Bab 10

3.1K 93 2
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!

Love,

_blackpearl_88

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

ARIANA'S POV

"Assalamualaikum abah, umi." Aku memberi salam kepada abah dan umi sebaik sahaja aku keluar dari keretaku di halaman rumah. Kelihatan umi sedang menyiram pokok bunga kertas kegemarannya. Manakala abah pula sedang bersantai di bawah pohon rendang membaca surat khabar sambil menghirup kopinya.

"Waalaikumsalam, Yana." Serentak kedua abah dan umiku berkata.

"Awal Yana balik hari ni?" Umi bertanya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum ke arah umi.

"Tadi lepas jumpa klien, Yana tak sedap badan. Tu yang Yana minta keluar awal." Aku tersengih.

"Yana, mari sini kejap. Abah nak cakap sikit." Panggil abahku. Aku mula mengatur langkah ke arah abah lalu melabuhkan punggungku di kerusi hadapan abah.

"Ada apa, abah?" Tanyaku sambil membetulkan kerusi agar betul-betul menghadap abah.

"Abah nak minta maaf.."

"Kenap.."

"Biar abah habis cakap dulu.." Aku mengangguk akur.

"Abah nak minta maaf sebab bersetuju dengan permintaan Datuk Kamarul Azman untuk menyatukan Harris dan Yana tanpa persetujuan Yana. Abah tahu Yana banyak terluka dengan tindakan abah ni..Yana banyak nangis sebab perkara ini.. bukan abah tak nak pujuk Yana, tapi abah rasa Yana sudah cukup dewasa dan cukup matang untuk menilai kasih sayang abah dan umi pada Yana. Kami buat semua ini untuk kebaikan Yana." Sambung abah lagi. Aku menahan sebak di dada melihat abah yang kelihatan serba salah. Sungguh aku tak sanggup melihat abah rasa bersalah. Tangan tua abah kucapai dan kucium penuh kasih. Gugur air mataku.

"Abah, Yana tahu sangat abah dan umi sayangkan Yana. Yana juga yakin ini adalah yang terbaik untuk Yana. Yana pasrah, abah.. Yana pasrah.. Yana tak nak hati abah dan umi terluka sekiranya Yana ingkar dengan permintaan kalian." Aku mengusap lembut tangan kasar abah sebelum menyambung kata-kataku.

"Tangan abah ini lah yang telah membesarkan Yana dan Man dari kitorang kecik lagi. Jasa abah memang tak dapat kami dua beradik balas, abah. Begitu juga dengan umi. So, kalau inilah permintaan abah dan umi, Yana akan lakukan. Yana akan lakukan apa sahaja untuk abah dan umi." Aku tersenyum ikhlas ingin meyakinkan abah bahawa aku akan mengahwini Harris jika ini yang kedua orang tua kami pinta.

Abah tersenyum lalu mengusap kepalaku. Setitis air mata abah yang gugur aku seka penuh kasih sayang. Umi menghampiri kami sambil berdehem. "Amboi..dua beranak ni sedang berendam air mata nampak? Umi pun nak join lah." Umi ketawa sambil buat-buat aksi menangis. Umi ni pandai juga melawak ye.. Ku lihat abah hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat telatah umi.

"Dah, dah. Yana pergilah masuk, rehat. Kejap lagi kita keluar dinner dengan family Harris." Kata umi.

"Hm? Kenapa pula?" Aku yang sudah berdiri sambil mengangkat beg tanganku menanya umi yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah abah.

"La..dia tanya pula kenapa. Kan ke Harris tu bakal suami Yana. Mama dia jemput kita dinner dengan dia orang." Jawab umi pula.

"Kat mana?" Tanyaku lagi.

"Kat mana lagi, kat rumah dia orang lah. Dah,dah. Pergi masuk, rehat dan buat apa yang patut. Lepas tu bersiap. Kita gerak lepas Isyak nanti." Umi berkata sambil menggoyangkan tangannya ke udara menyuruh aku masuk ke dalam rumah.

Aku hanya tunduk akur sambil melangkah ke dalam rumah. Jam di tangan aku kerling. Hmm baru pukul 4.30 petang.

Selepas menunaikan solat Asar, aku berbaring di atas katilku. Aku mencapai Patung Garfield lalu memeluknya. Memikirkan apa yang telah terjadi dan bagaimana aku akan hadapi hari-hari mendatangku dengan hadirnya Harris dalam hidupku.

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Haa ni mesti Maria ni tak pun Idham. Mesti dia orang bengang sebab aku balik awal. Aku ketawa kecil mengenangkan perangai dua sahabat aku itu. Tanpa melihat ID pemanggil, aku mengangkat dan menyapa dengan suara yang gedik.

