Bab 9

3.1K 91 1
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan selamat membaca!

Love,

_blackpearl_88

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

IDHAM'S POV

Selepas mendengar berita bahawa Ariana akan bertunang dengan Harris, terasa seolah dunia di sekelilingku berhenti berputar. Seakan-akan tidak percaya bahawa Ariana Syuhadah akan dimiliki oleh orang lain.

Perasaan kasih dan sayang terhadap Ariana sudah lama bermekar di hati ini. Cuma, aku masih belum ada keberanian untuk meluahkannya. Pada mulanya aku ingin membiarkan sahaja kerana aku tahu perasaan ini akan pudar juga dimakan masa. Namun, semakin hari semakin aku kenal dengan hati budi Ariana dan semakin hari itu juga, semakin membuak-buak rasa kasih ini terhadapnya.

Aku dapat merasakan bahawa Ariana juga berperasaan yang sama sepertiku. Layanannya terhadapku seolah-olah memberi harapan kepadaku. Tapi mengapa Harris? Mesti ada udang di sebalik batu. Kalau tidak, tidak mungkin tanpa angin tanpa ribut mereka akan berkahwin.

Aku bertekad untuk meluahkan isi hati kepada Ariana.

"Ariana, tengahari nanti kita lunch berdua je. Maria awal-awal lagi dah keluar jumpa klien." Aku mengajaknya. Memang benar Maria telah keluar pada pukul 11.30 tadi untuk berjumpa klien. Sebelum Maria keluar, dia sempat berpesan kepada aku untuk menemani Ariana lunch.

"Oh..okay. Kenapa dia tak beritahu saya je tadi?" Tanya Ariana.

"Dah awak busy sangat tadi. Tu yang dia tak nak ganggu tu." Aku tersenyum. Ariana kalau sudah bekerja, jangan harap dia nak layan orang kiri kanan dia. Inilah salah satu sikap yang Idham suka pada Ariana. Komitmen dia terhadap kerjaya sangat tinggi!

Ariana hanya tersengih melihatku lalu mengangguk tanda setuju dengan ajakanku sebentar tadi. Aku berlalu ke meja kerjaku sambil tersenyum puas. Hari ini, aku akan berterus-terang!

-----------------------------------------------------------------------------------

HARRIS' POV

Semenjak malam itu, aku tidak lagi bersua dengan Ariana. Bukannya aku tak nak berjumpa dengannya, cuma aku rasa dia sedang cuba mengelak diri dari aku. Padahal rindu di dada ini sedang membuak-buak terhadap gadis itu. Masalah sangat kalau tak ada nombor telefon dia!

Terlintas juga di fikiran ini untuk pergi ke rumah Ariana untuk melepaskan rindu. Tapi egoku tidak membenarkan aku untuk berbuat sedemikian. Setiap kali aku lalu di hadapan ofis dia, mesti dia tak ada. Bila aku tanya tentang Ariana kepada Maria atau rakan sepejabatnya yang lain, mesti mereka katakan bahawa Ariana jumpa klien, klien, klien dan klien. Aduhai..

Semasa lunch time, aku memutuskan untuk lunch di kafe di bawah sahaja. Aku mengatur langkah menuju ke arah kafe, semua staf menegurku dan memberi tunduk hormat. Aku balas hanya dengan sekadar anggukan dan senyuman.

Senyumanku terhenti ketika terlihat Ariana sedang menikmati makanan tengaharinya. Tapi aku hairan, kenapa kelat sangat wajahnya? Alahai Ariana aku tak tahu kenapa dengan aku ni, kau kelat begitu pun hatiku tetap tergugat. Aku melangkah setapak ke hadapan. Okay. Sekarang tahulah aku kenapa Ariana berwajah sedemikian rupa. Rupanya si Idham sedang confess feeling kat Ariana. Serta-merta api cemburu membara dalam diri. Aku hanya berharap aku boleh mengawal diri.

"Saya faham, Yana. Don't worry our friendship won't end just because of my feelings towards you. I love you, yana and I want you to always know about that. I'll always be right here for you, when ever and where ever. Well, I'm rejected but at least I told you the truth. So, friends?" Kata Idham. Amboi bukan main lagi kau confess kat Yana, ya Idham?

Andai Itu TakdirkuWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu