Bab 3

5.4K 109 5
                                    

Assalamualaikum dan selamat membaca! :)

-----------------------------------------------

ARIANA'S POV

Aku menunggu abah di hadapan gerai Baskin Robin. Abah kata nak ke toilet kejap. Kejapnya sehingga lemah lutut aku berdiri menunggu. Hmm agaknya kenapalah abah lambat ni. Tunggu punya tunggu abah tak tiba juga. Aku naik risau dengan segera aku melangkah ke arah toilet.

Tidak lama kemudian, aku terlihat abah tengah syok bertegur sapa dengan seorang wanita yang pada jangkaanku berusia lewat 40-an. Cantik bergaya wanita itu. Pakaian serba berjenama ku lihat. Aku menggeleng melihat telatah abah yang sudah 'lupakan' aku yang basi menunggu di depan Baskin Robin.

"Abah, lama.." Mataku terbeliak melihat lelaki bersebelahan wanita itu. Dadaku berombak kencang dan lantas..

"AWAK??!" Kami serentak menjerit. Membuatkan abah dan wanita tersebut mengangkat kening. Hairan.

"Yana kenal ke dengan anak Datin Sharifah ni?" Abah menanyaku. Aku hanya mampu merenung tajam mata lelaki depan aku ni. Pandangan ku alihkan ke arah abah dan tersenyum tawar. Angguk tidak, geleng pun tidak.

"Yis?" Aku mendengar wanita tersebut memanggil anaknya, menunggu respon.

"Tak berapa nak kenal sangat. Kitorang terserempak dekat zoo haritu. Ada singa betina mengamuk kat situ."

Lelaki itu tersengih membalas ibunya.

Amboiiii sedapnya mulut cakap aku ni singa betina.

Berasap telingaku mendengarnya.

"Ha'ah Datin, kitorang terserempak haritu kat zoo. Ada juga monyet berak kapur putih lepas tengok singa betina tu mengamuk." Aku memulangkan paku buah keras.

Muka lelaki itu merah menahan marah. Padan muka! Hatiku puas.

"Tak payahlah ber-Datin dengan aunty ni. Panggil aunty je cukup." Senyuman yang meniti di bibir lembut wanita itu tidak lekang dari wajah ayunya. Hatiku sempat memuji kecantikan Datin Sharifah.

"Baiklah, aunty. Eh lupa pula nak kenalkan diri. Saya Ariana Syuhadah binti Sulaiman anak kepada abah. Aunty ni mesti kawan abah kan?" Aku tersenyum mesra dengan wanita ayu di hadapanku ini sambil mencium tangannya.

"Ya. Agak lama dah aunty berkawan dengan abah Ariana ni. Dengan umi Ariana pun aunty berkawan." Balas Datin Sharifah sambil merenung wajahku. Ada masalah ke muka aku?

"Panggil Yana je cukup aunty." Aku sempat mendengar dengusan dari anaknya yang berdiri di sebelahnya. Agaknya muak dah tengok muka aku ni. Abah pula kulihat seronok betul menyaksikan sesi suai kenal dengan kawannya ini.

"Ha! Harris, kamu tak berapa kenal lagi kan dengan anak Inspektor Sulaiman ni? Haa kenalkanlah diri tuu." Datin Sharifah menegur anaknya.

"Harris." Aii? Sepatah je? Tak boleh jadi ni. Kena balas jugak.

"Ariana." Balas ku acuh tak acuh.

"Datin, kami geraklah dahulu. Bimbang nanti ganggu masa terluang datin dengan Harris pula." Abah meminta izin untuk pergi dan secara tidak langsung membuatkan hatiku berasa lega.

"Baiklah, inspektor. Yana, kita jumpa lagi ya." Gulp! Jumpa lagi? Maksudnya apa? Aku hanya mengangguk dan memaksa senyumanku menjadi manis semanis yang mungkin. Harris sedikit pun tidak menoleh ke arah aku dan abah. Tak sopan langsung. Mentang-mentanglah anak orang kaya.

Astaghfirullahalazim. Aku cepat-cepat beristighfar apabila tersedar bahawa aku mula berburuk sangka.

Kami berhenti di Secret Recipe untuk menikmati kek yang lazat selepas puas membeli-belah dan makan aiskrim Baskin Robin. Setelah itu, kami akhirnya beransur pulang kerana asar sudah tiba.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now