Bab 35 🖤

6.8K 154 81
                                    

- Lucky is cheese. At least that is what people always said. But did they know that cheese if you pull it, the string can be so long but eventually it will separate too. That's the moment when all the lucky things in our life start to be unlucky. People said it bad. But the unlucky things that happen in our life is just some kind of test. To test our patience, to test how strong we are and to test if we can facing it with rational or not. -

___

" Kashah, tak sangka kita booking hotel yang sama, " tegur Fairul apabila dia melihat Kashah yang sedang menunggu lift.

Kashah yang sedang menunggu sambil bermain handphonenya itu berpaling ke arah Fairul. Hatinya terasa membara melihat wajah Fairul tapi dia cuba menenangkan dirinya memandangkan ini belum masanya untuk membelasah jantan durjana di hadapannya itu.

" Well, we both know this hotel is the best one here, " ujar Kashah sambil mengawal nada suaranya supaya kedengaran normal saja pada pendengaran Fairul.

" Such a nice day to gather in front of lift together, " ujar Edward yang juga baru tiba. So much of coincidence huh?.

' Ouhhh This is can't be better huh, ' desis hati Kashah sambil menghela nafas panjang.

" Edward, setelah sekian lamanya kita tak berjumpa, " ujar Fairul dengan suara yang riang. Ini merupakan kali pertama mereka berjumpa semula memandangkan Fairul tidak menghadiri majlis Edward ketika dia pulang kembali ke Malaysia.

" Fairul, you have no idea how happy I am to see you, " ujar Edward dengan suara berpura-pura gembira bertemu dengan Fairul.

" Well, I am glad then, " ujar Fairul kemudian mereka berbalas pelukan.

Kashah hanya melihat meluat ke arah mereka berdua. Fake tu nampak sangat. Tak boleh bagi lagi fake ke?

" Kashah, kau happy ke jumpa dengan aku?, " tanya Edward sengaja ingin menaikkan kemarahan di dalam diri Kashah. Dia tahu Kashah sedang menahan rasa amarah.

Kashah memandang tajam ke arah Edward. Tidak terdetik di hatinya untuk berbaik atau pun berpura-pura baik dengan Edward. Dirinya sudah mencapai tahap maksimum dan dia tak mampu untuk memaafkan Edward seperti sebelum ini.

" Aku dah jumpa kau sebelum ni, " ujar Kashah selamba tiada mood untuk berbicara dengan Edward begitu juga Fairul.

" Macam mana perempuan nak bersama dengan Kashah kalau perangai beku macam ni?, " ujar Fairul selamba tidak kesah jika Kashah akan terasa hati atau tidak. Dia memang tak pernah kesah dengan perasaan siapa-siapa pun. Hanya perasaan dia saja yang penting.

" Beku macam ni laa lagi ramai perempuan minat. Tak perlu dipaksa-paksa pun untuk berikan hati tu dan tak perlu kurung dia pun semata-mata nak memenangi hati dia, " ujar Kashah dengan kata-kata yang tersirat dengan makna yang mendalam.

Fairul menghembus nafas berat sambil memejamkan matanya rapat menahan rasa yang bergelora di dalam hatinya itu. Setelah beberapa saat, Fairul membuka matanya dan memandang tepat ke arah Kashah.

" Itu namanya berusaha, " ujar Fairul sambil tersenyum senget ke arah Kashah.

Kashah tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.

" Usaha yang sia-sia dan menyusahkan orang lain, " ujar Kashah selamba.

Pintu lift sudah terbuka, Seraya itu, Kashah melangkah masuk tanpa menunggu balasan dari Fairul. Dia terus menekan button 10 sedangkan Fairul dan Edward masih belum sempat masuk ke dalam lift itu.

Fairul dan Edward hanya melihat pintu lift itu tertutup di hadapan wajah mereka dengan perasaan yang bengang.

Kashah hanya tersenyum senget melihat reaksi wajah mereka sebelum pintu lift itu tertutup tadi.

---

Zayra hanya melihat wanita di hadapannya itu menjamah makan dengan lahapnya. Entah sudah berapa hari Fairul tidak memberi wanita itu makan.

" Kenapa dia palsukan kematian emm. " Zayra menggaru-garu kepalanya apabila dia tidak tahu hendak memanggil panggilan apa terhadap wanita itu.

" Sara. Panggil jaa kak Sara, " ujar Sara sebelum dia kembali menjamah makanan di hadapannya itu.

" Ouhhh Kak Sara. Kenapa dia kurung kak Sara dan palsukan kematian kak?, " soal Zayra ingin tahu.

" Harta " ujar Sara hanya sepatah perkataan. Tiba-tiba makanan di hadapannya itu dipandang tiada selera.

" Harta?, " soal Zayra kurang memahami.

" Kak Sara ni kakak dia ke?, " soal Zayra lagi apabila Sara hanya mengangguk kepala perlahan.

" Isteri dia. Kak Sara isteri dia sebelum dia palsukan kematian kak hanya semata-mata sebab harta, " ujar Sara dengan suara yang sebak.

Zayra terkejut dengan kenyataan itu. Dia sangkakan Fairul tidak mempunyai isteri sebelum berkahwin dengan ibunya.

" Saya tak sangka dia ada isteri, " ujar Zayra perlahan.

" Zayra kahwin dengan dia ke?, " soal Sara sambil memandang tepat pada wajah Zayra.

" Tak Ehh macam mana kak Sara tahu nama saya?, " soal Zayra pelik.

" Tiap-tiap hari kak dengar dia panggil nama kamu, " ujar Sara sambil pandangannya dibuang ke arah luar tingkap bilik itu. Yaa mereka berada di dalam bilik Zayra memandangkan Zayra tidak mahu apa-apa kejadian berlaku. Anak buah Fairul masih berada di sekeliling rumah itu untuk mengawasinya.

Zayra mengangguk perlahan tanda memahami.

" Macam mana Zayra boleh terperangkap dekat sini?, " soal Sara ingin tahu.

" Ibu saya kahwin dengan dia sebab kitorang sangkakan dia baik dan boleh jaga kami lepas pemergiaan abah saya. Tapi saya tak sangka dia racun ibu saya dalam diam semata-mata nak lepaskan dan puaskan nafsu dia terhadap saya. Saya dapat larikan diri 3 bulan yang lalu tapi Takdir tidak menyebelahi saya dan yeahh here I am, " terang Zayra Panjang lebar.

Terdetik perasaan kasihan di dalam hati Sara. Harapan yang mereka dambakan bertukar menjadi kesakitan dalam sekelip mata. Dasar hati binatang!

" Ya Allah. Tabahnya Zayra. Kak Sara pun menyesal sebab percayakan dia. Disebabkan amanat dan juga perjanjian harta yang kak Sara buat dengan Fairul, dia terus jadi gila harta. Kalau dalam perjanjian tu tak ada nama dia, mungkin perkara ini pun tak akan berlaku pada Zayra sekeluarga, " ujar Sara rasa bersalah walaupun setiap perkara yang berlaku itu adalah kerja jahat Fairul.

" Jangan cakap macam tu. Mungkin ini semua dah tertulis dalam takdir Zayra. Zayra akur dengan ujian yang Allah berikan pada Zayra. Fairul mungkin terlepas di atas dunia ni tapi dia tak akan sesekali boleh lari dari hukuman di atas sana nanti, " ujar Zayra redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk dirinya.

Fuck Love !!! [ OG ] Where stories live. Discover now