Bab 27🖤

5.5K 121 33
                                    

- I used to said word ' love ' but suddenly it's just change to the word ' hate '. Why must love became hate when you doesn't even want that love disappeared? -
- Because of your ego -

---

" Let me go!. "

" Nope. Not gonna happen. "

" Kashah!, " jerit Sofea geram. Dia menarik kuat tangannya cuba untuk melepaskan dirinya dari ikatan tali yang disambungkan pada penghadang tangga itu.

" You brought it upon yourself, " ujar Kashah selamba lalu dia membuka langkah menuju ke arah pintu utama rumahnya.

Sudah beberapa minggu, dia tidak masuk ke pejabat jadi sudah tiba masanya untuk dia bekerja kembali.

" Dia perlu tahu perkara yang sebenarnya! Dia layak untuk tahu. Kau tak boleh buat dia macam tu hanya disebabkan kisah silam kau! Dan kau perlu terima takdir yang masa Tiara sudah sampai. Semua orang akan pergi satu saat nanti, kau, aku dan mungkin Raisya. Takkan kau nak sia-siakan peluang yang masih ada sekarang ni?, " ujar Sofea panjang lebar. Dia perlu buka mata dan hati Kashah. Kashah perlu terima kenyataan tentang perkara itu. It's been two years now.

Langkah Kashah terhenti namun dia tidak berpaling memandang ke arah Sofea. Dia hanya berdiri kaku di situ seketika.

" Raisya?... " Kashah terdiam seketika.

" Dia dah lama pergi tinggalkan aku. Sama macam Tiara tinggalkan aku. So I'm gonna let it be like that, " ujar Kashah perlahan namun masih boleh didengari oleh Sofea.

" Tapi Raisya datang balik right? Mungkin dia ada sebab kenapa dia menjauh dari kau. Tapi dia sedar yang dia salah dan dia datang jumpa kau. Dia jaga kau masa kau dalam koma. Dia setia menunggu kau walaupun dia penat. That's mean she loves you so much, " ujar Sofea lagi tidak berputua asa memujuk Kashah.

Kashah tergelak kecil.

" No! That's mean she didn't trust me. So why do I have to trust her? She can leave me again or she will leave me again. So before she do that to me, I will do that to her first. This time I am the one who will leave first. " Kashah terus membuka langkahnya laju keluar dari rumah itu sebelum Sofea sempat membalas kata-katanya.

Sofea memandang ke arah Kashah dengan pandangan yang bercampur baur. Dia sendiri tidak tahu perasaan apa yang terasa ingin meletus. Marah? Sedih? Kecewa? Kasihan?

---

" Kenapa aku call Sofea tak angkat?, " soal Haziq sebaik saja dia melihat Kashah yang sedang berjalan menuju ke arah pejabat.

Kashah memandang Haziq sekilas dengan riak wajah yang kosong.

" Aku ingatkan kau still marah dekat aku, " ujar Kashah selamba. Soalan yang diutarakan oleh Haziq itu diabaikan.

" Obviously and I still mad at you though. Aku tanya kau ni pun sebab Sofea tak angkat call aku. Where's she?, " soal Haziq lagi sambil mengetap bibirnya.

" Sofea...., " panggil Kashah sambil melihat di sekeliling ruang pejabat itu.

Kemudian dia memandang ke arah Haziq semula.

" Ehhh tak ada, " ujar Kashah selamba sambil menjongketkan kedua-dua belah bahunya.

" Is this a joke?, " soal Haziq dengan nafas yang turun naik menahan marahnya dari meletus.

" Nope. It's mean that aku tak berkepit dengan dia 24 jam. So it's also mean that I don't know, " ujar Kashah lagi lalu dia terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya meninggalkan Haziq di situ sendirian.

Haziq mengenggam tangannya kuat menahan rasa amarah yang sememangnya hendak meletus macam gunung berapi itu.

" Fuhh sabar Haziq sabar, " omel Haziq perlahan cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.

" Sah otak dia terbang ke lautan atlantik masa kemalangan, " omel Haziq lagi dengan perasaan yang tidak puas hati.

___

Zayra menghela nafas penat. Luarannya kelihatan begitu bersahaja seperti tiada masalah. Tapi dalamannya kini terasa berat dan serabut. Mungkin tidak seserabut seperti dulu tapi masih ada sisa baki serabut itu. Ingatannya yang membuatkan dia masih serabut. Ingatannya terhadap jejaka itu. Kashah.

" Leah... Aku nak pergi tandas kejap, kau jaga counter untuk aku boleh?, " soal Zayra pada rakan sekerjanya.

" Boleh je, " balas Leah tanpa ada sebarang masalah.

" Thank you, " ujar Zayra gembira.

Zayra terus melangkah ke arah pintu belakang cafe itu. Tandas tidak dituju. Dia ingin mengambil angin sedikit untuk menenangkan fikirannya.

Tiba-tiba ada seseorang memeluknya dari belakang dengan mulutnya yang ditekup kuat dengan kain.

Zayra cuba melawan dengan sepenuh hatinya namun ubat yang terdapat pada kain itu melemahkan dia.

Akhirnya, mata Zayra terpejam rapat tidak sedarkan diri.

Lelaki itu terus mengangkat Zayra lalu dimasukkan ke dalam perut kereta Honda berwarna hitam miliknya itu.

Beberapa jam kemudian...

Zayra membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya yang terasa berdenyut-denyut itu dipicit oleh jarinya perlahan.

Apabila matanya terbuka sepenuhnya, Zayra memandang sekeliling bilik itu dengan perasaan yang takut.

Ingatannya tentang perkara lepas kini mula menerpa ke dalam fikirannya semula.

Dadanya mula merasa sesak. Traumanya mula menyerang Zayra kembali.

" Bi...bi...bilik ni, " ujar Zayra tersekat-sekat.

Bilik itu merupakan bilik yang didiaminya dulu ketika di rumah Fairul.

" Tak mungkin, " ujar Zayra lagi sambil menggeleng-geleng kepalanya. Sesekali dia menampar pipinya berharap itu hanyalah mimpi.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar dan muncul wajah yang paling dibenci olehnya.

" Dah bangun?, " soal Fairul dengan senyuman sinis apabila dia melihat wajah Zayra yang penuh ketakutan itu.

Zayra memandang ke arah Fairul dengan perasaan yang gerun. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa hari ini akan tiba. Tidak pernah terfikir bahawa dia akan bertemu dengan lelaki durjana itu lagi.

---

' The past should be let go but it's also can be the future again. How can I forget the past if it's still repeat? '

Assalamualaikum guys! Sorry sebab imi ambil masa terlalu lama untuk update. My brain cannot work so well so ummm as well as the idea 🙃.

I hope you can still enjoy this chapter ❤️.

Fuck Love !!! [ OG ] Where stories live. Discover now