengeluh perlahan.

" Okay jom, " ujar Sofea lalu dia menarik tangan Kashah bangun dari katil itu.

Kashah hanya turuti Sofea tanpa berkata apa-apa sehingga mereka sampai di car parking.

" Are you okay?, " soal Sofea sebaik saja mereka memasuki ke dalam perut kereta itu.

Kashah memandang ke arah Sofea dengan senyuman nipis yang terukir di bibirnya lalu dianggukkan kepalanya perlahan.

Sofea menggeleng perlahan.

" Nak bohong pun dekat orang yang salah, " ujar Sofea selamba lalu dia menekan pedal minyak dan memandu keluar dari perkarangan hospital itu.

Kashah hanya mendiamkan diri saja. Malas hendak berkata apa-apa.

Beberapa puluh minit kemudian...

Sofea memasuki ke dalam perkarangan rumah Kashah itu lalu di parking keretanya di garaj kereta yang sudah disediakan.

Setelah itu, mereka berdua keluar dari perut kereta itu. Beg berisi pakaian milik Kashah itu di ambilnya dan dibawa masuk ke dalam rumahnya.

Kashah baru hendak melangkahkan kakinya menuju tingkat atas namun dihalang oleh Haziq.

" Nahh, " ujar Haziq lalu dia memberi beg galas milik Zayra kepada Kashah.

Kashah melihat beg galas itu dengan riak wajah yang penuh dengan tanda tanya.

" Apa ni?, " soal Kashah tidak faham.

" Beg Raisya. Kau pulangkan balik dekat dia, " ujar Haziq selamba.

Fuck Love !!! [ OG ] Where stories live. Discover now