Bab 8

3.5K 95 1
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!

Love,

_blackpearl_88

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

ARIANA'S POV

Rasa sebal dengan Harris masih belum surut sejak sepanjang berada di dalam kereta BMW X6 miliknya hinggalah ke dalam dewan Syarikat Evergreem Co. ini. Selepas CEO syarikat tersebut memberi ucapan, majlis makan malam pun bermula. Selepas makan malam, kami bersuai kenal antara staff syarikat. Hal ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara syarikat Evergreen Co. dengan syarikat Megah Bersama Holdings. Yang si Harris ni asyik nak berkepit je dengan aku. Ha! Ini yang buat aku tambah sebal ni.

Baru sebentar tadi aku menerima message dari Maria yang menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir ke majlis ini kerana sakit perut yang teramat. Aku melihat sekeliling, masih belum ada kelibat Idham. Ke mana pula kawan aku sorang ni? Aku mengeluh.

"Awak, pergilah main jauh-jauh. Saya rimaslah awak!" Aku cuba menolak tubuhnya agar jauh dari tubuhku. Tak ingin sungguh aku berdekatan dengan buaya darat ni. Kalau girlfriends dia nampak, memang akan tercetuslah perang dunia ke-3. Aku menggeleng menghilangkan imaginasi ngeri aku tu.

"Salah ke saya nak berkepit dengan tunang saya?" Harris tersenyum nakal. Tangannya yang mula melingkari pinggangku ku tepis kasar. Dasar buaya!

"Excuse me, Encik Harris Hashim bin Datuk Kamarul Azman. Saya ni bukan tunang awak. In your dreams okay!" Aku mengetap gigi agar suaraku tidak kedengaran oleh tetamu yang hadir. Harris hanya gelak senang mendengar kata nafiku. Tak makan saman langsung!

"Ops, sorry. Bakal tunang saya." Harris membetulkan sambil menyambung gelaknya. Berdesing telingaku mendengar gelaknya. Sakit hati yang teramat! Sudahnya, aku hadiahkan dia sebuah jelingan yang tajam. Naik sakit mata aku ni sejak dari tadi menjeling sahaja kerjaku. Semua salah si buaya daratlah ni! Getus hati kecilku.

Tidak lama kemudian, Harris akhirnya meninggalkan aku bersendirian untuk berbual dengan CEO syarikat Evergreen Co. Lega sungguh hati ni! Tapi telinga ini masih berasap setelah mendengar amaran keras darinya sebelum dia berlalu pergi.

"Awak jangan pandai-pandai nak berkepit dengan jantan lain. Sedar diri sikit, awak tu bakal tunang saya. Lepas jadi tunang saya, awak akan jadi bakal isteri saya. Ingat tu!" Amboi bukan main lagi overprotective si buaya ni. Ha! Kau tengoklah nanti.

"Yana!" Aku berpaling melihat Idham yanh sedang tercungap-cungap. Kenapa ni? Aku segera mendekati Idham dan jelas kelihatan dahinya dibasahi dengan peluh.

"Awak kenapa tercungap-cungap ni? Macam baru habis lari marathon je?" Aku menyoal. Namun begitu, masih terbit rasa risau melihat keadaan Idham ini.

Idham tidak mampu berkata-kata. Dia hanya melihatku dari atas hingga ke bawah. Kemudian dari bawah hingga ke atas. Mukanya yang berpeluh itu mula merona merah. Ya Allah! Idham janganlah buat aku risau! Aku mengerutkan dahiku menanti jawapan dari Idham.

Seperti tersedar dari mimpi, Idham menggelengkan kepalanya kemudian matanya tepat jatuh ke mataku. Senyuman manis terukir di bibir Idham menampakkan lagi kekacakkannya pada malam ini. Walaupun bergaya tidak sehebat Harris, namun penampilannya cukup membuat setiap wanita yang berada di dalam dewan ini tidak lekang dari memandang si tampan ini.

"Awak, maaflah saya lambat datang. Tadi tayar kereta saya pancit di tengah jalan. Nasib baiklah ada teksi." Idham menelan liurnya seperti menahan dahaga.

"Awak tunggu sini kejap eh." Aku berkata lalu pergi mendapatkan segelas air putih untuk Idham. Aku hulurkan gelas itu kepada Idham dan hanya sekali teguk sahaja air putih itu tadi habis. Wah! Nampak benar hausnya!

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now