Bab 16

2.8K 118 7
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!


Love,

_blackpearl_88

Ariana's POV

Sejak hari tu, aku tak henti-henti ulang tayang kejadian di parking lot dan di dalam kereta Harris. Setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut Harris masih terngiang-ngiang di telingaku. Setiap tingkahnya masih berlegar-legar di mindaku dan setiap kali itu jugalah jantungku berdegup kencang.

Namun begitu, aku tetap dengan pendirianku. Aku tidak akan jatuh dengan godaan lelaki buaya darat itu.

"Yana tak kerja ke hari ni?" umi menyapaku sambil menghidangkan air lemon sejuk di hadapanku. Umi ni macam tahu je aku nak minum air ni. Sayang umi!

"Tak, umi. Yana MC hari ini lagipun Harris nak ajak Yana pergi buat food tasting untuk majlis resepsi nanti." Aku menghirup air yang dibuat oleh umi. Abah kebelakangan ini sangat sibuk dengan pekerjaannya. Aku kasihankan umi yang selalu bersendirian di rumah ini.

"oh, baguslah kalau macam tu. Lagi cepat korang uruskan, lagi bagus. Perkara baik tak elok dilambat-lambatkan." Ujar umi. Umi sibuk melipat kain namun masih ada masa untuk melayan karenah anak umi seorang ni. Aku hanya menggeleng kepala mengenangkan kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi yang diberikan oleh umi dan abah kepada aku dan juga adikku. Oh ya! Bercakap tentang adik!

"Umi, Yana cadang nak hangout dengan adiklah. Dah lama Yana tak keluar dengan Arm." Rasa bersalah mula menggunung sebab adik aku yang sorang tu dah lama aku abaikan. Eip! Bukan sebab aku jahat okay, tapi sebab aku sibuk dengan pekerjaan dan juga dengan Harris, yeap. Si Harris bakal suami aku.

"Hah. Eloklah tu. Arm dah lama mengeluh kat umi kononnya akak dia yang sorang ni dah lupakan dia." Kata umi sambil mencubit kedua-dua belah pipiku.

"Arhh! Umiiii...sakitlah.." Aduku. Huhuhu sampai hati umi cubit pipi-pipiku yang comel lagi gebu ni.

"Tahu sakit. Lain kali jangan abaikan adik kamu tu." Kata umi sambil ketawa lembut. Aku hanya tersenyum melihat tingkah umiku. Bahagianya kalau dapat lepak dengan umi macam ni hari-hari. Tanpa diganggu dengan sebarang..

*ring!! ring!!* telefon bimbitku berbunyi minta diangkat.

Baru je cakap tanpa gangguan, dah muncul pulak gangguan satu ni.

Aku melihat siapakah gerangan gangguan ini, rupanya si buaya darat. Aku mengeluh panjang.

"haa.. kenapa tak angkat call tu? Harris ke?" kata umi tanpa memandang aku. Aku hanya mengangguk walaupun umi tak nampak.

Lambat-laun aku angkat jugak call tu.

"Assalamualaikum." Ada ciri-ciri wanita solehah tak? Kekeke..

"Waalaikumsalam, kenapa lambat angkat?" jawab Harris. Kedengaran rasa tidak puas hati di sana ya.

"sorry, saya berbual dengan umi tadi." Aku memberi alasan. Tiba-tiba adegan confession dia haritu mula berlegar kembali di mindaku. Aku dah mula blushing dah ni! Nasib baik berbual dalam phone, kalau face to face? Mana nak letak muka aku ni?

"oh ya ke? Kirim salam kat umi kay? Saya rindu kat umi sangat-sangat. Ada masa nanti saya akan datang lawat umi." Harris mesti sedang tersenyum lebar. Hubungan Harris dengan umi sangat rapat sejak kami bertunang. Sehingga menimbulkan rasa cemburu dalam diri aku. Aip! Bukan cemburu sebab Harris rapat dengan umi. Tapi cemburu sebab umi rapat dengan Harris.

"yalah. Ni kenapa call ni?" tanyaku acuh tak acuh. Bukan sebab aku tak nak layan dia tapi aku takut kalau dia ungkit babak confession dia haritu. Jujur aku cakap, aku sendiri pun tak tahu nak kata apa. Tapi yang pasti, aku tak akan tunduk dengan buaya darat ni.

"awak..awak dah fikir ke pasal confession saya haritu?" Okay. Baru je berharap supaya dia tak ungkit pasal tu. Sekarang macam mana aku nak jawab? Sedar akan pandangan umi, aku bangkit dari sofa dan jalan menuju ke bilik aku. Aku tak mahu umi dengar perbualan hangat kami ni. Nanti macam-macam dia tanya. Haru aku menjawab.

"Harris, jangan mainkan saya boleh tak? Saya bukan macam girlfriends awak kat luar tu yang terhegeh-hegeh nak kat awak apatah lagi bila awak confess macam tu." Kataku tegas sambil menutup pintu bilik. Aku menyandar di tepi tingkap memandang pemandangan di luar yang serba hijau dan warna-warni dengan pokok-pokok bunga yang ditanam oleh umi.

"Yana, please.. saya tak main-mainlah.."

"Kamelia?" bunyi macam pertanyaan tapi ianya lebih kepada peringatan. Aku ingatkan Harris tentang Kamelia. Aku mahu tengok bagaimana reaksi Harris jika aku ungkit hal Kamelia.

"Kamelia..she's..dia.." aha! I knew it! Lelaki buaya seperti Harris memang tak patut diberi muka terutama sekali bila mengenai hal cinta. Buaya darat kenal ke erti cinta?

Habis tu kau Yana? Kau ni pandai bercinta ke? Bercinta pun tak pernah.

Wait! Dari mana kutukan tu datang? Eh hello! At least aku tak pernah mainkan perasan orang.

Now, that will do!

Memandangkan Harris masih menyusun ayat untuk menjawab pertanyaan aku, aku berkata.

"You know what Harris? I'll marry you. After all, this is what my parents and your parents wants. Saya tak suka hampakan umi dan abah saya. Tapi, awak harus ingat! Perkahwinan kita will be totally platonic. No hard feelings attached. Just you and me living together as long as we can stand with each other and also to satisfied the wish of our parents."

Muktamad. Keputusan yang aku buat sebentar tadi betul-betul muktamad. Aku sudah memikirkan hal ini sejak Harris beria ajak aku kahwin haritu. Kalau bukan sebab parents kitorang, pandang dia pun aku tak ingin. Selebihnya, aku serahkan kepada Yang Maha Esa.

Satu titisan air mata gugur. Saksikanlah Ya Allah. Hamba-Mu ini benar-benar pasrah demi ingin menjaga hati kedua orang tuaku yang sangat aku cintai. Aku redha, Ya Rabb. Maka kuatkanlah aku agar aku bisa menempuh setiap rintangan hidupku, Ya Allah.

************************************************************************************************

HARRIS' POV

Mendengar keputusan Ariana, sedikit sebanyak membuat hatiku lega. Sejak aku confess kat dia haritu, hidupku tidak pernah tenang. Tidur aku tidak pernah lena memikirkan apakah jawapan Ariana.

Walaupun aku tahu keputusan Ariana untuk mengahwini aku atas dasar ingin menyempurnakan hajat kedua orang tua kami, aku tidak kisah. Apa yang menyinggung hatiku adalah apabila Ariana mempersoalkan keikhlasan cintaku.

Apa kau merepek ni yis? selama ni kau tak pernah pun ikhlas bila kau cakap 'I love you' kat awek-awek kau.

Tidak..tidak selepas Kamelia..

Arghh! Kamelia!

Aku akui aku masih tidak dapat lupakan Kamelia tapi pada masa yang sama aku sudah mula sayangkan Ariana.

Tak apa Yis. Bagi Yana masa. She needs time to realise your love for her. Yes.. she needs time..

Tanpa berlengah aku segera bersiap untuk berjumpa dengan Ariana dan pergi buat food tasting. Aku nak sangat jemput dia kat rumah tapi dia tolak. Kononnya dia tak nak act mesra depan umi. Aku hanya menggeleng kepala mengenangkan perdebatan kami sebentar tadi dalam phone tentang hal ni. Akhirnya aku terpaksa mengalah dan hanya mengikut kata Ariana yang ingin berjumpa di tempat yang dia tetapkan.

Yana.. yana.. nasib baiklah aku sayangkan kau..


**************************************************************************************************

Hello dear my readers! ^^

Just nak cakap yang saya sangat bersyukur sebab dapat teruskan penulisan saya ni

dan masih ada yang sudi nak baca cerita saya ni :')

terharunyaaaa

terima kasih guys!

lots of love from me.

:)

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now