Bab 11

3.4K 160 5
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!

Love,

_blackpearl_88

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

HARRIS' POV

Tepat pukul 9.00 malam, Ariana dan keluarganya tiba. Mamalah orang yang pertama mendapatkan mereka di hadapan pintu rumah. Papa hanya menggeleng melihat telatah mama.

"Mama kamu ni yis. Kalau ya pun excited nak bermenantu tak payah lah berlari-lari dapatkan bakal menantu dia tu. Nanti kalau mama kamu jatuh, siapa susah? Papa jugak." Tawa papa meletus sehingga bergema di seluruh pelosok rumah agam ini. Mama hanya menjeling geram ke arah papa.

Aduhai indah sungguh alam perkahwinan papa dan mama. Tiba-tiba terbit satu harapan di dalam hati ini. Harapan untuk memiliki rumah tangga yang bahagia yang sudah pastinya disemai dengan cinta sejati. Tapi, bagaimana pula dengan kesudahan alam perkahwinan yang bakal aku lalui dengan Ariana?

"Assalamualaikum, Datin!" Kedengaran suara Puan Nurul Iman, umi Ariana memberi salam. Aku mengatur langkah ke arah mama dan tetamu kami berada.

"Waalaikumsalam. Awak ni, Nurul. Kan saya dah kata panggil Pah je. Lagipun kita ni tak lama lagi nak berbesan." Senyum mama semakin melebar sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Umi, apa khabar?" Aku menyalam tangan Puan Nurul Iman dan menciumnya sebagaimana seorang anak selalu lakukan untuk menunjukkan tanda hormat kepada orang tuanya.

"Alhamdulillah, umi sihat." Puan Nurul mengusap lembut kepalaku sambil tersenyum.

"Ha! Harris kamu apa khabar?" Tegur Encik Sulaiman pula. Aku segera mencapai tangannya untuk bersalaman.

"Khabar baik, abah." Kali ni aku mengerling ke arah Ariana yang kelihatan berdiri bersahaja di sebelah Encik Sulaiman. Walaupun dia sedang berdiam diri, aku tahu hatinya tetap memberontak dengan semua ini. Ariana maju ke hadapan untuk bersalaman dengan mama sambil menunjukkan senyuman yang sangat manis.

"Aunty apa khabar?" Ariana bertanya. Dia sedar akan kehadiranku di sebelah mama tapi memilih untuk tidak menghiraukan aku. Rasa marah membuak dalam diri sebab tidak dihirau oleh bakal isteri aku sendiri. Huh!

"Yana ni! Panggil 'mama' from now on okay? Tak lama lagi Yana akan jadi anak mama!" Sorak mama dengan riang. Gembira betul mama bermenantukan Ariana ni. Baguslah tu! Sekurang-kurangnya alam perkahwinan Ariana dengan aku nanti tidaklah kekok sebab mesti nanti dia akan memasam muka dengan aku 24/7. At least kalau mama ada, Ariana masih boleh tersenyum.

"Ha! Apa yang korang tunggu lagitu, masuklah! Awak ni Pah, kalau ya pun excited takkanlah sampai lupa nak jemput tetamu istimewa kita ni masuk." Sekali lagi papa sengaja mengenakan mama dan sekali lagi tawa papa meletus. Tapi kali ini disertai oleh tawa Encik Sulaiman pula.

-----------------------------------------------------------------------------

ARIANA'S POV

"Harris dengan Ariana akan bertunang hari sabtu depan."

*Ting!* Jatuh garfu yang kupegang sebentar tadi ke lantai marmar rumah agam ini mendengar announcement dari Datuk Kamarul.

"I'm sorry uncle. Tapi uncle tak rasa terlalu cepat ke?" Tanyaku. Saja nak beri alasan supaya majlis pertunangan itu ditunda kepada hari yang lain dan bukan dalam masa yang terdekat ini, sebab aku belum bersedia. Aku belum bersedia untuk diumumkan sebagai bakal isteri kepada anak jutawan pemilik Syarikat Megah Bersama Holdings di khalayak ramai. Oh tidak! Kenapa aku tidak terfikirkan perkara ini? Mesti menangis darah semua girlfriends Harris, dan aku akan jadi mangsa buruan mereka kerana mengahwini Harris.

Andai Itu Takdirkuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن