Bab 13

3.1K 100 16
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!

Love,

_blackpearl_88

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

HARRIS' POV

"Cik, cik tak boleh masuk!" kedengaran suara Linda melarang seseorang daripada memasuki pejabatku. Aku biarkan sahaja kerana tahu Linda mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

Dokumen-dokumen di hadapanku ku baca dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan.

*krash!!* pintu pejabatku ditolak dengan kasar.

"Harris! Sampai hati you buat begini dekat I." Masuk seorang gadis tinggi lampai memakai dress sendat berwarna hijau emerald. Gadis inilah yang pernah bertakhta di hati aku suatu ketika dahulu. Cewahh! Korang break up tak sampai setahun pun.

"Kamelia, what are you doing here?" Wajah sugulnya kuamati. Kecantikannya sedikit tenggelam dengan kerutan di wajahnya.

"Harris, sayang.. I tahu I salah but please don't do this to me. I don't want to lose you, honey." Rayu Kamelia.

Aku hanya mampu tersenyum sinis dan menggelengkan kepala.

"Kamelia, I pun tak sangka I dapat buat macam ni dekat you. Sama macam apa yang you dah buat dekat I. Remember?"

"Tak, Harris! I tak pernah tinggalkan you. You yang tinggalkan I !" Marahnya sambil menuding jari ke arahku.

"Oh really, Kamelia? bukan you ke yang curang pada I dulu? Listen here carefully, woman. You and I were done! In fact, long time ago. So please, pintu keluar sebelah sana." Balasku dengan tenang sambil tangan menunjuk ke arah pintu ofisku.

"You will regret this, Harris!" Marah Kamelia sambil menutup dengan kasar pintu ofis.

Keluhan besar ku lepaskan. Aku menyandar lemah di kerusi kerjaku. 

Kamelia...Kenapa kau muncul kembali saat aku sudah belajar untuk melupakanmu?


***********************************************************************************************

ARIANA'S POV

"Apa langgar langgar orang ni?! You  buta ke?!"

Aduh! Sakit gila telinga aku dengar minah tu terpekik terlolong macam singa kelaparan. Kasihan Shima tak pasal-pasal kena tengking. Aku hanya melihat dari jauh perempuan itu memarahi Shima. Yang si Shima ni pun satu, jalan tak tengok depan. Ish ish ish!

Dari jauh kedengaran suara perlahan Shima meminta maaf. Namun, sebaik sahaja tangan perempuan itu ingin sampai ke pipi gebu Shima, aku cepat-cepat menahannya.

"Maaflah cik, kat sini bukan gelanggang gusti." Kataku tenang.

"Yang kau ni sibuk kenapa?! Lepaskan tangan aku!" Marah si gadis cantik rupawan di hadapan aku ini. Cantik rupawan tapi perangai hampehh. Aku tersenyum sinis sambil menggelengkan kepala.

"Beginilah cik, saya akan lepaskan tangan cik ni kalau cik janji tak akan pukul staff kat sini." Aku memberi gadis tersebut pilihan dan dengan penuh akur dia mengangguk perlahan.

Aku melepaskan tangan gadis itu tetapi tidak semena-mena tangan itu mendarat tepat di pipiku. Aku terkesima dan tidak mampu berkata apa-apa.

"Kau dengar sini perempuan! Kau jangan nak masuk campur urusan aku. Ini hal aku! Suka hati aku nak buat apa dekat staff kat sini. Kau berani lawan aku? kan dah kena sebijik dari aku. Ambil kau! Nanti kalau aku sudah jadi Mrs. Harris The owner of Megah Bersama Holdings, kau orang pertama yang aku pecat! Kau tunggu je lah!" 

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now