Bab 36 🖤

4.1K 85 32
                                    

- There is always this question ' why we? We didn't even asked to be born on this world '. Yet here we are, facing every pain on this crucial world. Pain that just bring a misery life. So where is happiness? What is the point to see this world if there is not even happiness? A wise person once said ' That is true, this world is just more about pain. But that pain can give the most happiness in the afterlife. Choose the right way to solve and face the pain with patience. Because Allah knows everything and what is the best for us. Trust Him and have faith in Him. Then you will get to be happy and live in peace even your life still in pain '. -

---

Zayra merenung ke luar tingkap. Menatapi setiap hidup-hidupan dan keindahan yang dicipta-Nya di luar sana.

Mungkin sekelilingnya hanyalah pohon-pohon. Tetapi mereka masih mempunyai makna yang indah.

Bagaimana mereka masih teguh berdiri walaupun ditinggalkan kesepian? Tiada manusia yang hadir di sisi mereka. Begitu juga tiada yang memberi pandangan hangat terhadap mereka.

Kekal berdiri di sini walaupun ribut badai menyerang, hujan lebat atau kilat yang mungkin akan mengakhiri mereka dalam sekelip mata dan masih mereka bertahan sebaik yang mungkin dan kekal utuh.

Dedaun dan pohon-pohon ini tahu bahawa mereka berada di sini dengan tujuan. Mereka juga hidup cuma perbezaannya mereka tidak boleh bercakap atau berjalan seperti manusia.

Burung-burung yang berterbangan bebas di udara kelihatan amat mengasyikkan. Tiada sesiapa yang menghalang kebebasan mereka.

Indahnya ciptaan-Mu, Ya Allah.

Manusia...

Manusia juga diberikan peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini.

Semuanya dengan tujuan yang tertentu. Cuma perkara yang memisahkan dan mengelirukan adalah tidak mengetahui di manakah tujuannya yang sebenar itu.

Apakah betul jalan yang aku pilih ini atau sebaliknya? Apakah ini hanyalah satu ujian untuk aku mengejar jalan yang benar?

Tiada siapa yang mengetahui kecuali Dia. Jadi apa yang termampu untuk dilakukan hanyalah berusaha, berdoa dan bertawakkal kemudian berserah pada-Nya yang Maha Esa.

___

Kashah membuka pintu bilik hotelnya dengan kasar. Hatinya merasa berang apabila dia tidak mampu melakukan apa-apa. Sedangkan jantan durjana itu berada di hadapan matanya saja.

" Arghhh!!!, " jerit Kashah melepaskan rasa amarahnya.

Nasib dinding bilik hotel itu kalis bunyi jadi tidak kedengaran pada bilik-bilik hotel lain yang mungkin didiami oleh pelanggan yang berkunjung di situ.

Lalu Kashah membuka langkah menuju ke arah bilik tidur. Luggagenya diletakkan di tepi katil bersaiz king itu.

Trutt... Trutt... Trutt...

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Kashah memandang skrin telefon bimbitnya.

Haziq.

Nama Haziq terpapar jelas pada skrin telefonnya.

Punat hijau ditekan lalu dilekapkan skrin telefon bimbit itu pada telinganya.

" Hello, " sapa Kashah dahulu.

" Ehem ehem... Assalamualaikum, " balas Haziq selamba.

Kashah menghembus nafas perlahan sambil mengurut dadanya. Sabar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 24, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fuck Love !!! [ OG ] Where stories live. Discover now