Bab 6

3.5K 95 3
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!

*Playlist: Tercipta Untukku - Ungu*

Love,

_blackpearl_88

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

ARIANA'S POV

"Yana, awak okay ke?" Suara garau Idham menyapa telingaku membuatkan aku tersentak sekejap dan memalingkan muka ke arahnya. Aku mengukirkan senyuman. Walaupun aku tahu betapa pahit senyuman yang aku ukirkan itu.

"Saya okay je. Kenapa? Saya nampak pucat macam mayat ke?" Aku berjenaka. Tapi hambar. Tidak sedikit pun kelegaan muncul di raut wajah Idham.

"Saya tengok awak asyik termenung je. Saya panggil tadi pun awak tak dengar. Awak.. ada masalah ke? Kalau ada, ceritalah kat saya." Aku terharu dengan keikhlasan Idham. Aku cuba senyum tapi air mata aku tetap bergenang. Idham kelihatan cemas melihat riak wajahku. Aku menggeleng kepadanya sambil ketawa.

"Betul.. saya tak ada apa-apa. Awak ni risau je lebih. Awak sayang saya ke?" Aku cuba lagi berjenaka. Tapi kali ni tawa ku mati menyedari apa yang aku lafazkan. Aku lihat ke arah Idham yang sedang merona merah wajahnya. Alamak! Blushing pulak si Idham ni!

"Tahu pun kita sayang dia.. tapi dia buat tak tahu pula..kecil hati kita.." Idham berkata sayu seolah-olah aku telah melukai hatinya. Idham membuat mimik muka terluka sehingga aku ketawa. Memang dia happy pills aku!

"Awak ni.. dah dah pergilah sambung kerja.. kejap lagi saya nak out dah ni." Aku menghalau Idham dari mejaku. Idham sempat mengenyitkan mata sebelum berlalu pergi.

Di rumah, aku menghempaskan diriku di atas tilam empukku. Aku mengambil patung Garfield besarku dan memeluknya. Pengumuman yang Datuk Kamarul buat kemarin masih jelas terngiang di telingaku. Sudah! Aku ada banyak kerja nak kena settle ni sepatutnya aku lupakan sahaja perkara remeh ni. Perkara remeh? Kau fikir perkahwinan ni perkara remeh? Masa depan kau kot! Aku seolah-olah menampar diriku sendiri kerana menganggap hal perkahwinan ini adalah perkara remeh.

Aku bingkas bangun dari pembaringanku untuk mandi dan mengerjakan solat Maghrib.

Usai solat Maghrib, aku mengambil telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Maria untuk mengajaknya ke Malique Boutique selepas solat Isyak.

"Umi, Yana nak keluar kejap dengan Maria." Aku mendekati umi yang sedang menyiapkan makan malam.

"Laa.. Umi dah siapkan makan malam ni." Umi mengerutkan dahinya. Oleh sebab tak nak umi rasa kecewa, aku putuskan untuk gerak lepas makan malam.

"Yelah yelah.. Yana gerak lepas kita makan malam okay?" Umi tersenyum sambil mengangguk. Aku membantu umi menghidangkan makanan. Kemudian, aku memanggil abah untuk turun makan malam.

Selepas makan malam, aku meminta izin dari umi dan abah untuk keluar dan berjanji akan pulang seawal yang mungkin. Yelah, kalau aku lepak dengan Maria, mesti aku tak ingat waktu dah. Tup tup dah tengah malam.

"Maria? Kau kat mana? Sorrylah babe, aku gerak lambat sikit. Aku dinner dengan family tadi tu yang lambat sikit ni." Aku menghantar pesanan suara kepada Maria semasa aku sedang memandu. Setelah memakirkan kereta, aku menuju ke Malique Boutique. Dari jauh aku melihat Maria sedang menekapkan telefonnya ke telinga. Hmm mungkin dia baru dapat mesej aku.

"Yana!" Belum sempat aku mendekati Maria, satu suara garau menyapaku. Aku menoleh ke belakang dan melihat lelaki kacak, segak bergaya dengan pakaian casualnya. Idham. Senyumku semakin lebar.

Andai Itu TakdirkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora