Bab 28 🖤

5.5K 132 36
                                    

' If I get a chance to ask anything, I will ask that I would never knew or met the real evil monsters. '

---

Pandangan tajam dilemparkan ke arah Fairul. Rasa takut dan benci mula menyelubungi diri. Perasaan yang sudah lama di buangnya itu mula menghantui kembali.

Takut.

Benci.

Trauma.

Semua perasaan itu menyerang dirinya semula pada masa yang sama sehinggakan dirinya terasa suffocating.

" Ouhhh dear. Did you thought that I will never find you?, " ujar Fairul dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.

Fairul melangkah mendekati Zayra yang berada di atas katil itu.

Langkah demi langkah yang di ambil Fairul membuatkan Zayra turut mengesot ke belakang.

" Jangan laa takut. Macam tak biasa pula hmm, " ujar Fairul selamba lalu dia menjongketkan sebelah keningnya.

Fairul melabuhkan punggungnya di atas katil itu lalu dia mendekatkan dirinya dengan Zayra.

Wajahnya dibawa mendekati wajah Zayra lalu dibisik perlahan pada telinga Zayra.

" You can hide from me but you must know this that you can't run from me dear because you always mine, " ujar Fairul dengan nada yang gemersik tapi pada pendengaran Zayra itu hanya nada yang menjijikkan.

" Aku bukan milik kau setan!, " jerit Zayra geram lalu di tolak Fairul supaya menjauh dari dirinya.

" Hmmm makin berani kau yaa?, " soal Fairul dengan nada yang geram. Namun senyuman sinis di bibirnya masih mekar.

" Kau lepaskan aku setan!, " jerit Zayra lagi. Kali ini dia meludah pada wajah Fairul.

Fairul memejamkan matanya rapat apabila air liur Zayra mendarat elok pada wajahnya. Dia mengesat kasar air liur itu dari wajahnya.

Matanya dibuka semula lalu dia memberi pandangan tajam ke arah Zayra. Pandangan yang menyeramkan dan membuatkan hati Zayra kembali berdebar ketakutan. Fikirannya mula terfikirkan kembali akan masa lalu.

Fairul mencengkam kedua-dua belah pipi Zayra dengan kuat sekali.

" Jangan kurang ajar dengan aku kalau kau tak nak rasakan hidup di dalam neraka macam dulu, " ujar Fairul tegas.

Zayra memejamkan matanya rapat menahan rasa sakit cengkaman itu juga mengelakkan matanya dari memandang wajah bengis Fairul itu.

' Kenapa aku lemah? Mengapa aku tidak lawan kembali? Adakah aku masih tidak berdaya seperti dulu?, ' desis hati Zayra dengan perasaan kesal terhadap dirinya.

Fairul mengucup dahi Zayra sekilas lalu dia bangun dari katil itu. Langkahnya dibuka perlahan menuju ke arah pintu bilik, namun dia berhenti setelah beberapa langkah. Fairul berpaling ke belakang semula dan memandang wajah Zayra yang jelas ketakutan.

" Like always okay? Be prepare tonight for me. I wanna taste you until you can't even get up from the bed, " ujar Fairul selamba dengan nada yang gembira dan teruja.

Zayra berpaling memandang ke arah lain. Tidak mahu memandang wajah Fairul ketika itu. Dirinya sudah merasa jijik.

Fairul hanya tersenyum sinis memandang kelakuan Zayra itu lalu dia terus membuka langkah keluar dari bilik itu.

Fuck Love !!! [ OG ] Where stories live. Discover now