Bab 4

4.5K 99 2
                                    

Assalamualaikum dan selamat membaca! :)

Love,

_blackpearl_88

____________________________________________________

HARRIS'S POV

Naik rimas aku bila melihat mejaku penuh dengan dokumen-dokumen yang belum aku periksa lagi. Tulah kau kerja nak tangguh je kan dah semak meja ni. Aku memarahi diri aku sendiri. Semenjak aku rasmi menjadi CEO syarikat ni, kerjaku hanyalah berfoya-foya. Datang lambat, lunch dengan 'girlfriend' sampai lebih masa, balik awal, sampai rumah terus tidur. Haa bercakap tentang 'girlfriend' ni, bukan 'girlfriend' yang steady tau. Saja suka-suka untuk hiburkan hati yang sunyi ni semenjak aku tinggalkan Kamelia. Aku ke yang tinggalkan Kamelia? Atau Kamelia yang tinggalkan aku? Aku tersenyum sinis. Sakit di hati masih terasa.

Aku menekan punat interkom di hadapanku untuk memanggil setiausahaku, Linda. Linda ni pun aku sapu juga. Setiap hari juga aku ngorat dia tapi hati dia kental. Maklumlah dah berpunya. Aku menggeleng kepala dengan sikap ku yang belum berapa nak matang.

"Encik Harris? Ada apa-apa ke?" Linda memasuki ruang pejabatku. Aku tersenyum melihat gerak-gerinya seraya mengangguk.

"Ermm..Linda, Sabtu ni saya ada appointment dengan siapa-siapa ke?" Aku menatap kembali skrin komputerku di hadapan sambil menaip sesuatu.

"Sabtu ni? Ermm.. Oh ya sabtu ni encik Harris tak ada oppointment dengan siapa-siapa cuma, encik Harris kena hadir majlis makan malam di Syarikat Evergreen Co." Linda menjelaskan sambil memegang Samsung Galaxy Note 2.0. Linda memang sentiasa catatkan jadual appointment or event aku kat dalam tu.

"Batalkan." Ringkas aku memberi arahan.

"Maaf, encik Harris. Tapi Datuk Kamarul Azman beritahu saya yang encik Harris wajib hadir majlis tersebut." Linda menjelaskan lagi. Rasa bersalah jelas terpancar di wajahnya. Mungkin dia risau aku berdegil juga tak nak hadir dan sekiranya papa tahu aku tak datang, mesti Linda yang kena marah. Nampaknya aku sudah tiada pilihan.

"Hmm baiklah. You're dismissed." Aku memberitahunya sambil mengangguk tanda urusanku dengannya sudah habis. Linda tersenyum sebelum mengatur langkah keluar dari bilik pejabatku.

Aku menyandarkan kepala ku di kepala kerusi serentak dengan itu, telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat nama yang tertera di screen telefonku. Amelda. Hatiku berbisik dan tersenyum. Another girlfriend. Aku menggeleng lantas mengangkat panggilan tersebut.

"Hello honey?" Sapaku mesra. Aku mendengar tawa halusnya di hujung talian.

"Hi there, baby. So how about lunch later?" Dia membalas.

"Well, of course. Why not? I can't wait to see you, pretty." Aku dapat bayangkan muka Amelda yang blushing apabila dipuji begitu. Selepas menamatkan panggilan aku bergegas keluar pejabat untuk menjemput Amelda. Memang ini rutin harianku, asyik keluar dengan 'girlfriend' setiap kali lunch.

************************************************

ARIANA'S POV

"Hoi! Harini lunch kat mana?!"

Mengucap panjang aku bila disergah oleh Maria. Memang tak lama aku sekeh juga minah sorang ni.

"Tak tahu nak bagi salam ke? Ni nasib baik aku tak ada penyakit jantung tau. Kalau tak, menangis kau 7 hari 7 malam." Aku menjegilkan mata ke arah Maria. Marah. Aku kembali menatap skrin monitor aku di hadapan.

"Sorry lah beb. Aku tak sengaja nak kejutkan kau. Aku sangat excited ni nak kena belanja oleh kau." Maria mengangkat-angkat keningnya. Belanja? Aku menepuk dahiku.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now