Bab 19

2.1K 62 7
                                    

ARIANA'S POV

"Apa hal yang Yana nak discuss dengan abah dan umi ni?"

Abah mengambil tempat duduk di sofa hadapanku. Sementara umi pula duduk bersebelahan denganku. Aku berasa sedikit gementar ingin menyampaikan hasrat. Yalah. Aku kan dah nak kahwin, persiapan  so far Harris yang urus. Aku takut abah dan umi akan menentang hasrat aku. Tapi...

"Abah, umi... Yana nak beritahu bahawa Yana nak sambung belajar ke peringkat Master."

Kepala yang aku tundukkan sedari tadi, ku angkat perlahan. Kelihatan abah dan umi saling berpandangan. Kulihat tiada reaksi gembira di wajah kedua insan yang amat aku cintai ini.

"Yana..umi dan abah gembira dengar keinginan Yana untuk sambung belajar.. tapi Yana..Umi.."

Umi berhenti seketika mungkin sedang menyusun ayat agar hatiku tidak tergores.

"Abah faham Yana nak sambung belajar. Abah sokong sebenarnya tapi Yana dah bincang dengan Harris ke?" Abah pula kali ini yang bersuara.

Aku menggeleng.

Abah menghela nafas panjang. Begitu juga umi.

"Beginilah Yana. Yana bawa bincang dengan Harris dulu. Korang berdua dah bertunang, so dalam hal ni korang berdua kena fikir masak-masak dan buat keputusan." Ujar Abah. Umi pula mengangguk setuju dengan kata abah.

"Tapi, abah..."

"Yana, this is your future. Harris is your husband-to-be. You should discuss with him and make mutual decision for your future. Abah tak nak belakang hari nanti kamu berdua terluka kalau buat keputusan yang tidak adil bagi kamu berdua. Yana faham kan?"

Ujar abah lebar. Aku hanya terdiam. Ada benarnya dalam kata-kata abah tu. Dengan lemah aku mengangguk. Takpa Yana, kau discuss dengan Harris dulu. Kalau dia bantah, kau sekeh je kepala dia tu. Buat sampai dia setuju. Hmm itu azam aku!

"HELLO EVERYONE!" aku toleh ke belakang dan melihat Arm tersengih sambil menjijing beg pakaiannya. hmm ni mesti baru balik dari hostel dia ni.

"WAALAIKUMSALAM" serentak aku umi dan abah menyindir. Haaa padan muka kau. Arm menapak ke dalam rumah dengan senyuman kambingnya sambil menyalam tangan umi dan abah.

"lain kali boleh bagi salam tak? ingat tinggal dekat western ke main hello hello ni? ingat adab tu sikit." panjang leteran umi. abah hanya menggeleng kepala melihat telatah Arm.

Arm menyalam tangan abah dan umi sambil tersengih.

"apa yang nampak serius ni? Kak Yana ada apa? Kak buat hal lagi ke?" komen Arm yang sedikit menimbulkan ketidakpuasan hati ini.

"sekeh kepala nak?" balasku sambil tunjuk buku lima.

"Arm dah makan ke?" malas melayan karenah kami berdua, umi menukar topik sebelum kami dua beradik buka gelanggang MMA di ruang tamu ni.

"dah umi. ni kira nak keluar jap lagi nak beli keperluan sikit. berus gigi Arm tertinggal kat hostel. so....kak..." dengan nada manja budak Arm panggil aku. Dah masak dah perangai dia ni. nak pinjam kereta lah tu.

"takde takde! kalau nak keluar gak, mari pegi sesama. kak pun nak beli barang sikit." bukan tak boleh percaya budak ni. tragedi yg menimpa keretaku setahun lepas masih segar di ingatan. habis remuk bumper kereta kesayanganku. dahlah aku masa tu takda duit. nasiblah abah baik hati sangat tolong bayar cost repair semua.

"kedekut!" cebik si adik. Biar digelar kedekut jangan keretaku berkedut. heh..

************************************
"Arm..kak dilemma sekarang ni." aku mulakan sesi luahan hati sambil menghabiskan aiskrim coklat di tangan.

Andai Itu TakdirkuWhere stories live. Discover now