"Hello~ lemme guess, Maria? Or Idham?" Kali ni tawaku meletus sebab si pemanggil sedang mendengus. Ni mesti dia orang marah gila kat aku. Ya lah, aku keluar tadi tak beritahu dia orang langsung. Maklumlah, mereka berdua tadi tak ada kat dalam pejabat. Si Maria pergi meeting dengan Puan Latifah sementara si Idham pula tadi pergi jumpa klien.

"Sayang, takkanlah awak tak baca ID pemanggil sebelum awak angkat call?" Tawaku sebentar tadi mati serta-merta. Berderau darahku apabila sedar siapa si pemanggil. Aku melihat semula ID pemanggil. Sweet Husband-to-be. Terbeliak mataku melihat namanya yang dia setkan dalam telefonku. Tak tahu malu betul!

"Apa awak nak?" Kasar aku bertanya. Amboi! Macam ni, lari semua lelaki yang nak dekat dengan kau.

"Aik? Tadi bukan main mesra lagi awak sapa saya." Kali ni kedengaran tawanya di hujung talian sana. Aku tidak menjawab.

"Apa-apa pun, saya tak sabar jumpa awak malam ni..sayang!" Lantas panggilan dia matikan. Takutlah tu kena tengking sebab panggil aku 'sayang'. Hesyy naik meremang bulu roma aku dengar!

-----------------------------------------------------------------------------------

HARRIS' POV

Aku ketawa terkekeh-kekeh selepas menamatkan panggilan. Mesti dia tengah bengang gila sekarang ni! Aku menggelengkan kepala. Ariana kalau marah bukan main nampak comel lagi! Kalau boleh hari-hari pun aku nak buat dia naik marah. Eh tak boleh, tak boleh nanti kena darah tinggi pula bakal isteri aku tu. Naya aku! Aku menyambung lagi tawaku.

Malam ni aku akan berjumpa degan Ariana dan keluarganya. Sebenarnya, mama yang beria-ia sangat untuk menjemput mereka sekeluarga makan malam bersama. Kata mama, mama rindu sangat kat Ariana. Amboi mama ni bukan main suka lagi mama dekat Ariana tu! Melihat wajah gembira mama apabila nama Ariana disebut, seakan-akan memberi aku keyakinan untuk meneruskan perkahwinan yan dirancang ini.

Jauh di dalam lubuk hatiku, masih terselit rasa serba salah terhadap Ariana. Melihat cara Ariana melayan papa dan mama selama ini terutamanya pada malam dinner event d Syarikat Evergreen Co. hari itu, aku yakin dialah gadis yang terbaik untukku. Gadis yang pada mulanya menjengkelkan pada pandanganku, kini menjadi yang terbaik di mataku. Bukan di mataku sahaja, malah turut di mata mama dan papa. Aku sedar gadis sebaik Ariana tidak sepatutnya terperangkap dalam perkara ini. Namun, atas kehendak keluarga, Ariana turutkan sahaja walau aku tahu rasa bencinya terhadap aku semakin menggunung.

"Yis buat apa tu?" Mama menjengukkan kepalanya di luar pintu kamarku lalu tersenyum dan menapak ke arahku yang sedang berdiri di balkoni.

"Tak ada apa, mama. Saja berdiri kat sini nak hirup udara segar." Aku memeluk mesra bahu mamaku.

"Yis masih marah kat papa dan mama ke?" Tanya mama lagi.

"Hm? Marah kenapa pula ma?" Aku membawa mama duduk di kerusi yang sedia ada di hujung balkoni kamarku.

"Pasal semua ni. Perkahwinan Yis dengan Yana."

"Yis tak adalah sampai nak marah sangat pasal semua ni. Cuma, Yis kesian dekat Yana tu. Tak pasal-pasal dia terlibat sama dalam hal ni." Aku tersengih memandang mama yang sedang duduk di hadapanku.

"Mama faham. Mama dan papa rasa Yana tu jodoh yang terbaik untuk Yis. Dahlah sopan, baik, pandai ambil hati orang tua, cantik pula tu orangnya. Mama yakin Yis dan Yana akan jadi pasangan yang secocok!" Sorak mama. Mata mama bercahaya dengan kegembiraan. Sampai ke hati aku nak batalkan perkahwinan ini dan menghampakan mama? Tidak sama sekali.

"Yis nampak semua tu, ma. Mama jangan risaulah. InsyaAllah everything's going to be alright for all of us." Aku meyakinkan mama. Sebenarnya aku sendiri tak pasti macam mana lah kehidupan perkahwinan aku dengan Ariana nanti. Apa yang pasti, aku sedikit sebanyak dapat menerima dia dalam hidupku. Untuk terima dia dalam hatiku? Biarlah masa yang tentukan..


Andai Itu TakdirkuOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz