Bab 19 🖤

6.9K 131 37
                                    

Zayra menghirup minumannya perlahan sambil melihat kerenah manusia yang berada di dalam club itu.

Lengan sebelah kirinya diletakkan di atas meja bar itu lalu ditongkatkan dagunya. Dia tertawa perlahan.

" Dilihat sekeliling, memori mula menerjah. Mengapa semuanya kelihatan seperti dia? Situasi yang sama, tetapi orang yang berbeza. " Zayra mengeluh perlahan. Disebamkan wajahnya ke atas meja bar itu.

" Apa yang kau lihat? Iris mata kau tetap melihat wajahnya. Apa yang kau ingat? Memori kau sentiasa mengingatinya. Jadi mengapa harus menyeksa diri dan hati?, " tiba-tiba muncul suara dari arah tepi Zayra.

Zayra mengangkat wajahnya dengan laju lalu di pandang figura lelaki yang berada di sebelahnya itu.

" Errr.... " Zayra memandang pelik ke arah lelaki itu sambil otaknya ligat berfikir di mana dia pernah jumpa dengan lelaki itu.

" Tak ingat?. " Lelaki itu memandang ke arah Zayra sekilas kemudian dia tersenyum nipis.

" I think I had met you before, " ujar Zayra dengan matanya yang masih memandang wajah lelaki itu.

" Kenapa otak aku ni pelupa sangat ehh?, " bisik Zayra perlahan pada dirinya sendiri. Di ketuk-ketuk kepalanya perlahan.

" Haziq!, " jerit Zayra teruja kerana dia dapat juga mengingati nama lelaki itu.

Haziq mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.

" Jap, " ujar Zayra perlahan.

" Apa awak buat dekat sini?, " soal Zayra dengan dahinya yang dikerutkan.

" Orang menari mengikut irama hati, saya tiba mengikut irama kaki. Ke mana dia melangkah, ke situ jua saya pergi, " ujar Haziq selamba.

Zayra menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Main ayat pula. Haihh.

" Kaki melangkah mengikut kata hati tuannya. Jadi apakah hajat awak sebenarnya?, " ujar Zayra bangga. Ingat tak pandai ke main ayat-ayat? Huhh. I'm the champion.

" He needs you, " ujar Haziq perlahan namun masih dapat didengari oleh Zayra.

Zayra terdiam seketika. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Lidahnya kelu, kehilangan kata-kata.

" Kenapa dia perlukan saya? Dia hina saya, " ujar Zayra dengan tawa yang kecil. Terasa lawak pula baginya namun terasa pedih di hati.

" Awak percaya dia hina awak?, " soal Haziq dengan matanya yang menikam mata Zayra yang semakin berair itu.

Zayra menundukkan wajahnya. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia percaya. Hati, terkadang ia benar, terkadang ia hanya memperdaya.

" Saya tahu Kashah. Dia yang banyak tolong saya saat saya dalam keadaan yang susah. Kashah, mungkin dia buaya tapi jangan terpedaya. Siapa tahu apa yang sebenarnya tersemat di hatinya?. " Haziq tertawa kecil memikirkan perangai buaya Kashah itu. Dia sendiri hampir hilang akal dengan perangai Kashah itu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk Kashah buang perangainya yang satu itu.

" Dia berubah sejak awak muncul dalam hidup dia. Dia jarang datang ke club, dia dah tak cari wanita-wanita lain seperti sebelum ni. Macam buang pakai baju. Dia hanya teringatkan awak sepanjang masa. Kashah yang dulu dia tanamkan jauh ke dalam lubuk hatinya, kini mula mengorek sedikit demi sedikit untuk keluar dari lubuk hatinya itu. Sebab awak Raisya. Saya bersyukur sebab awak muncul dalam hidup dia. Terpulang pada awak, kini apa yang awak percaya hanya awak je yang tahu, " sambung Haziq. Dikeluarkan satu kertas kecil lalu dihulurkan pada Zayra.

Zayra menyambut huluran itu. Di lihat nombor yang tertera pada kertas itu.

" In case you change your mind. " Haziq terus bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari club itu.

" Bilik 45A. " Zayra menyebut perlahan perkataan yang tertera pada kertas itu.

___

Fairul membaling file yang berada di tangannya itu ke atas lantai.

Tienya dilonggarkan sedikit. Punggungnya dilabuhkan kasar pada kerusi empuk miliknya itu.

Matanya menatap pada skrin laptop yang memaparkan news berkaitan Kashah dengan kekasih gelapnya itu.

" Zayra, " terbit nama itu di bibirnya.

" Kashah! Businessman berjaya, ternama di usia muda. Huhh! Gelaran aku pun kau dah ambil, sekarang perempuan aku pun kau nak curi!, " dengusnya kasar. Tangannya digenggam membentuk penumbuk.

---

Zayra masih merenung kertas yang berada di tangannya itu.

" Should I go or not?, " soalnya perlahan.

" Arghhh!, " jerit Zayra geram. Pening dan keliru.

Ditendang-tendang kakinya menyepak udara. Kemudian dia berguling di atas katil itu ke kiri dan ke kanan.

Bukk!

" Aduh. " Zayra mengaduh perlahan sambil menggosok-gosok pinggangnya yang sakit akibat jatuh dari katil itu.

" Bodoh katil! Kenapa kecil sangat?, " ujar Zayra geram sambil menampar-nampar katil itu.

" Ehem ehem katil tu size king okay. Kau yang guling sampai tak ingat dunia." Author menjulingkan mata ke atas.

" Diam ahh kau!. " Zayra membaling bantal ke arah Author.

" Ehh aku pula kena, " dengus Author geram.

Zayra mengabaikan saja. HAHAHAHA.

Tok. Tok. Tok.

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar.

" Raisya, " panggil satu suara dari luar biliknya.

Zayra memandang ke arah pintu biliknya itu lalu dia bangun dari lantai.

Pintu biliknya di buka dan tersembul wajah Kirana di hadapannya.

" Kau okay tak?, " soal Kirana perlahan.

" Okay je. Kenapa?, " soal Zayra juga.

" Aku dengar suara macam kau bergaduh tadi. Bergaduh dengan siapa?. " Kirana menjongketkan keningnya sebelah.

" Ouhh tadi tu aku bergaduh dengan orang gila mana entah. Orang gila tu punya pasal laa hidup aku jadi macam ni. Tak habis-habis nak atur hidup aku. Biar laa aku atur sendiri, " bebel Zayra panjang.

Kirana menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Tidak faham akan maksud Zayra itu.

" Sekarang kau tahu kenapa kan, " ujar Zayra dengan riak wajahnya yang masih sebal itu.

" Tahu tahu, " ujar Kirana sambil mengangguk kepalanya perlahan. Dia tersenyum kekok.

" Okay then. " Zayra terus masuk ke dalam biliknya semula. Pintu biliknya ditutup rapat.

Kirana masih berdiri di hadapan pintu bilik Zayra dengan pandangan yang pelik.

" Aku gila ke dia yang gila?, " soal Kirana pada dirinya sendiri. Digeleng kepalanya perlahan lalu dia terus menuju ke arah ruang tamu.

Zayra merebahkan badannya ke atas katil. Direnung siling biliknya itu.

" Actually, I'm kinda miss you, " ujar Zayra dengan senyuman nipis terbit di bibirnya.

Imi minta maaf sebab imi ambil masa yang lama untuk update. Idea yang muncul dalam fikiran ni makin kurang so imi memang ambil masa yang lama untuk kumpul idea supaya korang puas baca.

Kalau terasa chapter ni agak kurang menarik, imi minta maaf sangat-sangat. Imi akan cuba yang terbaik untuk menarikkan lagi story ni.

Also, semester baru dah mula so memang imi akan makin busy and busy lepas ni.

Imi harap korang still waiting for my update even though ambil masa yang lama. Thanks to those who are patience waiting for my update. I hope you enjoy it! ❤️

Fuck Love !!! [ OG ] Where stories live. Discover now