Bab 18

2.5K 97 14
                                    

HARRIS' POV

Sebulan telah berlalu, cedera yang aku alami kini beransur pulih. Allah Maha Besar, saat aku masih meragui perasaan aku terhadap Yana, Allah memberi aku peluang untuk tunjukkan perasaan sebenar aku sehingga aku sanggup berkorban demi keselamatan Yana. Senyuman tak lekang dari bibir setiap kali mengingatkan perhatian Yana terhadapku yang melimpah ruah. Setiap saat Yana akan pastikan aku memakan ubat tepat pada waktunya bukan itu sahaja, Yana juga pastikan makan minumku terjaga. Baru bertunang, dah rasa nikmat semua ni. Apatah lagi bila sudah berkahwin nanti? Fikiranku mulai merayap ke zon 'nakal'. Aku menggeleng lantas berdehem.

"Encik Harris?"

Buat seketika aku terlupa bahawa aku sekarang berada dalam meeting. Semua perhatian dalam bilik meeting tu tertumpu dekat aku. Ada yang tersengih melihat telatahku dan ada yang memggeleng. Terutama sekali papa. Haishh kan dah tanggung malu. Yis..Yis..

"Ya? Teruskan. I'm listening"

Aku buat muka seolah-olah aku fokus dengan apa yang dibincangkan. Aku mengangguk, tersenyum dan kadang memberi kritik. Namun, jauh dalam pemikiran aku, hanya wajah Yana terpampang.

***********************************

ARIANA'S POV

Dah tepat jam 12 tengahari, aku kena ingatkan Harris ni. Telefon bimbitku aku capai dari tas tangan. Menaip memberi pesanan melalui Whatsapp.

Salam, awak. Jangan lupa makan ubat awak selepas makan tengahari nanti k. Saya dah letak makanan dalam ofis awak. Umi yang masakkan. Kalau awak tak makan ubat awak, siap!- Y

Aku menekan punat 'send' lalu menyambung pekrjaanku yang terbengkalai. Sebenarnya, aku berhasrat untuk menyambung pelajaranku ke peringkat Master memandangkan gaji yang ku kumpul sudah cukup untuk menampung kos pembelajaran aku. Tapi, aku belum mendapatkan persetujuan daripada umi dan abah. Jauh di lubuk hatiku kuat mengatakan umi dan abah tidak akan menghalang hasratku. Umi dan abah mesti nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Bunyi telefon bimbitku menandakan ada mesej masuk. Hmm ni mesti Harris ni merungut itu ini sengaja cari pasal. Aku mendengus dan menggelengkan kepala sambil membuka mesej tersebut.

Alaa. Kenapa awak tak masak? Dah seminggu x rasa masakan awak tau. Kalau macam ni tak naklah makan ubat! -Y

Bertuah punya budak! Dah orang bagi makanan makan je lah! Merungut tak habis! Aku cepuk kang tak sia-sia kau masuk hospital balik. Kihkih. Kejam gak aku ek.

Jangan mengada boleh x? Cepuk kang! Makan je lah makanan tu saya yg minta umi masakkan sebab saya sibuk kebelakangan ni x sempat nak masak untuk awak. Awak makan tau! -Y

Mengenangkan gelagat Harris yang suka cari lasal ni memang kadang-kadang mencabar martabat aku sebagai gadis Melayu terakhir. Nasib kau lah Yana... dapat bakal suami macam si Harris tu.

"Ariana, I need one of these materials for our presentation. Can you please help me to finalize which one that we need to use? Oh by the way, the report on our last event, Puan Latifah need you to send it via email."

Hahh.. begitulah sibuknya diriku ini...
Namun dalam kesibukan aku, aku masih memikirkan hal aku dengan Harris. Allah dah tunjukkan perasaan Harris dekat aku melalui tragedi sebulan yang lalu. Aku juga yakin dengan keputusan aku untuk menerima Harris sepenuhnya. Tapi anehnya kenapa perasaanku tidak enak?

**********************************
HARRIS' POV

Wah Harris! Bukan main gedik kau kan dengan Yana. Eh biarlah! tunang aku! Lagipun sekaranglah kena manfaatkan peluang aku untuk dapatkan perhatian Yana sementara Yana masih ingat aku ni tak pulih lagi.

Lauk-pauk di atas mejaku aku jamah dengan rakus sekali. Emm sedapnya masakan umi ni! macam tahu je fevret aku ayam masak merah dan sayur campur hehe

Usai makan, aku terus sumbat ubat dalam mulut aku. pahit tak pahit, besar tak besar, aku kena juga telan ubat-ubatan tu takut ma'am besar marah. korang tau tak Yana kira sebijik-sebijik tau ubat-ubat aku. Kalau tak berkurang, memang sahlah kena brainwash.

See? Sebab nilah aku cakap nikmat dapat perhatian Yana walaupun dah seminggu tak rasa masakan dia. Huhu. Takpe dia busy, sebagai bakal suami yang baik, aku kenalah memahami. Pergh takleh blah.

Telefon bimbitku berdering tanda ada orang call. Senyum ku melebar melihat caller id. Victoria Jewels.

"Yes, Mrs. Bern? How about the specific design of the ring that I asked you to do?"

"Don't worry Mr. Harris. The ring is already done specifically like the design you asked for. Next week it will be delivered to you."

"No, Mrs. Bern. Let me pick it up myself. Thank you for your hardwork"

"Pleasure is all mine, Mr. Harris."

Sebenarnya, memandangkan aku tak pernah propose Yana, kali ni aku nak propose dia. In a proper way. Aku nak confess kat Yana sekali lagi dan sekaligus nak dengar sendiri jawapan Yana.

Ya Allah, permudahkan segalanya bagiku.

______________________________________

I'm back! 😍
Salam semua!
Sorry for the late update but here's another chapter for AIT
Please enjoy reading.
Anyhow korang rasa proposal en. Harris kita ni akan berjaya tak? Dengan hasrat Yana yang nak melanjutkan pelajarannya? Apa akan jadi?
Jeng jeng jenggggg
Nantikan chapter seterusnya ok.
Thank you sebab setia menunggu sis update chapter baru. komen kalian sampai sanggup PM sis tanya bila nak update 😭 sis terharu. sis bertambah semangat untuk terus berkarya walaupun karya sis ni tak seberapa 
👉👈

Please vote and comment💕

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now